Tuesday, August 16, 2011

Duit raya kuih raya sumer raya

Sampul raya dah dapat 7 paket semuanya cukup rasanya untuk allocation tahun ni. Slip gaji jugak dah dapat humang aiiii copek bebeno nak masukkan gaji risau den, and slip gaji duit raya yang tak berapa nak lebat tu pun nak dapat. Dapat thn ni pun tak lebat pastu income tax potong kwsp potong jadi bertambah tak lebat le bakinya. Aku kira-kira rasanya ayah tahun ni dapat bonus raya lagi banyak dari aku bonus pesara bonus guru kafa bonus pak imam....adehhhh..tapi alhamdulillah adalah jugak sokongan kewangan time nak raya ni. Kalau tak nak kena korek saving lagi tak sukak kan.









Raya guna banyak duit walaupun tak tukar langsir baru tak beli sofa baru, tapi persiapan baju anak-anak yang sederhana tu pun dah habis ratusan ringgit. Dengan kuih rayanya lagi yang dah order berbalang-balang. Dengan baju raya aku lagi yang baru nak plan beli esok buleh...tu pun kalau ada kalau tak de aku bulldos ajer balik muo nanti carik kat bukit gambir. Oo tapi raya ni aku dah dapat recliner buat diriku yeesss.



hok ni aku order dua balang fresh from Aloq Setaq.
Semalam bakaq arini dapat yeeaaayy tak sabaq nooo


Oaty choc cookies and sempret ni order from Nina. Sure sedap kalau makcik nina tu yang buat :)
Ada lagi dua jenis kuih yang aku order tapi tak ingat nama.


Maka kalau baju raya bukit gambir takde kelas lah bak kata orang kaya kelang yang telah berhabis puluhan ribu ringgit aku ulangi puluhan ribu ringgit demi hari raya yang bakal menjelma setengah bulan lagi. Apa kelas baju raya tak lip lap lip lap kan di hari raya. Raya kena mengerlip. Ni sumer pengaruh rakan sebaya ni. Tapi pengaruh positive mak suker ajork. Yang habis puluhan ribu ringgit tu mak pun rasa cam nak terpengaruh jugak tu heheheh ehheheh buleh orang kaya :) Tetiba aku teringat baju melayu purple kat Semua House haritu tantek kalernya I like.

4 comments:

Anonymous said...

menggiurkan la samperit tu... ada filing ye? ish..ish.. kecur aku..

slamat soping baju raya. baju aku thn ni tak match ngan chenta/gebus... ntah camna aku punya boleh lain kaler... haruskah aku pergi carik baju lain? haruskah?

uihhh, org kelang tu dasyat nooo.... *tabik spring*

-Dd-

ezz said...

mate.. jgn terpedaya ngan makcik zirappppppppp!!!!! propah jaaaaa!
yg puluhan ribu tu project lain tu
tu pasal makcik zirap ni terpegaruh gak!

baju raya liplap utk raya ada satu ja... tu pun 100++...
kuih raya pun bake sendiri...
xde duit

Tukang Campak said...

oh tat nenas itu sgt tempting ditengahari. Bab buar kuih aku dpt pahala niat je setakat ni. ! balang pun takde.

Ala, ko tgh boyot2 ni zirap main tunjuk2 je, ko pun sama masyuk mcm org kelang gak kan...

Ezz, project beli emas ke lening? Tgh naik ni, merelip2 di hari raya

Kopi Suam said...

Mate DD harus carik baju baru yang satu kaler baru le satu tema...moh moh hunting for baju raya.

Mek zah a.k.a orang kaya kelang hahahah maksud aku sebahagaian dari puluhan ribu tu mmg pulun for raya antaranya sofa baru fella design wheee wittttt. Bila le nak merasa dok sofa empuk kelang ni :)

zie aku memang confirm main tunjuk cuma gimau aje yang tak cukup nak menunjukkan belang. Kalau gimau banyak isskkhhhh...hehhh hehhehe