Monday, September 27, 2004

FI Powerboat Tasik Putrajaya

Ingatkan mama sorang aje yang kat opis pagi ni. Masuk pagi tadi tengok boss takde, Fauzi memang cuti sebab ke Bangkok, makcik sorang lagi tu pun tak nampak batang hidung. Hmm mcm pakat pulak bercuti beramai-ramai. Ok lah mama tak boleh le nak cuti rehat sebab semua dah takde ingatkan nak cuti hari ni..pinggang ni makin menjadi-jadi pulak sakitnya. Malam tadi dah lah tak boleh nak tidur lena sangat. Rupanya big boss lewat sikit. Masuk terus datang kat mama dan inform Moli MC sebab kena morning sickness dan boss mcm konpius. Aikk heehh hmm mama cerita ajelah apa yang mama dengar masa course haritu tak de le nak tokok tambah sesedap rasa kan. Tahniah la…semoga semuanya selamat dan berjalan lanacar sampai waktu bersalin…itu sahaja doa dari mama. Ujian ALLAH rasanya memang kuat time2 pregnant ni sabar dan muhasabah diri selalu...

Semalam kami bertiga sakan menonton F1 kat tasik Putra Putrajaya. Uisshh punyalah ramai orang but lucky sebab kami datang awal. Awal pun pukul 10.30 tu parking dah penuh so kami rush ke Alamanda dulu cari food untuk alas perut then packing semua benda dalam beg picnic termasuk lah tikar picnic then parking kereta kat PI – FI terus ambik shuttle. Dari situ kami stop kat Tmn Botani. Cari tempat untuk kami melepak then Alhamdulillah dapat port yang memang teduh gila dibawah rimbunan pokok kelapa sawit. So Kami bentang tikar andt lepak aje kat situ menunggu bagai nak rak sebab perlumabaan start pukul 2.30. Daddy dengan deena siap sempat landing baik lagi kat atas tikar sampai tertidur dua beranak tu menantikan perlumbaan bermula. Mama as usual dalam keadaan sekarang manalah nak bergerak sangat. Gerai-geai pun kami tak pergi melawat. Sampai-sampai tu terus makan nasi dulu then lepak aje kat situ sambil melihat gelagat manusia yang berbagai. Duduk lama-lama tu memang sakit pinggang gila.

Orang memang ramai gila lah specially pada pukul 2.00 tu. So terpaksalah bersesak2 kat situ beramai-ramai but mama tak berganjak dari tikar Cuma daddy sekali sekali dengan deena ke depan untuk mendapatkan view yang lebih jelas. Dah bersesak-sesak macam tu masing-masing dok pakat berdiri depan mata kita. Tapi mama rileks ajelah..lagi pun tak larat sangat. nak berdiri duduk ajelah kat tikar tu. Kesian kat mama kan..kalau tak pregnant time ni rasanya habis gerai-gerai pameran kat situ mama tawaf. Ini pun mama pergi sebab daddy. Mama tahu benda-benda mcm ni kan kegilaan daddy so turutkan aje walauapun kudratku dihujung tanduk…because I love you hunny ..haahh alasan tak logic lah mama ni.

Habis perlumbaaan pulak satu bahana lain yang menanti. Since kitaoarng datang pagi so nak dapatkan shuttle dari tempat parking memang lah mudah sebab belum ramai tapi time nak balik ni masyaALLAH bersesak-sesak manusia menunggu shuttle. Dah le bas nya tak banyak yang menunggu nak naiknya beribu-ribu. Akhirnya mama dengan daddy dah berpecah dalam kesesakan manusia tadi. Pandai-pandailah daddy dengan deena. Daddy ke mana dengan deena pun mama tak tahu. Akhirnya mama dapat bas dahulu then terus aje pergi kat kereta. Alamak satu lagi ,masalah mcm mana nak call daddy pasal hp mam kat dalam kocek seluar daddy. So dengan muka selamba dan tak malunya mama pun mintak tolong dengan pakcik bomba dan penyelamat yang bertugas kat situ. So call daddy dan suruh dia tunggu kat tepi jalan Taman Botani tu…iskhhh tu laa dlm keadaan mcm ni rasanya mama ni lagi cepat bertindak dari daddy. Kalau nak harapkan daddy ambik kereta ntah pukul berapa agaknya baru kami bole sampai rumah. Bila Tanya rupanya dua beranak tu pergi melepak kat dalm Taman Botani…sabara ajelah..kita suruh tunggu bas dia syok2 aje gi masuk dalam tu…..nak marah pun tak de gunanya sebab daddy tu memang mcm tu suka ambik perkara remeh.

Sepanjang perlumbaan mama sempat snap gambar tapi nampaknya fotopages mcm ada masalah. Latest picture of Taman Sutera pun mama tak sempat load kan lagi…kalau senang2 jenguklah gambar kat situ.
http://deenasarah.fotopages.com/

Special note untuk kawan mama:
Tengahari tadi aku sempat melawat Muhammad Aqiel Hakimi yang berada di ICU. Tersentuh hati dan naluri keibuaan bila melihat si bayi dalam keadaaan begitu. Mama doakan anak kak zeti (Muhammad Aqiel Hakimi yang berusia 2 bulan setengah ) yang diserang manigitis segera sihat dan cepat sembuh amin....kak zeti banyak-banyak bersabar ok.
Ya ALLAH usahlah kau menduga aku dengan dugaan yang maha hebat seperti itu. Sesungguhnya aku adalah hambamu yang selemah-lemahnya dan aku tahu sekiranya dugaan itu yang menimpa diriku pastinya aku tidak mampu menghadapinya Ya ALLAH..ampunkan dosa hambaMu ini.....

3 comments:

kaezrin said...

moli?? as molina...pregnant ker???

Kopi Suam said...

:) iyelah Molina laaa...dah masuk 3 bulan agaknya...kalau nak tahu berita sahih dengan lebih detail lebih baik tanya tuan empunya diri kan...

Anonymous said...

guoweigang If you're still not convinced pandora charms 2010 with what the footage tell you, ask an objective opinion from your friend or from a member of buy pandora charm your family. Encourage them to go to your booth and ask them for some feedback or suggestions. In this way, you'll be able to procure fresh and Pandora beads unbiased criticisms from your display that you haven't spotted all the while. Think of the possible ways to get fresh ideas which will help you update your jewelry displays more effectively to draw in Pandora beads 2010 more patrons. Think about your layout, are all of your jewelry designs just put on the table, try separate each different style so that the stand out more . Having your cameos mixed pandora beads charms up with your teenage jewelry designs wont highlight either of them and you might lose sales. Grab the chance to take some ideas on eye-catching displays from other craft booths however be pandora beads sale certain to ask for authorization first. Know the reason why other booths attract more purchasers. Study all the photos you have taken and try to determine the interesting features of each booth cheap pandora beads that yours does not have.