Semalam aku baca blog datin. Aku tak tahu datin mana aku tak kenal pun dia. Tapi dari blog tu aku tahu dia masih muda dia pernah berkawin sebelum dia kawin dengan datuk. Tapi aku admire sangat pada life dia. Dia ada life yang best. Hidup serba kemewahan tapi dia yang tak bestnya dia kesunyian.
Aku selalu berangan-angan nak hidup begitu. Rasanya semua orang mengimpikan kehidupan yang mewah. Hmm ntahlah mungkin ALLAH tak bagi peluang mcm tu pada aku sebab takut aku ni cepat lupa diri. Bila dikenang2kan semula apa gunanya hidup mewah tapi tak bahagia. Aku rasa kehidupana aku yang serba sedehana ni agak bahagia juga walaupun kadang kala aku tergugat dengan perasaan sendiri yang selalu mnegatakan hidup sendirian itu lebih bahagia. Wallahualam. Tapikan lebih baik hidup mewah tak bahagia dari hidup miskin pun tak bahagia jugak. At least kalau kaya ada banyak duit boleh pergi mana2 yang kita suka. Boleh beli itu ini. Kalau miskin macam mana. Kesian...kalau kaya tak bahagia kawan masih suka nak bertekek, sedara mara masih mengaku suku sukat mereka. Kalau miskin hmm tentu dah terbiar punya. Inilah lumrah dunia namanya.
Aku bukan tak bersyukur malah bersyukur sangat dengan kedudukan aku waktu ini. Dengan sedikit kesenangan dan rezeki yang ALLAH kurniakan dengan cahayamata yang comel dan bijak dan seorang suami yang penyabar tapi kadang kala aku tak tahan sikap dia yang ikut suka hati. Tapi sabar ajelah at least aku bertengkar hanya setakat bermasam muka dengan silent treatment tanpa ada sepak teranjang atau maki hamun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment