Thursday, March 19, 2009

sway with me

Bermula dengan sebuah email yang ringkas dan akhirnya berlarutan sehingga ke hujung talian. Aku call dia walaupun asalnya aku merasa tidak senang dengan pertanyaan dia melalui email. Ia membuatkan aku ingat kisah yang lama yang dah aku lupakan. Lagi dalam keadaan mood aku yang memang tengah swing ni semuanya rasa bagai tak kena. Kesian kat I**. Aku harap dia tabah dan semoga ALLAH dapat membantu dia di dalam urusan ini. Aku bantu dia sekadar yang aku mampu menasihati sebagai seorang kawan selebihnya dialah yang harus bijak untuk membuat keputusan. Aku harap dia bijak dan tidak mengulangi kesilapan yang telah orang lain lakukan. Apa-apa pun syukur kerana dia merujuk kepada aku dalam perkara ini.

Dalam dunia ini ada pelbagai ragam manusia. Kalau semua manusia ni baik maka aman damailah dunia ini, maka tidak berlakulah peperangan maka tidak berlakulah kerosakan di muka bumi ini. Maka tidak ALLAH jadikan neraka dan syurga kerna fitrahnya manusia itu ada yang baik dan ada yang tidak. Ada yang ingat dan ada yang lupa.

********************

2 hari lepas aku teringin nak makan carrot cake SR...hehh tapi disebabkan komen ina yang kureng memberansangkan aku matikan niat tu sekejap tapi sejurus lepas tu aku turun jugak haah haah ngap...ngap carrot cake....yummy bestt..heeh heeh...hmm susah ni bila SR dekat di mata...bila teringin dan..dan bleh turun.




Semalam dengan mood yang pusing2 macam gasing dengan kepala yang sikit weng aku rasa nak lari jauh2 pergi mana2 cari sedikit ketenangan. Mana aku nak pergi ni...hati dan minda nak bergerak tapi fizikal masih terpaku di kerusi opis...hmm kena kuo jugak dari opis kalau tidak confirm sakit kepala aku jadi lebih teruk. maka lunch time aku dan budak2 ni..kami berempat gi ke pantai dalam makan ayam golek....tak lega pun mood yang swing tu but at least aku rasa release. At least la kan...




This is life up and down...and sometime flat...
colourful what and delicious somemore like this carrot cake


till then

2 comments:

NONIE AZIZ said...

hang buat aku lapaq la zira...lama aku tak makan kat SR ni...huaaaaa...

zino said...

baru lepas makan dah lapau balik hehe