Monday, August 11, 2008

Kasut maroon

Malam tadi lepas sembahyang maghrib sambil melepak2 atas sejadah tetiba fikiran aku terus menjangkau ke Kedah tahu le so excited nak ke sana tapi bukan tu yang aku nak cerita. Dalam kepala dok merewang nun ke utara tetiba aku teringat pada peristiwa kasut baldu maroon aku masa aku Matrik dulu…peristiwa aku tergeincir beberapa mata anak tangga tinggi jugak, streeettt dari atas sampai bawah dalam keadaan berteleku pastu jatuh terjelepuk bagai orang sedang duduk tahiyat di khalayak dengan beberapa pakwe hensem yang ada kat situ (antarnaya nasim yang paling aku ingat mana nak control ayu, mana nak control malu) pastu tetiba aku dengar suara Puan Salina cikgu math aku yang kebetulan lalu di situ menjerit haahh tu laaa kenapa pakai kasut tinggi….hahh hahah pastu aku sendiri yang tersenyum dan tersengih2 macam kerang busuk. Kalau aku jumpa lagi kasut baldu tu kat BKH nanti aku mesti beli punya kasut tu sebagai kenangan. Itu memori silam yang pasti tak luput diingatan. Peristiwa ini dah beberapa kali aku cerita di blog tapi memang tak boleh dilupakan setiap kali terkenang aku akan tersengih sendirian.

Pagi tadi semasa siapkan Muhammad Ilman untuk ke sekolah si bujang berkata sesuatu “mama cantik la plesh kat bilik adi tu” haah plesh apa plak ni plesh tu apa kakak. Aku kena tanya kakak sebab adik ni bahasa dia kekadang kita orang dewasa ni tak faham. ”Ala flesh adi tu ada bunga-bunga cantikkan mama”. Tambah Ilman lagi.. flesh bunga puas aku memikir. “yang dalam toilet adi tu la…” ooo flush la mama toilet flush. Kata kakak….cehhh budak Ilman ni toilet flush pun boleh kata cantik sebab ada tampal2 sticker. Itulah seni dimata anak bujangku yang sorang…creative dia cara lain le pulak si bujang ni.

Pagi Sabtu tu aku yang pertama tiba di RALK..ikutkan jadual kena ada jam 8.30 tapi jadual pada RALK start jam 9.00 aku plak 8.05 minit dah terjengul di sana. Budak berdua yang sepatutnya aku tinggalkan kat sekolah terpaksa aku hangkut jugak kerana bila tiba kat sekolah dua2 rumah berkunci padahal semalam dah bagitahu dah kat cikgu. Basically tak ada apa yang nak digotong royongkan di situ. Rumah anak2 kat situ bersih dan teratur tambahan pula penjaga kat situ ada mengambil 2-3 orang ibu tunggal yang bekerja sebagai cleaner kat umah tersebut. Jadi kehadiran kami yang tak seramai mana…aku kira kebanyakan orang sibuk minggu tu sebab one of the big boss buat majlis perkahwinan anak so sebahagian besar dah diimport untuk merewang jadi yang turn up tak sampai 20 orang pun. So aktiviti kami hari tu selain dari menyampaikan sumbangan barangan makanan peralatan elektrik dan wang tunai acara kami dimeriahkan lagi dengan ala-ala sukaneka untuk kanak2 ni. Sukalah budak2 ni semua dapat hadiah bagai-bagai.

Aku plak since ada hero ku yang sorang ni jantung aku pun berdenyut dengan lebih kencang…anak mak yang sorang tu tak kira di mana dia berada…buat perangai lama…tiba aje RALK hari tu dia dah start meniarap kat depan lantai nak masuk umah rehat di RALK hisshh mak tak leh nak marah sebab anak mak ni kalau meroyan nanti satu kampong seri aman dengar suara dia..pehh kejap berlari sana berlari sini panjat sana panjat sini main pasir anak2 kat situ main pasir dia pun join sekaki…sampaikan one of staff kat Division I kata ingatkan anak2 yatim kat sini tadi…cehhh sampai hati kata cenggitu heeh hehh. mak ni kejap2 urut dada…tarik nafas panjang sabar aje la…majlis akhirnya tamat juga jam 11.30 pagi peh lega sungguh dan kami balik umah…tidur dulu sebab letih tengok gelagat Muhammad Ilman yang cargas bebeno..

Till then

4 comments:

ya2 said...

zira,

ko dah sihat lum?suspek chingkukunya tu ke.harap2 ko dah walafiat skrg.

aku gelak sakan baca kisah kasut ko tuh.trus la terkenang2 zaman matrik dulu.

DeLinn said...

hahaahahah aku ingat lagi cerita tu. takkan ku lupakan kekekeke

zino said...

singgah kejap je.. mata dah ngantuk ni..

Anonymous said...

salam ...



lama tak mai umah kopi suam ...



ahad baru ni kak pB jatuh gak.
Kat Mines Shopping Mall..

Yang syok tu , berpegang pada teruna mana entah ler ...
Mesti teruna tu terkejut badak ...


hu hu hu


-kak pB-
www.pulutbakar2.blogspot.com