Wednesday, November 18, 2009

Dairy Pakngah

Sabtu malam ahad tu kami ke rumah pakngah di cheras baru. Kenduri sempena beliau menunaikan fardhu haji. Dalam hati aku terdetik..pergi haji lagi ke? Bukan tahun lepas pakngah baru balik haji ke then bulan 5 haritu bukan baru balik dari umrah ke. Actually aku tak pelik pun sebab adik beradik belah ayah ni memang boleh dikatakan every year ada saja yang akan ke Mekah buat haji atau umrah.

Ramai lah saudara mara yang berkumpul malam tu. Dalam dok bersembang tu makcik aku yang tak berapa sihat (sakit) datang kat aku. Ini orang memang kaya katanya tiap2 tahun pergi haji. Kali ni pergi haji pakej 23ribu memang banyak kaya. Kata makcik mengadu.

Aku tak tahu cerita lagi. Rupanya kali ni pakngah gi haji atas tiket rezeki terpijak. Patutlah pergi sendirian dengan pakej bernilai RM23K. Tuah badan dan rezeki manusia dan semuanya adalah atas perancangan ALLAH.

Pakngah pun menghulurkan dairy dia untuk tunjukkan pada kami keratan akhbar yang ada gambar beliau semasa menerima hadiah. Actually pakej haji tu dimenangi oleh cousin aku along zahar dalam cabutan i-zam zam bank Ar-Rahji. Tapi rezeki pada pakngah sebab anaknya merancang untuk menunaikan haji tahun depan bersama keluarganya. Jadi pakej tersebut ditukarkan atas nama Pakngah.

Kisah tidak habis disitu. Pakngah bagi kami melihat dairynya yang ada macam2 kisah tertulis didalamnya. Kisah benar lagi sahih. It wasn't my intention nak baca pun tapi selak2 ada gambar arwah pakwe dalam tu. Gambar masa pakwe terlantar dihospital selepas accident sambil dikelilingi anak dan menantu dan juga ada tulisan2 yang membuatkan hati kecil ku tersentuh bila membacanya. Pak we aku memang hensem orangnya. Ada kisah tentang kampung kami di Pantai Rombang yang asal usulnya dibuka oleh moyangku.

Yang paling best bila aku dapat melihat salasilah keluarga kami sebelah ayah yang pakngah catit dan dapatkan dari arwah pakwe dan mak we serta dari arwah moyang. susur galur dari belah pakwe dan makwe sehingga kepada moyang di dua2 belah pihak. Jadi sah dan sahihlah tentang kisah ulamak dalam keturunan kami yang pernah moyang ceritakan pada aku sewaktu aku kecil2 dahulu.

Kalau sebelah makwe, kami adalah dari keturunan Indonesia Meranggis dan juga dari keturunan arab Yaman. Patutlah pakngah dan pakcik memang ada rupa yang paling ketara features arab pada mereka. Pada keturunan belah pakwe kami ada darah ulamak bermula dari susur galur ayah moyang. Salah satu kisah yang arwah moyang ceritakan pada aku ialah pakcik2nya dahulu boleh berjalan atas air.

Pada usia 6-7 tahun kalau orang bercerita manusia boleh berjalan atas air tentu kita tidak percaya. Tapi zaman dahulu kala memang banyak wali dan alim ulamak perkara2 seperti ini memang tidaklah mustahil berlaku atas dasar keimanan dan keyakinan serta ilmu agama yang tinggi.
Semacam ada satu kepuasan yang aku perolehi selepas menatap dairy pakngah yang sangat bernilai itu. Sekurang2nya aku tahu sejarah silam dan susur galur asal keturunan kami.

2 comments:

Anonymous said...

aku asl pantai rombang..dulu korg sume sedara mare duk mne???

Anonymous said...

sp tau asal usul pantai rombang??