Balik kampung memang best sungguh sampai rasa malasnya nak balik KL semula..malasnya nak masuk kerja malasnya nak fikir pasal kerja semuanya jadi malas. Padahal bukan apa sangat yang dibuat kat kg tu. Kami sampai Muo Khamis pagi..Hari Jumaat Saiful tiba satu family...dah ada baby baru..murah sungguh rezeki..baby boy yang comel lagi hensem namanya Abdul Rahman, tak perasan plak bila liza peknen..anak diorang dah 3 dalam masa 4 tahun kahwin...kalah dah aku...hari sabtu kami balik melaka.
Bila bab bermalas-malas ni memang seronok....balik semalam tengahri dok angkut kuih belanda yang mak dah buat dan juga sambal2 yang telah diorder.
Pagi ni masuk opis..rasa mcm lipas kudung tak cukup kaki tangan....dengan email yang nak sort...dengan kerja yang melambak...tup2 masuk2 check calendar 8.30 ada mtg kat PJ...ni pun sat lagi ada meting satu lagi kat PJ jugak..rasa mcm dah tak larat nak jalan..lagi satu dok meeting aje ni bila lah keroje den nak siap ni.
Selamat berpuasa.
nota kaki:
Kepada yang nak order sambal dan kuih belanda peluang masih terbuka selagi stok masih ada. sila sms pesanan anda ke 019-3714425 - Terima kasih



2 comments:
biasa la biler coti lama nih..klu masuk je kijer balik..komfem melonggok kije nunggu...
cuti lama best wooo...
Post a Comment