Dah lama tak tulis blog ni rasa rindu pulak...kami bertiga masih di Melaka...mama masih cuti...Irdeena Maisarah makin hari makin bijak dengan keletahnya yang tak kering gusi dan Muhammad Ilman Abqaary (27 Nov 2004) baru sebulan lebih dah mencapai 5kg dan dah pandai mengagah sambil tersenyum...wah hebat anak-anak mama...kesian kat daddy yang terpaksa berulang alik KL melaka setiap minggu..semoga anak mama dan daddy menjadi anak-anak yang bijak dan beriman..amin
Esok kenduri doa selamat untuk mama selepas bersalin dan habis pantang sekali dengan majlis berendoi dan cukur jambul untuk Ilman...kalau Irham balik so majlis cukur jambul sekali untuk Irham..anak abang Zul yang lahir seminggu selepas Ilman dan hopefully daddy balik awal esok...sebab daddy kerja...after majlis cukur jambul majlis mencukur semua rambut Ilman akan dijalankan. Semuanya akan dilakukan oleh Makngahapada sebelah petang. Mama kena snap gambar Ilman banyak2 sebelum dan selepas bercukur. Tema untuk esok tak tahu lagi....merah atau biru belum decide...
Perjalanan majlis esok akan dimulai dengan kenduri dan doa selamat dari kaum lelaki jam 12.00 tgh seterusnya majlis berendoi dan akhir sekali marhaban dan cukur jambul oleh kaum wanita. Lepas asar baru le majlis mencukur habis rambut Ilman....handsome boy mama yang mesti bertambah hensem lebih bercukur..
Cuti kat kampung memang lah seronok sangat sampai rasa malas nak masuk kerja....tapi sekali sekala tu bosan jugak. Rindu suasana opis. Apalah cerita kat opis kan....dengar khabar banyak perkara yang tengah berlaku...tunggu ajelah lagi 2 minggu...tak sabar jugak nak tahu berita terkini....
InsyaALLAH masuk kerja 2 feb tapi belum inform boss nak masuk lambat...sekarang tengah fikir nak uruskan siapa nak jaga ilman sampai maid tiba..maid pun belum diuruskan..satu pun belum buat sebab masih tunggu agensi hantar biodata...katanya dalam 2-3 hari...tapi ni dah seminggu masih belum dapat call....sekarang ni susah nak dapat maid...rate pun dah naik ..kalau kat melaka yang mama dah tanya paling murah RM 4200nasib baik laa dapat yang Hj Halim tapi jauh kat Seri Andalas kelang RM 3600 bersih tahu terima maid aje..
Dua bulan cuti ni mcm2 perkara yang berlaku..tak sabar rasanya nak kongsi anyaway perkara yang paling nak dikongsi ilah masa bersalin tempohari...tapi tunggulah masa yang sesuai mama share pengalamana bersalinkan Muhammad Ilman Abqaary yang beratnya 3.7kg masa mula-mula keluar...
kalau sempat nak mama load gambar selama dua bulan dalam fotopages deenasarah
Saturday, January 15, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Zira
Welcome back to the world of blog. Lama tak dengo citer ko. Sihat ke? Mona dah masuk rumah baru ke?
bye..
~delinn~
Post a Comment