Wednesday, July 09, 2008

Sudah ternoda

Aku pun tak tahu lah kenapa tiba2 aku ingin menodai kesucian kredit kad aku. Setelah sekian lama aku maintain untuk tidak menyimpan hutang di dalam CC tapi semalam aku tewas akhirnya di tangan benda ni. Kadang2 CC clear ni pun badi jugak..mulalah gatal tangan nak swipe sana sini kan.

Al-kisahnya semalam tengahari aku ke menara. Tujuan aku ke Menara sebab nak attend meeting dengan big boss. Oleh kerana aku sampai awal 1.30 dan meeting start 2.30 maka aku singgah dulu kat bawah withdraw duit jalan2 cuci mata. Tup2 ternampaklah sekumpulan wanita yang sedang mempromosikan peralatan kesihatan mereka. Niat aku satu aje nak dapatkan urutan secara percuma. Memang aku dapat massage and reflexology secara percuma. Memang lega dan rasa ringan seluruh badan amklumlah kudrat digunakan sepenuhnya sepanjang weekend yang lalu dan aku belum sempat lagi nak pergi berurut seperti yang aku rancangkan.

inilah mesin yang telah menodai kesucian kredit kad aku

Sambil syok kaki aku diurut makin rancaklah kakak penjual tu bercerita. Elok ni dik untuk jangka panjang. Kalau adik gi urut badan pun sekali urut dah RM50 hengget pergi sebulan 2-3 kali lebih kurang aje mcm adik bayar ni sebulan. Lagi best ada mesin ni adik boleh urut setiap hari boleh letak kat opis sambil buat kerja sambil kaki adik diurut. Aku pun berdolak dalih le jugak kalau boleh saya malas nak tambah hutang kak. Saya ni kena tanya hubby dulu (iye ke) alasan aku aje la…tapi makin lama diurut makin rasa selesa seluruh badan. Makin akak tu cucuk2 makin ak terpengaruh

Lagi pulak ni ada promotion dik. Harga dari 2000 lebih dah jadi seribu lebih aje pastu dapat dua barang dik sekali dengan mesin tangan untuk urut belakang ni plua akak bagi satu hadiah misteri (hadiah misteri dia set gelas cehhh). Kalau adik ada kad bank-bank ni dapat zero interest lagi. Bulan2 bayar 141 hinggit aje ni. Sama mcm adik bayar cash beli barang. Adik kalau beli barang dapur 150 hinggit tu tak de benda pun kan sekelip mata aje duit habis..pehh ayat memang power.

Yang sebenarnya aku memang pernah terfikir pun samaada nak beli kerusi massage tu atau foot massager ni tapi harga memang kaw2 giller kalau kerusi tu…itu kalau hutang kredit kad bertahun jugak mahu clear tu…dalam 5-6K kan harganya. Last2 aku pun swipe le my bank Islam kredit kad. Maka aku sekarang adalah tuan yang sah bagi foot massager ni harga promosinya RM1699 (betul ke harga promiosi ni). Bulan2 aku harus membayar RM141 hinggit gatal ke tak gatal tu menambah hutang. Itulah namanya gatal2 tangan.

Malam tadi aku mencuba pengurut tangan tu mula2 test belakang aku yang sakit tang urat belikat tu…memang best sangat coz vibration mesin ni memang power and ada infra red. Pastu aku urut kaki hunny yang accident tu heeh sebelum ni aku kena urut manually dengan tangan…heeh hehh. Kira kena fully utilize benda ni.Duit dah keluarkan..nanti bila2 angin cik abang baik boleh le mintak dia tambah extra allowance lagi RM150 untuk cover bayor duit mesin tu..heeh hehh aci tak aku giteww..lagi pun utang setahun aje…ok lah untuk kesihatan apa salahnya (alasan orang yang dah membeli)..Korang kalau nak cuba moh datang umah aku…

Till then

3 comments:

sweetbie said...

tu dia dah tukar langsir baru..nice color la..beli jangan tak beli..apapun mesin urut tu memang godaanla lepas penat pi urut2 bestnya..selamat berurut KS

Kopi Suam said...

hehe terima kasih umah baru cat dengan warna kopi susu..

memang tergoda sungguh kalau tak sure mak tak beli kan...

Norae said...

zira..

lepas nie bolehler kurik2 kendi berurut kat gumah ko.. oppsss.. :)