Thursday, July 31, 2008

Kenangan

Malam tadi ada seorang budak bijak tu dia menonton iklan di tv tetiba kuo iklan AG2000. Tapi yang dia dengar hanyalah perkataan thousand yang dia tak faham dan dia yang bijak itu mentranslatekan sesuka hati perkataan itu dengan perkataan tarzen. Ooo “tarzen” yek maa..tarzen yang garang macam mama tu kan. Tarzen yang kalau marah suka ambik hanger…aku dah terkikih2 menahan ketawa dalam hati..cehh Muhammad Ilman ni. Apa tidaknya bila aku marah aku selalu warning mereka berdua…jangan bagi mama marah nanti mama jadi tarzan kang baru tahu…tahulah kan tarzan kalau marah2 suka nak jerit2. Dan tarzan yang kat umah ni kalau marah memang suka beno capai hanger.

Semalam balik dari sekolah dalam kereta kakak kata “mama cikgu Ann kata kalau bebudak melawan ibu bapa nanti ibu bapa boleh sumpah anak tu jadi batu belimbing atau batu bata. Betul ke ma”. Aku sepantas kilat menjawab betul memang betul sangat cakap cikgu Ann tu. Now aku dah ada modal bila mereka berdua buat hal atau buat sepah atau takmo dengar cakap, aku bagi pilihan nak berhenti menangis atau nak kena sumpah jadi batu belimbing…heehh tektik ni memang menjadi kompom benti menangis sebab takut jadi batu belimbing punya pasal. Thank you cikgu Ann senang sikit kerja mama nak control anak-anak.

Dia memang kompom kidal…gen dari mana aku pun tahu…bijak dan selalu buat lawak tanpa sedar…kalau bercakap untuk kanak2 yang sebaya dia memang boleh dikatakan dia superb laa..bulan 11 ni baru 4 tahun…progress alhamdulillah dah boleh menulis A,B, C dan semakin rajin buat kerja sekolah…”mama kepala adik botak tak yah sikat rambut kan” gaya cakap cam orang dewasa le anak bujang aku ni.

Kakak alhamdulillah cikgu pun selalu puji dia pandai..dalam kelas pun selalu kena jadi cikgu ajar rakan2 yang lain...memang very hardworking person kakak ni…haritu cikgu dok komplen math dia tak berapa ok..pulun hari2 suruh aku buatkan soalan math untuk dia..now alhamdulillah setakat tolak campur tu kira kacang dah makcik tu…still malam2 sesambil dok tengok YV tu aku kena paksa gak bagi soalan tolak campur pada dia.

Anak-anak makin besar aku sedih senonya..sebab bila anak dah besar zaman2 yang mcm sekarang tak akan berlaku lagi..kalau berlaku pun bila aku ada anak kecik lagi laa…so yang tinggal hanya kenangan hari in untuk dikenang sahaja…kerana bila anak dah besar aku makin tua…Ya ALLAH panjangkan umur aku…macam mana lah gaya anak2 aku bila besar nanti..harap2 dapat le aku mendidik mereka menjadi anak yang beriman dan bertaqwa sebab aku takut sangat melihat perkembangan remaja zaman sekarang…ngeri sungguh bila fikir kita ni ada anak bila tiba giliran anak kita nanti bagaimanakah coraknya. Ya ALLAH semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tadi lepas meeting aku naik satu lift ngan student kat sini. Hmm yang lelakinya dah le dressing selebet..siap tindik telinga lagi Ya ALLAH memang mak tak berkenan langsung…yang pompuan nya baju ketat ala2 nak ke disco bangsa mak laa mak cakap tentang generasi bangsa mak la ni sedih laa…memang tak de disiplin langsung mereka ni. Zaman aku kat uni dulu semua student nampak kacak dan bergaya….yang perempuan pun pakaian semuanya sopan belaka. Kalau aku jadi lecturer confirm student mcm ni aku tak izinkan masuk kelas aku…tu sebab le aku ni tak boleh jadi tenaga pengajar…

Till then

3 comments:

Norae said...

zira.. selamat berhujung minggu...

anak2 sekarang terlebih advance, tak macam kita dedulu.. agaknya inilah harga kemodenan yg harus kita bayar.. tapi kan.. banyak lagi negara lain yg moden tapi masih menjaga baik akhlak mereka.. herankann

Hanisumayyah said...

Kopisuam...

Bila fikir kadang2 biar anak ni usia tu jer dapat kita buat main2...tapi takkan taknak tengok dia melalui proses pembesaran pulak,kan?

Hal garang ambil hanger tu tak tahan baca..saya pun sama, tapi kalau madu saya berapa banyak dah hanger patah buat sebat anak2...kadang diorang ni nakal tak kena tempat..hanger ler jawapnya!

zino said...

mama dia tu memang macam tarzen ke? hehe