Thursday, May 21, 2009

Day 5 - Shop till drop pasar baru










































Hari terakhir di bandung tidak kami sia-siakan begitu sahaja. Selepas mengcharge tenaga dengan beurut disebelah malam paginya aku sudah bersedia menghabiskan jutaa rupiah yang terakhir. Oleh kerana masa yang diberikan sehingga jam 11 sahaja maka kenalah masing-masing pepandai buat time management di pasar baru.

Serbuan pertama adalah digerai-gerai kerepek dan dodol dibahagian bawah sekali pasar baru. Disini aku memborong, pisang keju, samosa, kacang bandung, papedem dan keropok udang mentah. Pendek kata mcm-mcm keropok ada...and memang sedap2 belaka kerepek di bandung ini. Dalam banyak2 kedai aku pilih kedai yang dijaga oleh mamat yang hensem-hensem hu hu hu...bak kata pijah...kalau kat malaysia kedai2 dijaga oleh mamat2 hensem camni..hari2 aku datang beli....(pijah yang kata ok) heehh hehehe

Seterusnya di lantai G kami terhenti dikedai barangan baby maka berlakulah beberapa transaksi pembelian barangan baby antara aku dan norm....I like...hanya 190,000 rupiah untuk 3 barang ini...heheh hheehh sukaaa banget sebab tomei dan berbaloi....
Dalam keadaaan masa yang suntuk tu aku dan ayu berpisah dengan geng yang lain...kami terpaksa berkejar, aku mencari baju batik untuk ayah dan abah, baju batik untuk anak2 saudara yang lelaki, kain batik dan kain pelikat. Sempat jugak merembat 2 buah handbag casual for me untuk santai-santai....tapi misi nak merembat beberapa pasang japanese cotton tak tercapai...

Puas kami meronda untuk kali terakhir tetiba kengkawan call ajak makan sekali...makan di ikan bakar pakcik Met di pasar baru juga..One thing for sure kat bandung ni food presentation diorang memang bagus sgt..nampak teruja sungguh. Yang hijau cam tiga segi tu adalah nasi...bersama ikan garume serta sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Patutlah kulit depa ni cantik2 belaka. Usually kalau kami pi makan...sambal belacan and sayur-sayur mentah tu memang hidangan wajib dalam setiap menu.


Lepas makan kami gerak ke coster, dalam pada nak menunggu lif tu sempat aku masuk kedai beg dan merembat beg Ben 10 untuk bobot and beg princess untuk deena....heehh heheh last minute..semua main rembat aje....kawan2 dok terpinga menunggu awat le kami lambat padahal kami yang gerak dulu.

5 comments:

aNIe said...

KS...hehehe...habis gambar org tido diambilnya...bestnya pi jenjalan...

Anonymous said...

bestnya pi bandung...nasi apa tu yang siap ada ikan dan topi daun pisang...lain kali pegi nak ikut boleh?
-Abe J-

Mak Su said...

apa tu dalam benda tiga segi tu? puding ker?

hayad said...

akak, sy sgt la giler menengok baju2 sulam tu. adoi la. bila la nk g sana ni. nk borong byk2, heheh

PerantauSepi1306 said...

sedap menu lunch ;D