Monday, July 04, 2011

bye Mr Cencurut

Pinggang aku yang sakit giller ekoran terlebih power buat kerja weekend baru ni masih belum baik lagi. Jalan kalah penguin pondan terhegeh-hegeh very slow motion..hmmm sampai Isnin terpaksa MC memang sakit sungguh. Tapi hati senang banget sebab Mr Cencurut sudah tiada. ya ALLAH tak kiralah penat pasal nak keluarkan barang yang bnyk dalam bilik, pastu jenuh nak cuci taik Mr C yang banyak dalam bilik tu tapi hatiku sangat puas. Aku ingat lebih 5 round aku mop bilik tu...dengan sabun dengan clorox dengan floor cleaner isskkhhh kepuasannya memang tak dapat digambarkan.


Ahad tu aku kerah en hunny bunny untuk settlekan katil lama bilik bawah tu yang memang sarat dengan barang. Aku mau buang itu katil dan sofa lama. Hmm dua2 barang tu kami beli masa baru kawin dah dekat 10 tahun tu. Masa tu dok apartment taman harmoni Indah. Perkara pertama aku buat ialah memunggah segala khazanah dalam bilik tu. Kira bilik bawah tu cam bilik storlah segala tok nenek sumbat dalam tu. Tempat salin2 pakaian kami waktu pagi.Tmpat sorok kain baju kalau tetamu datang. Bilik serbaguna :)


Pastu aku ke junk king balakong buat appointment. Lepas grocerry @ econsave lori secondhand item call kata nak datang ambik barang.Sampai rumah uncle dengan 2 pekerjanya punggah katil dengan sofa, Lega giller aku tak heran pun nak jual ke apa yang penting aku nak letgo benda2 tu segera. Kalau nak panggil lori and pekerja saja2 angkat untuk buang upahnya aje RM150 tapi junk king charge RM80 tapi since dia nak ambik katil aku RM30 so aku kena bayar RM50. Pehh lega banget tak pening kepala.Hilang sumer serabut walaupun waktu tu penat tahap gaban. Kul 10.00 mlm baru aku siap kemas dan siap punggah masuk barang2 ke dalam bilik.


puas hati sangat.

No comments: