Sunday, January 10, 2010

Berderau darah

Geng2 TS (shima, fifah, kak ja, kak ani & adik shima) singgah umah aku tengahari semalam selepas kelas manik 2 kat surau. Sejak bersalin haritu diorang tak sempat menjenguk. Phone shima kejap2 berbunyik anak dia call tak bagi chance sungguh mama dia nak melepak lama-lama Lepas sembang2 sikit minum pun sorang secawan air (soya bean segera) diorang pun balik.

Tetiba aku dengar kecoh-kecoh kat depan umah aku. Aku pun jenguk keluar. Shima dah kelam kabut. Kete Myvi dia yang diparking depan kete fifah seberang umah mas tak sampai 15 minit dah tak ada. Mahu tak panik mereka semua dibuatnya. Mcm tak logik tak kan le sekejap nau pencuri dah cilok kete shima ni. Memang gabra makcik shima. Aku dah berderau darah. Iskhhh jadi sejarah kat TS kalau kete shima hilang dalam sekelip mata camtu.

Fifah ambik kete bawak shima ke guard yang jarak dalam 300m just nak check kalau ada myvi yang keluar tadi. Adik shima try call umah kot2 kete shima ada kat umah. Dalam kelam kabut gabra panik dan tak percaya tiba2 myvi kelabu shima muncul dari lorong sebelah umah aku...ceesss memang le pakcik (hasben shima) buat dajai sungguh. Makcik tu dah gabra giller....sian aku tengok.

Last2 kami lambai shima and fifah yang dah ada kat guard. Pehhh sib baik le yang mengambiknya pakcik..kalau buatnya pencuri kete yang betul…mahu menangis tak berlagu shima dibuatnya.

And shima hang jangan le serik datang bertandang umah aku lagi yek :)

1 comment:

Jin Manik said...

wakenabeb...huhuuh

memang la weh..luruh jantung aku..ceh...hampeh sungguh...gila la depa ni...suka pekenakan aku...ceh.....

bukan pakcik je pedajai aku...sekali ngan adik ipaq aku join sekali...balik rumah je....semua pakat bantai gelak kat aku...sekali ngan bapa n cousin aku sekongkol sekali....hampehhhhh....memang meletup gila aku hari tu...gggrr...

sorry la terbuat kecoh hari tu....hehheheh