Monday, August 04, 2008

Balik Kampung Melaka - Kenduri







Kami harus bergegas berangkat ke umah mak melaka pula. Asal perancangan kenduri pada hari Ahad petang tapi disebabkan Ahad tu mak dan ayah sibuk dengan mesyuarat jadi kenduri pun dipercepatkan pada hari Sabtu selepas Maghrib. Hunny masih bergolek2 menghilangkan kepenatan memang penat dengan operasi membersihkan umah mak secara besar-besaran dengan adik beradik. Aku dah start packing baju. Memang liat nak tinggalkan umah Muo lagi2 bila ramai yang dah berkumpul. Sebaik saja kereta meninggalkan laman rumah aku terus terlelap. Anak-anak pun sama kesian cik abang memandu sendirian. Sedar2 kami dah sampai tol Ayer keroh. Sampai Melaka ramai saudara mara yang telah berkumpul dan sibuk2 memasak. Kebetulan masa aku tiba tu banyak benda yang dah siap. Kakitangan pun ramai jadi aku bantu apa yang patut. Dalam masa yang sama sempat aku open table untuk kain. Kali ni bawak balik kain memang banyak. Habis kenduri masing2 memang keletihan. Bila dah berkumpul adik beradik memang kecoh dibuatnya lagi2 bila melihat gelagat anak2 saudara yang semua hampir sebaya.


Aku ni perancangan hanya tinggal perancangan. Hari Ahad tu memang tak buat apa. Asalnya nak ajak hunny ke Bachang gi tengok kedai tapi tak jadi pulak. Dalam hati nak ajak menaiki bot di sungai melaka pun tak jadik jugak..jadi masih tak sampai hajat nak naik bot sungai melaka..nak naik bus dua tingkat dan menara tamingsari. Iskhh bila dah sampai umah amak memang malas nak kuo..lagi pun cuti terlalu singkat sehari aje. Pagi tu kami meronda pantai menaiki motor..laut best cuaca memang cun ramai jugak orang mandi manda. Dalam dok puji2 cuaca cun sebab mendung2 ala-ala sejuk last2 hujan turun dengan lebatnya. Last2 melepak aje kat umah sambil menonton TV. Deena pepagi dah ikut cik Ana ngan cik ayun gi town.





Petang memang dah rasa malas nak balik tapi dalam dok malas tu packing jugak barang masuk dalam kete. Kalau tak balik mana boleh umah den tu hah dah le macam tongkang pecah esok nak keje baju sekolah anak pun tak dan nak buat washing khamis tu….tengah dalam mood malas sokmo. Tukar kete ngan ayah..punyalah tak hengat langsung sampai tol bangi baru le teringat “alamak yang kunci umah ngan kunci drawer opis saya kat kunci kete kita” Tu satu hal cempedak yang mak kirim pun aku lupa nak sumbat dalam boot kete..aduss poning, cik abang dah le tak bawak kunci spare dia. Sampai Kajang dekat jam 8.00. Dok pening kepala camner le kami nak masuk ni. punyalah absent minded makcik sorang ni. Pun dah bagai2 cara try bukak ngan kad pun tak boleh jugak (ni konon cam masa kat uni dulu pintu terkunci bukak ngan kad phone memang buleh)…aku kata kat cik abang pecahkan ajelah yang pintu tu. Nasib baik le kunci gril kami leh seluk…dengan hanya 3 tendangan kopak le pintu dapur umah kami..Aku jenguk2 jugak keliling iskhh tak de pun jiran2 yang menjenguk ke depa jenguk dalam gelap heeh heeh..padahal cik abang aku teranjang pintu tu punyalah kuat. Pehh lega dapat masuk umah…Tak habis kat umah pagi tadi kat opis lagi satu hal..kenalah mintak tolong bebudak ni jadi macgyver operatekan laci aku ni..mana taknyer laptop mak ada dalam laci ni…




Ayoyo I think that’s the sign, my absent minded is getting worst. Haritu lepas sibuk2 jadi mamarazzi aku campak kamera dalam beg pakaian pastu tak sampai 5 minit kecoh2 lupa letak kat mana…sama cam kat umah mak lepas snap picture aku main tinggal aje camera atas mesin jahit pastu gabra2 carik tak jumpa….rasanya memang sah aku ni kurang B complex.


Till then

1 comment:

ya2 said...

zira,

bilalah ko nk naik menara tamingsari nih??

malu wei jadi anak melaka kalu x g suma2 tempat tu.hehehe