Pekan Tangkak waktu malam
Pekan Kundang waktu malam
Weekend yang walaupun agak panjang bercuti tapi aku rasa begitu pendek dan tidak puas. Petang Jumaat tu dalam keadaan yang kekalutan kami bersiap2 pulang ke Muar. Selepas packing capai mana yang patut hunny on the dot nak bertolak 6.30 jugak sedang aku baru terhegeh2 nak fetch anak nak packing baju iskh seperti biasa summer mak nak settlekan dulu. Last2 beberapa minit sebelum jam 7.00 kami bertolak pulang. Alhamdulillah tiba umah mak lebih kurang pukul 9.30 malam. Anak2 eager memberi salam tapi salam kami kali ini disahut oleh suara longlai nenek. Teruk demam atuk dan nenek. Kedua-duanya masa kami tiba terbaring lesu didalam pondok sambil ditemani ajam yang sedang menonton.
aqilah, deena, abby and Ilman (belakang haziq)
Sesi bermain pasir
Fatin yang pemalu - study tahun ni exam PMR
Izzah ..macamnyer muka izzah
deena & addy
Ilman and abby - sebaya
Haziq and Hazim
Farah yang pemalu
Yana yang tengah soru..
Qayyum
Kat pondok nenek
Kelihatan badan atuk pun dah susut banyak. Nenek pun memang dah kurus banyak. Sejak peristiwa kebakaran yang lalu nenek semakin susut ni kena demam Chikungunya ni lebih susut badan nenek dibuatnya. Rupanya abah dah seminggu diserang demam Chikungunya ni dan mak baru 3 hari. Teruk penangan demam ni sampai abah kata satu stage dia tak boleh jalan langsung kerana sendi2 yang terlalu sakit. Ingatkan abah dan emak saja yang kena saiful dan Jaman pun kena demam yang sama hampir seminggu. Jahat sungguh nyamuk eades ni yek. Bila kami tiba terpancar keceriaan diwajah nenek sebab cucu2nya ada membuat bising. Malam itu kami tidur dikolong lagi..mungkin tidur untuk kali yang terakhir. Lebih kurang jam 12.00 malam Cik Adun pula tiba.
Jumaat pagi tu kami rasa boring sebab tak de siapa lagi yang tiba..selepas buat sarap aku start menyapu umah baru mak..mengemop lantai 3-4 round (still berdebu lagi) dan yang penting lantai dalam bilik yang kami nak tido sebelah malamnya. Belah tengahari baru kak ima sekeluarga tiba makin meriah lah rumah nenek. Operasi membersihkan sekitar kawasan umah nenek pun dimulakan beramai2. Kesian jugak kat mak tu bila demam aje rumah jadi semak dan tak bersapu. Aku ambik tender sapu sampah keliling umah (aku suka bakar sampah heeh hehe).
6 beradik yang berkumpul
mak bila anak dan cucu balik terus boleh bangun gagahkan jugak.
Baru balik bukit gambir beli lauk
Kesan kebakaran- Satu2nya bahagian umah lama yang masih tinggal
Dapur dan bilik air mak
Sesi mengalihkan tempat letak kereta.
Hunny and abang Amat
Dua dari 3 anak yang rupa sebijik cam abah..sorang lagi cik Ajam
10 lori tanah untuk ratakan kawasan.
Hari Sabtu pagi abang Jali seperti biasa tiba dulu sebab nak ambik kelapa dikebunnya then abang Amat plak tiba sekeluarga..then Saiful tiba and Abg Jaman pun datang. Maka lebih meriah lagilah rumah nenek pagi sabtu tu. Best jugak ada anak ramai2 ni kan. Bila dah berkumpul tu tahu aje lah..yang pompuan ambik tender memasak….family besar ni kalau masak memang banyak…haritu adik beradik yang lelaki dok alihkan tempat letak kereta. Seronok balik kampong…sebab ramai orang tapi sabtu tengahari dah nak kena packing untuk balik melaka sebab umah mak nak buat kenduri selepas maghrib. Umah baru nenek sikittt aje lagi nak siap memang cantik..cam banglow..anak2 kata umah baru tu umah besar pondok nenek tu umah kecik..malam tu kami rasmikan jugak walaupun elektrik tak de lagi kami tarik extention dari pondok..kalau tak sure tak leh tidur sebab panas…yang penting kipas…lampu tak de tak pe..heeh heehh..Memang seronok bila ramai2 berkumpul. Next sesi berkumpul is minggu cuti sekolah sebab mak nak buat kenduri dan baca Yaasin tapi kami tak boleh join sebab tarikh yang sama kami cuti-cuti Malaysia ke Kedah..tentu lebih meriah sebab semuanya balik cam hari raya.
till then
1 comment:
Panjangnyerr..anyhow cung aa rumah baru...sure tambah meriah raya tahun nie...
Post a Comment