Thursday, November 17, 2005

Makan week

Fehh kenyang sungguh harini. Majlis mesra Aidilfitri yang berlangsung kat KK HQ memang memberi habuan makan tengahari yang sungguh mengenyangkan.. Minggu ni memang penuh agenda dengan makan-makan. Mulai hari ini majlis mesra Aidilfitri dan esok datuk CK datang melawat opis belah petang TM plak buat rumah terbuka, then sabtu ni plak Zamri buat rumah terbuka kat Taman. Ahad kak Z jemput satu family untuk open house rumah dia kat Subang dan next Saturday kak Yati pun buat open house kat taman dan Ahadnya ada wedding dan open House rumah Adnan.



The best part is tak payah masak kalau ada open house the tak best part is siap sedia dengan pertambahan lemak yang berkilo-kilo. Aduh lepas raya ni tak tahu dah berapa banyak kilo aku naik…heehh hehhh tak pe lah next week dah start puasa 6 dan juga ganti puasa yang banyak iaitu selama 9 hari. Sabar aje lah bejot masa tu lagi 10 hari nak raya…cuti puasa sembilan hari pastu puasa balik 1 hari pastu raya…Bila ada open house makan sure tak de limit punya. Semua mesti nak test. Mcm tadi mula-mula aku makan ABC pastu aku makan jagung rebus, then proceed dengan laksa. Pastu ambik plak nasi briani dengan teh tarik dan last sekali makan satay. Itu pun banyak food yang aku tak rasa. Ada lemang,, mee kari, rojak buah, sup ayam, dengan roti, buah-buahan dan ketupat.



Semalam we had CA meeting with perjawatan.. meeting habis pukul 6.00 sabar ajelah nasib baik ada Is yang tolong ambikkan Deena. Kalau tak sure dah kena bayar OT. Sorry l;e Is buat kau tunggu lama dalam Honda Civic kau dengan penumpangmu itu..5.30 meeting tu dah nak habis sebenarnya tapi bila start ada Q&A tahu ajelah tu yang drag samapi pukul 6.00 tu. Aku suka gak meeting ngan Mr N ni sebab dia sambil meeting banyak benda yang kita boleh dapat dengan cara dia bercakap dan idea-idea serta hentaman berbisa dia kepada functional team. Usually kalau meeting dengan mamat ni get ready aje sebab kalau silap sure kena hentam. Lesson of the day bila sesuatu tu kita dapat secara percuma memang kita jarang untuk hargainya. Dia pun applylah to some welfare yang company bagi pada staff banyak yang menyalah gunakan kemudahan dan ada yang memang mengambil kesemptan di atas kemudahan yang disediakan. Dana khirnya orang2 yang tak terlibat pun menerima kesan yang sama. So dia suruh kami-kami dalam meeting tu fikirkan…aduh sakit gak kalau kemudahan dah kena tarik ngan company baik le cabut aje dari sini.



Hmm kecoh-kecohlah pulak kat opis ni. Jap lagi ada gotong royong untuk bersihkan opis area sebab CEO nak datang melawat. Malasnya aku nak involve pertama sebab aku memang banyak kerja data cleansing untuk interim dah bermula so mata aku akak start berpusing melihat data yang beribu-ribu lemon tu. Barang aku ni tak de lah banyak sangat atas meja ni. Banyak pulak agenda time2 kirtikal sekarang ni. Sebab nak nampak teratur semua benda depa suruh simpan dalam kotak. Pastu dapat email kata jamuan ringkas buat kat floor kami. Hahh memang sah kena kemas luar dalam. Let the ketau mak andam decide what to do. Esok nak pi umah terbuka kat Putrajaya. Special invitation untuk Is..aku sebagai peneman aje…dia yang ajak pun..aku ok aje since esok Jumaat tak de specific agenda pum lagi plak bukan selalu dapat peluang camni kan iyelah dapat naik opis plak tu…



Jumpa Kak I masa breakfast tadi anak dia yang baya bobot dah jalan masa 7 bulan peh advance betul anak dara dia sama mcm anak F yang dah lepas2 tangan nak jalan padahal baru 7 bulan . Anak pompuan memang cepat sikit lagi pun depa dua tu memang comel tak mcm bobot yang chubby dan padu itu (bobot as at 2 hari lepas was 10kg) heeehh kuat makan, kuat minum susu dan sangat lasak..jalan aje belum lagi…gigi dah masuk 6 batang…makin manja dan mengada-ngada kalau addy lalu depan sure nangis nak mintak dukung. Addy tak payah nak bengang2 kat mama sejak kecik dah ajar dukung macm deena dulu la tak serik2 gak…so sekarang rasa lah..bobot memang takmo letak kalau addy ada dekat2 dia.. Kalau dengan mama duduk main elok aje..mama bangun tak nangis pun…sua tangan baru dia berdiri kat kita nak berdukung. Biarlah I let him educatethe children with his own way. So ada contradiction pada tingkahlaku anak-anak aku ni nanti…gerenti punya..sebab aku ni memang jenis yang protective giller cik abang aku plak memang jenis yang ok let them do what ever they want to do tak dak limitation…we will see..kalau this experiment berjaya to both of my children so we will stick to the same method untuk anak-anak yang akan datang. Kalau ada la…anak-anak akan datang tu subjektif sikit.



Cth addy’s method..biar deena naik escalator sendirian, ajar bobot cara panjat tangga…so dah berjaya naik tangga sampai atas…ajar bobot turun tangga dan turun sofa..turun sofa pandai hulur kaki dulu dan berjaya tak jatuh tergolek pun..turun tangga setakat 4 anak tangga dengan kaki dulu pun dah berjaya masuk anak tangga kelima bobot mcm dah tak tahu nak buat apa. Ajar bobot press padel motor deena..dah berjaya bergerak sendirian without addy’s control the handle (aku risau giller takut anak aku jatuh dari motor – jalan pun tak pandai lagi). Iskkhh itulah hubby aku yang method dia bagi aku memang sangat bahaya untuk anak-anak seusia itu…Tapi mata aku memang tajam memerhati setiap aktiviti luar yang mereka lakukan. Mulut aku dalam masa yang sama memang tak diam kalau tengok dia dengan anak-anaknya.

No comments: