Tuesday, November 18, 2008

Kongsi petua

Aku just terpanggil nak tulis pasal ni. Bukan pandai sangat pun dalam hal ni maklumlah usia perkahwinan pun baru nak masuk 7 tahun banyak yang nak kena belajar dan bersabar..masih jauh perjalanannya. After mendengar keluh kesah 2 kawan yang menghadapi krisis rumahtangga aku jadi phobia sebenarnya. Bagi aku alam rumahtangga ini bukanlah alam fantasi yang seperti kita baca di dalam buku hikayat. Well ada ketika ianya sangat indah dan ada ketika ianya tunggang langgang bagaikan ribut dan taufan. Yang penting bagi aku kalau kita inginkan sebuah rumahtangga yang bahagia berusahalah ke arah itu selebihnya kalau nak jadi juga itu memang bahagian kita. Tak ada orang dalam dunia ni yang alam perkahwinannya sentiasa indah belaka 24 jam 365 hari. Kalau ada dialah manusia yang paling bertuah dalam dunia ini.

Kawan 1 menghadapi krisis suami dia yang telah ditackle oleh wanita lain. Yang peliknya wanita itu pula masih isteri seseorang dan dia sebaya aku sama baya ngan korang juga masih muda masih baru berapa tahun kawin (nauzubillah). Sanggup wanita itu cuba merosakkan rumahtangga orang sedangkan dia juga seorang isteri. Janganlah buat kat orang balasan ALLAH pada kita amatlah cepat bagi orang-orang yang teraniaya. Kawan aku berusaha sedaya upaya untuk dapatkan semula suami dia. Dan dia tak pernah berputus asa lepas satu ustaz ke satu ustaz dia meminta bantuan untuk lepaskan suami dia dari tarikan wanita itu. Aku doakan semoga dia berjaya.

Kawan 2 suaminya seorang ustaz dalam diam telah menikah dengan seorang janda tanpa pengetahuan beliau. Sekarang kawan itu tengah dalam keadaan depression yang amat kerana beliau seorang suri rumah sepenuh masa dengan anak 4 orang yang masih kecil2 belaka. Ironinya beliau memang bergantung sepenuhnya pada husband. Dia rasa mcm nak gila. Nak cari jalan keluar untuk berpisah tapi sebagai nasihat kami kata bertahanlah dahulu kerana penceraian bukan penyelesaian masalah. Tapi tak tahulah sejauh mana dia boleh bertahan.

Institusi kekeluargaan hari ini memang sangat rapuh kerana banyak faktor. Bukan sahaja lelaki malah wanita juga kadang kala menjadi penyebab kekecohan sesebuah rumahtangga. Kadang2 bukan sebab kekecohana antara kita suami isteri, datang pulak orang ketiga yang menggugat ketenteraman. Takutkan..bukan untuk menakutkan tapi bersedialah menghadapi alam rumahtangga ianya bukan cerita dongeng tapi ianya boleh menjadi alam fantasi jika kita berusaha ke arahnya. Bak kata seorang kawan..perkahwinan bukan perkara suka-suka. Sekali lafaz maka berjuanglah dan jangan berpatah balik.

Ho ho ho ingat pepatah ini bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Petua2 amat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi petua yang jarang2 orang buat tapi very practical dalam rumahtangga. Bagaimana nak mengekalkan keharmonian rumahtangga kita suami isteri sehingga 10 20 30 40 50 60 dan sampai mati.

Jom share


4 comments:

aNIe said...

Kopisuam....

Terlalu banyak kesah rumahtangga yang dpt kita jadikan pengajaran...dan panduan...

Kita kene pandai menimbang yang mana baik dan yang mana buruk...dan dalam hal ini tak siapa pun akan terlepas walaupun usia semakin meningkat...kerana apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang tidak mengenal batas usia.

Harap2 kita semua tidak melakukan kesilapan yang sama...

Zareda Norman said...

KS

zar pun baru 10 tahun kawin masih hijau dan mentah sebenarnya tapi asam garam rumahtangga ni memang hebat juga..

kita isteri isteri yang bekerja ni lagi besar dugaannya.. lagi kena berhati hati dan sentiasa jaga pergaulan jangan sampai timbul fitnah. memang iman dan takwa memainkan peranan dalam membentuk rumhatangga bahagia

ya2 said...

zira,

ada seseorang pernah bgtau aku mcm ni."isteri yg bagi kebenaran utk husbnd dia berkawin lagi misti husbnd dia xkan cari lain"(mcm gitu la ayat dia)

aku pon mmg pernah bgtau alif, "kalu u nk kawin lagi, cari la org yg lebih baik, lebih cantik, dan lebih kaya dari i.kalu u ada, i boleh pinangkan dgn syarat i akan dpt sekian, sekian, sekian"

dan setakat ni dia masih setia dan alhamdulilah tiada gangguan.

kawan aku mmg bgtau hubby dia, dia xkan benarkan poligami, xnak payung emas etc.

tgk2 3 taun dia kawin, hubby dia bercinta dgn student dan kawin lari ketika dia mengandung dan mabuk2.

aku pon x tau betul ke tidak.

yg penting, sefahaman, berterus terang dan menjaga hubungan batin suamiisteri.

ntahla ek.aku pon baru 6 taun kawin.masih bnyk yg perlu aku belajar.

Anonymous said...

satu hari tu, saya ternampak ada seorg kawan dia salam dan cium tgn suami dia setiap hari sebelum dia ke ofis. Saya pernah dgr ada org kata kena ada fizikal contact dgn org yg dikasihi setiap hari. Tak kira walau rasa tak puas hati mcm mana, tapi bila kita salam tgn suami sebelum pergi kerja, rasa reda kemarahan tuh... dan terasa how silly. kalau omputeh that would give a kiss and a hug. as a normal malay cultured lady i would feel a bit shy to do that publically tapi not salam and cium tgn suami. tak sure lah apa perasaan suami...
satu lagi let our husbands know exactly apa yg membuatkan kita rasa grumpy tak puas hati, dgn cara yg baik, tulis email ke, tulis blog ke ;-), tapi dgn penuh kasih sayang, bukan dgn perasaan benci. moga2 Allah limpahkan rahmah dan kasih sayangNya pada keluarga kita.