Wednesday, July 06, 2011

pengat durian

Pagi ni masuk aje highway ke UPM from UNITEN kereta dah bersusun. Apa kes accident ke hape sampai teruk nau jemnyer. Muna called aku kata dia dari 7.15 dah stucked kat the mines. Aku bagi signal slow-slow himpit terus reroute kereta ke arah highway seremban Melaka. Kebetulan masa tu lom lepas simpang untuk patah semula. Keluar tol kajang, Jalan lepas tol sungai besi pun tak de jem, masuk kuchai lama agak clear tapi sampai loji pantai dalam both side stuck. End up sampai opis 8.30. Check email baru tahu yang Planning commitee buat meeting pagi ni start 8.30am paper aku no.5. letak handbag capai laptop terus standby kat atas. Peh berkejaran. Jem pasal ada roadblock perhimpunan BERSIH..aduhh menyusahkan sungguh.

Harini kakak kena bercerita bahasa Inggeris di pentas sekolah. Harap-harap she can do well. Banyak hari dah berlatih.All the best to kakak.





Gambar sumbangan blog nora :)



Dah lama teringin nak makan pengat durian. Jadi aku pun war2kan pada makcik wokzs di kakoa yang aku nak masak pengat durian. Ghupernya ada jugak makcik woks yang bukan mak buyong kepingin dan mahu menumpang makan..aku suker aje kengkawan datang umah. Kesempatan MC Isnin tu aku aku utilised dengan memasak bukan berehat meluruskan pinggang seperti yang doc syorkan...MC pun sampai umah lambat kul 2.30 aku bertarung 3.30 kuah durian and pulut dah siap. lepas solat aku berbaringan sat sementara menunggu nora ngan ina tiba. Sebelum asar depa sampai aku tengah dok buat buah melaka kegemaran anak-anak. Ingat berdua rupanya Ismon pun tumpang sekaki. Memang aku masak lebih pengatnya tapi order ismon beli lagi 3 pek durian..banyak durian baru terangkat kansss.



Ni kira masak meraikan cencurut yang dah tiada sambil menjamu rakan-rakan. I liiikkkeeeee....lebih sedap bila makan pengat yang dah masuk dalam fridge....

No comments: