Pertarungan mak buyung di dapur petang semalam sungguh hebat. Hmm kalau ikutkan hati kecilku memang malas nak masak lagi dalam keadaan yang sudah sarat banget. Sedangkan kalau weekend bazaar ramadhan keliling kampung, tapi semalam terasa boring dan teringin makan masakan air tangan sendiri selain dari suntikan dan pengaruh rakan sebaya. Sagu gula melaka lah yang menjadi pencetus segalanya....hmm sedap ada lagi separuh balance kat dlm fridge makan time sejuk alangkah nikmatnya. Wah tak sabar tunggu buka mau makan itu sagu. Mind you aku tengah preggy Ibrahimovic jadi hormon2 kemalasan memang sangat terpancar disitu. Semoga anakku ini adalah anak yang rajin orangnya amin.
Ku kira semalam mungkin akan jadi pertarungan terakhirku di dapur sehingga selepas bersalin. Sian mak buyung. Abis masak kecapekan diriku sungguh kecapekan banget . Tapi nasib baik dua chef kecil deena and bobot pantas membantu maka banyak juga kerja-kerja yang dapat dibuat cepat. Aku tak boleh berdiri terlalu lama, masak sat duduk sat pastu sambung masak lagi, maka kesannya waduh pinggangku sakit banget disamping kesakitan bumper yang azali setiap kali preggy. Tapi hati terubat jua bila mee basah menu terakhir yang aku masak semalam licin dibelasah hubby dan anak-anak. Makan sungguh berselera bertambah2 hilang sikit rasa penat.
Mak buyung haruslah bertahan dan bertabah. Aku ada kurang lebih sebulan setengah untuk bertarung dengan kesukaran ini. Semoga ALLAH mempermudahkan untuk aku mengandung dan melahirkan anak ini dengan selamat amin. Tapi mengikut kemampuan fizikal sekarang besar kemungkinan aku akan mula bercuti awal. Mungkin selepas raya dah start rasanya. Duduk lama-lama kat opis pun bila bangun mula rasa payah nak jalan. Drive dari kajang ke KL bila kuo kareta kena ambil masa 2-3 minit untuk berdiri luruskan pinggang betulkan langkah dan baru mula bergerak. Pergerakanku sungguh terbatas.
begitulah kesannya dan itulah tandanya...mak buyung bukan masih muda bukan mak buyung yang selalu extra ordinarily extra power cam 10 tahun lalu. Mak buyung sedar diri!!!
1 comment:
Semoga segalanya dipermudahkan dan berjln lancar ...
Post a Comment