Hmm nak tulis jenel sebab teringin nak meluahkan sesuatu perkara yang aku simpan. weekend baru ni kami balik kg. Balik kg hubby dulu then baru balik kg aku. Kat kg hubby tak ada sesiapa pun kecuali mak dengan abah.Sunyi sepi rumah besar 10 bilik tanpa kehadiran anak-anak dan keriuhan cucu. waalupun adik beradik husband 12 tapi masa tu hanya kami sekeluarga dan adik lelaki hubby yang kedua bongsu. Percutian singkat kat kg hubby baru2 ni membuatkan aku buka mata atas apa yang berlaku.
Ajam adik darling yang kedua bongsu baru aje baik dari sakit. Aku rasa adalah dalam 2 bulan dia baik dari penyakit yang agak ganjil tu. Lama jugak dia sakit aku rasa lebih dari setahun. macam macam mak metua aku ikhtiar untuk ubati anak dia. Dia tak mahu keluar bilik tak mahu jumpa orang dan suka menyorok bawah katil. tapi sekarang dia dah baik dan dah pun bekerja kat melaka. Alhamdulillah aku pun rasa lega jugak dia dah baik sebab apa bilik dia dah le sebelah bilik aku. So time dia sakit dulu aku rasa takut dan sentiasa seram kalau duduk kat dlm bilik berdua dengan anak aku yang waktu tu masih agak kecil.
Balik baru ni segalanya berubah. Ajam sekarang lebih agresif. Dia kata kat aku "kak berapa abang yak nak jual kereta tu" Aku bayar dia 20 ribu. Aku bayar muka 4k then bulan2 aku bayar seribu lebih". So far aku tak pernah bercakap sgt dengan dia sebab dia tu bukan peramah orangnya dan aku rasa nada dia sedikit kurang ajar.Dia sebenarnya seboleh2 nak beli kereta wira hubby yang ada kat kg tu. Tapi darling memang tak nak jual kereta tu. Malangnya masa kami balik baru ni kereta tu abis dah diubah suai. Eksos dah tukar kepada paip yang besar tayar dah dipasang tayar 16" dengan sport rim. Aku tahu darling memang bengang gila dengan perangai adik dia yang ubah kereta tu sesuka hati. risau jugak kalau darling tak boleh kawal kemarahan dia dan terajang adik dia...
Petang tu mak mentua aku bising2 pada ajam dan waktu tu la aku dengar dia melawan. Mak mentua aku marah pasal dia bawak kereta terlampau laju. Then dia jawab kalau dia mati dia ada insurans. maka dua beranak ni pun berperang mulutlah. Aku hanya mendengar waktu tu aku tengah duduk di tangga dengan mak mentua aku sambil sembang2. Hubby plak dengan deena bermain kat laman ruman. Ajam tengah godek2 kereta saiful yang dia jugak rosakkan baru2 ni."mak kan banyak duit mak jugak yang bagi aku 10k siapa
suruh". Aku tercengang jugak bila dengar ajam buat kenyataan mcm tu. kadang2 aku tak berapa setuju cara mak mentua aku yang terlalu ikutkan sgt kerenah dan perangai anak2 dia alasannya takut ajam sakit semula kalau tak diturutkan kehendaknya tu.. nasib baik lah husband bukan jenis mintak duit dengan mak dia. Masing2 masih bertegang urat. "Pulangkan balik duit 12k yang mak bagi kat kau tu.. pulangkan hari ni jugak jerit mak mentua aku sambil menangis. Kesian jugak melihatkan keadaan mak mentua aku waktu tu."kalau bank bukak hari ni..hari ni jugak aku pulangkan duit mak tu" Iskhh aku pun tak tahulah nak kata ajam tu. Mak dengan abah masih menoreh getah sebab nak bagi diorang adik beradik tu kesenangan. tapi anaknya kuat melawan sungguh. Betul kata hubby mak mentua aku memang banyak duit...iskhh...
Hubby masa tu buat diam aje tapi aku tahu dalam hatinya bergelodak. takut jugak kalau dia baran tetiba nanti naya adik dia menjadi mangsa. hubby jalan ke arah ajam" hei" dia panggil adik dia "aku tak nak jual kereta aku tu pada kau" itu aje yang dia ucapkan pada ajam. Episod petang itu berakhir bila ajam blah dengan motor RXZ dia. Mak masih mengeluh pada aku dengan sikap ajam yang sungguh pelik dan berubah tiba2 selepas baik dari sakitnya. Dalam masa yang sama tak putus2 memuji hubby dengan Saiful yang baik dan tak pernah melawan serta kena marah dengan mak..
Hmm entahlah..kadang2 aku sendiri pun tak faham. Inilah namanya kasih saya seorang ibu. Sanggup berhabis-habisan dan bagi anak-anak senang. tapi kecewa bila anak melawan dan tak dengar kata. Cuma satu bagi aku mak mentua terlalu memanjakan anak2nya dengan wang ringgit. Dulu hp ajam hilang RM800 dia bagi pada ajam duit tu pulak diletakkan atas katil dlm bilik aku. kebetulan masa tu kami balik kg. Baru2 ni Saiful balik kampus bawak motor Adun sebab keretanya ajam dah rosakkan. Adun pulak merengek mintak mak belikan motor baru padahal kat rumah tu ada 3-4 bijik motor yang masih elok. Mak mentua aku pun belikan jugak. Mcm manalah anak2 tu nak hargai penat lelah sebab terlalu mudah nak dapat apa yang mereka mintak. Tapi alhamdulillah hubby is not that type of person. Harap2 aku nanti dapatlah menguruskan anak2 aku dengan baik....
Tuesday, July 06, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment