Saturday, July 30, 2005

Duit datang dan pergi sesuka hati

Sah dah tewas dengan godaan sales kat SOGO. Kan aku dah kata kalau tak pergi pasti dah jimat duit aku. Sorry to say aku swipe lagi credit card aku semalam . Hmm anyway I got my new Renoma handbag dengan sepasang John Master for hunny and sepasang Mickey Baby for Ilman all that had cost me RM300 plus dekat2 400. Deena nampaknya tak de baju yang mama berkenan untuk kakak from SOGO but don’t worry nanti mama belikan ok sebab masih banyak tempat yang kita belum pergi macam ALAMANDA. Oh lupa I bought mickey pyjamas for her. The sales was very tempting tu lah sebab nya 2 jam 45 minit is not enough for me to explore the whole section in SOGO. Giller dah le susun atur barang2 dah berubah dengan ramainya orang berpusu-pusu membeli sakan. Aku dok pusing-pusing cari manalah section ELLE tak jumpa..dah nak turun baru le terperasan.


For those yang baca this blog just to let you know yang PUREEN akan buat warehouse sales starting tomorrow sampai Sunday. The venue is at Summit Compony M Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, PJ berhadapan dengan Vitagen. Hope this advert still applicable an useful pada oarang2 berkenaan. Aku janji dengan K nak settelkan attendance list untuk upload kat Pre-Prod but as usual Saturday memanglah a very busy day for me to settle everything. Sampai opis buat kerja sikit then hantar deena ke taska. Had breakfast kat HQ then terus ke KOOP untuk sign BON form. This is to confirm yang aku agree to take the loan yang aku apply. Sampai KOOP masih fikir-fikir lagi. Betul ke aku nak loan ni…hmm at last masuk opis manager KOOP dan asking to KIV my loan. Loan tu dah approved pun but aku rasa tak jadi lah nak ambik coz aku don’t really need the money now. Baik aku tambahkan lagi potongan bulanan aku instead of aku bayar2 bulan2 pada diorang dengan interest 8%. Good for you mama bravo.


From KOOP I went straight to Bank Rakyat. Nak collect my dividen. Alhamdulillah dapat RM1512.50 (it’s a 15% dividen from my total investment). I don’t know how they culcalate my dividen but I guess It’s short about RM60-70. Monday I’ll call Bank Rakyat HQ to clear on this part. From Bank Rakyat terus ke Maybank. Deposit cash RM2K dalam akaun mai sebab nak mintak tolong dia bayarkan my kredit card. Another mission completed yahuuu 2K sayangnya duit. Time swipe cam semalam tu tak pernah nak ingat pun.


Honey definitely akan tersenyum panjang lebar once the cheque from bank rakyat arrive soon. Fehh hopefully dia bermurah hati menyedekahkan sedikit dari amaun yang dia dapat. I don’t know how much he got but I would say it would be more then 10K. Hmmm ya ALLAH murahkan lah hati suamiku itu semoga dia dengan senang hati menyedekahkan pada aku 3-4 ribu duit dia….amin. Feh kalau dapat another 3K from him sah Cavenzi will be my next destination. I went to Cavenzi yesterday. Just to survey all the furniture. I had budget tapi rasanya masih tak cukup tu yang dok berdoa kot hunny nak sedekahkan lagi duit pada aku. Dan time tulah jugak nanti dia akan kata awak tu kalau bagi 10 JUTA pun tak pernah nak cukup. Iye ke aku camtu..tak de laaa..Kalau ikut kan hati memang le dah tak sabar sangat nak beli semua perabot yang dah dok bermain kat kepala.. Lagi pulak they are on sales sampai bila tak pasti but all the perabot memanglah feh menarik menawan dan cantik tapi bila dok mengenangkan KC yang insyaALLAH pasang by end of August aduh boleh ke bertahan. Tak pe lah at least projek nak cat featue wall boleh dilaksanakan by today.


Balik office I got email yang menggembirakan. Another 1K will be in my pocket. My elaun pindah rumah dah approved dan cek dah ada kat atas. So tanpa berlengah dan membuang masa terus aje gi ambik cek. RM1160. Banyak jugak at least boleh top up duit furniture lagi kan. Hmm happylah hari ni sebab duit masuk aje. Alhamdulillah…amin amin ya rabbal a'lamin

note: Kalau tak de duit jangan nak berlagak macam banyak duit sangat (sedor lah diri tu sikit). Selalunya yang berlagak ni yang memakan diri sendiri. Aku kalau tak de duit duduk diam-diam aje...tapi kalau ada duit otak mulalah ligat berfikir nak beli itu ini. But this time duit2 tu telah pun ada agenda yang tersendiri. Yang pasti kali ni aku memanglah menggunakan duit tersebut untuk perkara2 yang berfaedah. Duit ni ada keberkatannya...walaupun duit banyak tapi tak berkat sekelip mata saja habis..tapi kalau duit yang berkat semakin hari semakin bertambah lagi-lagi kalau yang menguruskannya sangat bijak seperti hubby....aku memang tak bijak sgt menguruskan wang ni specially time tengah banyak2. Aku lebih bijak mengurus duit time tak de :) itulah bezanya.

Thursday, July 28, 2005

Madam King In Memory :)

Boss baik hati hari ni dia belanja the whole team breakfast kat Mahbob. Boss aku ni baik betul lah dah le cun setiap kali gaji mesti dia ada agenda dengan anak-anak buah dia. Syok juga. So tadi punya mission 100% completed. Sambil meyelam sambil minum air. Mulanya boss email pada semua tanya nak breakfast kat mana hmm boringlah kat office aku yang memang ada hidden agenda suggest mahbob. Sugesstion accepted. Sambil nyelam sambil minum air sebabnya aku kan dah dah dapat cek 7.5K tu…best best (jadi orang kaya kejap walaupun tak boleh sentuh duit tu satu sen pun ) dan aku dengan agenda yang nak gi bank in cek kat BCB bangsar yang betul-betul sebelah mahbob. Tapi diorang yang lain suka sebab kat mahbob semua pakat makan nasi lemak ayam sedap pulak tu. Lepas breakfast menyimpang kejap ke EON bank bayar duit kereta ayah.


Another mission was pergi tukar sinki kat OKR also was completed. Lunchtime was fully utilized. Mesti uncle tu kata amoi ni tak habis2 salah beli barang…kuiii kuiii nasib baik le uncle tu sporting. So lepas ni kalau gi kat situ aku nak beli cat. Aku nak jugak cat living area tu dengan teknik duette yang dicadangkan. Hmm selepas mendapat nasihat dari pakar (jgn main-main pakar) akhirnya aku setuju nak cat feature wall. Kena cat sebelum kitchen cabinet digantung . Uishhh poning2. Pastu dengan masa 45 minit yang baki tu sempat jugak menyimpang ke Parkson OUG..jangan marah nyaris membeli T-shirt Renoma untuk hunny pastu dah pegang-pegang dah belek-belek letak balik…aku ada duit sebenarnya kan dah gaji tapi bila fikir mmm tak nak jolly so letak balik walaupun baju tu ada less 50%. Usihh uishh pastu berlalu dengan gumbira sebab berjaya tak membeli satu benda pun kecuali sebungkus cendol yang memang glamer kat jalan mega mendung tu.


Renoma dan Pierre Cardin mengingatkan aku pada Madam King. Suatu masa dulu kalau sesiapa pernah ke melaka atau ke madam king kat melaka T-shirt2 branded macam Renoma, Pierre Cardin, Polo, Crocodile, Hush Puppies boleh dibeli dengan harga yang sangat murah. Hmm boleh dapat t-shirt round neck pada harga RM10…aku pun masih ada beberapa helai T-shirts Pierre cardin yang dibeli dengan harga RM9.90, dan slack hunny pada harga 29.90, even my Pierre Cardin Jeans I bought at only RM29.90. uisshh I missed that time very much. It was 3-4 years back masa aku tengah bertunang but now rasanya dah tak dapat dah harga mcm tu. Lagipun bila balik kampung tak sempat nak kesana. Iskhh tetiba kau teringat kat shopping complex tu. (Kat mega sales sekarang ni) Nanti kalau balik kampung lagi harus aku singgah sana.


Apalah cerita bibik aku ni risau jugak aku minah ni. Semalam dia buat D&C sebab tu aku cuti tapi dia tu boleh tahan ke. Dia dok mengadu takut sakit abis nak buat mcm mana. Aku boleh imagine sakitnya D&C ni kan mcm sakit bersalin. Iskhh risau ada yang maid aku ni bentan. Hopefully dia buat kerja tak kuat2 sangat lah. Aku tak kisah pun kalau dia tak kemas rumah tak buat apa-apa sampai dia ok as long as Ilman ok. Kesian lah dia kan…harap-harap Ilman tak meragam lah hari ni. Sebab semalam seharian Ilman meragam tetiba anak aku kena CB. Pastu kelengkang dah merah-merah pedih tu yang asyik mengamuk aje. Aku pulak yang ngeri fikir pasal bibik Ilman ni.


Esok agenda aku and the geng is SOGO. Diorang nak pergi beli hadiah untuk Ustazah yang ajar diorang ngaji. Aku pulak diajak teman sebagai escort. Alamak kali ni tak tahulah sejauh mana aku dapat menahan nafsu untuk membeli belah. Uishhh uishhh kena budget kalau nak belanja jugak tak boleh lebih RM100…kena letak siap2 cash money dlm wallet dan tinggalkan CC dalam kereta. May be that’s a very good solution for me…fehhhhh

Monday, July 25, 2005

Mood memasak laa

Taman Sutera semakin meriah sekarang. Jiran sebelah rumah dah officially pindah dan Zamri pun dah pindah juga. Barulah lega sikit hati aku ni maklum lah dulu2 hanya aku ngan budak Uniten yang kat hujung row aje yang ada now dah 5 in the row. Sebelah rumah aku tu tinggal ramai jugak serumah. Kereta kat umah tu aje ada 4 biji. Aku pun belum sempat nak berkenal mesra dengan jiran aku tu. Tapi dah pernah bertegur sapa dengan owner rumah tu sebelum2 ni. Harap-harap diorang tu ok sebab yang duduk kat situ aku tengok budak-budak lelaki tak tahu le dah kawin ke belum tapi ada gak perempuan plus tuan rumah suami isteri. Hmm hubby dah le jenis berat mulut takut nanti jiran kata husband aku sombong. Aku nak tegur sangat pun mcm segan jugak sebab owner tu mcm pangkat pakcik dengan aku. Dengan wife dia pun aku jarang terserempak. Nantilah bila buat kenduri aku jemputlah diorang just nak bermesra-mesra.


I would say zero and nothing la norizan. Seperti yang aku kata dalam blog sebelum ni, sabtu baru ni after opis aku sempat menyimpang ke SCP. Biasalah nawaitu tu (memang nak window shopping)..tapi nasib baik le tak membeli apa-apa walaupun pada mulanya memang aku dah pegang baju untuk deena. Heehh tahniah pada aku sebab sampai harini sejak sales bermula aku belum swipe lagi credit card untuk membeli belah. But masa akan datang wallahualam tak janji. Hmm tak boleh laa…takmo tambah hutang kredit kad lagi. Nanti kau akan myesal. Betul tak Ina.. Hmm tapi semuanya memang menjamu mata dan menjamu poket. Petang sabtu aku gi beli barang dapur tapi sebelum tu sempat gak menyimpang Metro kajang sanakan ada parkson juga tapi nasib iman dan pemikiran masih waras so aku berlalu dengan tangan kosong jugak. Feh kalau boleh tutup mata tutup telinga dan buat2 tak tahu dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni kan best.


Itulah kadang-kadang aku rasa kena kurangkan kadar kestressan hidup aku. Sebab semulajadinya bila aku stress atau tension aku tend to buy a lot of things just to comfort myself. The scenerio is aku akan mula fikir biarlah aku kerja penat-penat biar aku belanja sesuka hati aku. The fact is aku pokai time tu. Tak de duit pun beli jugak sebab kredit card ada lagipun ditambah dnegan sales yang memang tempting untuk mata aku. Memang mcm tu la aku ni. The bad habit yang aku ada dan aku kena buang mulai saat dan hari ini. Bila stress mula terfikir nak beli itu ini sebab dlm situsai ni aku memang tak boleh nak control perasaan dan tak boleh nak membuat perkiraan dengan baik seperti aku dalam keadaan tenang dan cool. Sekarang ni dah rasa insaf sikit dan mungkin dah tersedar agaknya.

Bila fikir secara rasional sales tak semestinya kena beli kalau kita tak de duit walaupun kita ada kredit card, nanti kita menanggung hutang yang banyak (norizan pernah tulis topik ni suatu ketika dulu) at the same time kita bukannya urgently need benda-benda tu semua. Hutang kredit kad adalah hutang yang paling bahaya dan mampu buat seseorang menjadi muflis. Aku takmo le muflis so that aku walaupun kalau boleh nak hold dulu payment 2K tu tapi bila aku tengok monthly chargers dah more than RM25 (which mean kalau aku isi minyak lepas 3 hari pergi balik opis) might as well aku settle semua sebelum semuanya melarat dan belarutan. This is for long term planning.



Now I’m in a cooking mood. Since pindah rumah semangat nak masak memang tinggi dan berkobar-kobar. Mungkin kerana bila balik rumah dalam keadaan kemas dan terurus. Lagipun mungkin juga sebab dapur baruku itu J. Kepenantan dah berkurang jadi mood nak masak semakin baik. Output lauk yang aku masak rrasa makin sedap. If not tak kan semalam hunny makan beria padahal aku just masak sambal goreng tempe dengan soo hoon masak tumis air.hhh yummy..hmm memang sedap dan deena asyiklah nak ratah soo hoon yang dia dok panggil sumee. So untuk petang ni (aku puasa hari ni) aku nak masak spaghetti untuk berbuka puasa. Semua bahan-bahan memang dah ada except for oregano. Tak de oregani pun tak pe kan sodap jugak…hmm tak sabar nak balik masak.

Saturday, July 23, 2005

Geram dan bengang kat hubby...disebaliknya

Semalam aku sembang-sembang dengan Liza kat phone. She is my future biras. Jadi jugak depa kawin hujung bulan 8 ni. So oleh kerana majlis tu tetap akan berjalan seperti yang dirancangkan jadi aku terpaksalah kelam kabut sikit. Nak uruskan duit abah yang 6 ribu tu dan duit emak ada 4 ribu pada aku. Aku terus ke KOOP ingatkan nak keluarkan semua saving KOOP yang aku ada lepas tu ada satu option yang lebih menarik. End up aku agree buat pinjaman atas caruman yang aku ada. InsyaALLAh by early August dapat cek. Next week I’ll get my LAD yang 7.5K tu. Then aku juga nak exercise ESOS (5 lot) bulan ni. Nak jual UnirtTrust aku yang 5k lebih tu. Dah 3 tahun aku dok simpan Unit Trust tu tapi nampaknya hasilnya tak berapa so aku jual ajelah. Ntah lah betul ke apa aku buat ni. Aku nak settlekan bil kredit kad yang 2K tu by rabu depan. Terasa banyaknya hutang aku ni. Hmm target aku nak settlekan semua hutang aku sebelum berakhirnya August. Since sipul jadi kawin so aku kena allocatekan duit sebab aku dah janji dengan MIL yang aku nak sponsor muffin untuk bagi pada tetamu. Nak kena tempah muffin dalam 800-1000 biji tak pasti lagi berapa ramai jemputan diorang.


Dan berita yang agak mengejutkan aku ialah janda tu datang lagi kat rumah muo dan kata pada emak yang dia nak kawin dengan ajam. Oh no…hopefully adik ipar aku tu fikirlah semasak-masaknya. Aku just give some idea dan pandangan pada MIL aku. He is still young..masa depan dia masih jauh dan panjang. The worst part is janda tu dah anak 3 walaupun dia sebaya dengan aku dan anak dia yang besar beusia 12 tahun. I don’t know may be aku ni sibuk2 aje nak campur hal dia Cuma yang aku rasa terkilan sikit abah pun mcm tak kisah everybody seem like agree kakak dan abang2 dia agree kalau janda tu nak kawin dengan ajam. I’m the one and only yang menentang. Their reason was takut ajam sakit semula mcm dulu kalau tak ikutkan kehendak dia. Rasa mcm semalam jugak nak call ajam dan bagitahu dia untuk sembahyang istikarah. Hopefully benda ni tak jadi. I pray for him. Jangan dia buat keputusan yang salah sudah. Iskhh entah tak tahu nak kata apa. He deserve more la…Bukan tak berpelajaran apatah lagi bukan tak de rupa. Kalau kenalkan dengan adik2 angkat aku pun cun jugak. Tapi tu lah bila susah nak communicate dengan diorang ni susah aku nak share something. Samalah mcm hunny communication dengan dia memang teruk. Hmm what to say tunggu dan lihat. Cuma takut takut hujung bulan 8 ni nanti ada dua pasang pengantin pulak.


Hmm entah kalau kawin jugak ngan janda tu namanya jodoh. Tapi kalau taknak fikir pasal extra tanggungjawab sebab nak sara anak dia yang 3 tu plus dia lagi better tak payah. Iskhh laa ajam…terkilan aku sebab BIL aku tu punya lah hensem. Baru-baru ni masa wedding cousin aku kat melaka jodohnya dengan orang Indonesia tapi mamat tu dah lama kerja kat Malaysia as engineer. Cumanya aku just terfikir masa tua nanti mcm mana ye sebab lelaki indon susah nak dapat taraf mastautin kat Malaysia ni. Lagi satu cousin aku bertunang dengan lelaki yang berusia almost 40 tapi mamat ni still bujang la beza umur dekat 15 tahun. Sorang lagi cousin aku 25 thn dioarng bertiga ni dalam sama-sama baya baru lepas grad setahun bertunang plak ngan duda anak dua. Hmm trend agaknya diorang ni cari suami yang berumur. Itulah jodoh namanya.


Mak ayah zaman sekarang mungkin lebih open minded aku tak tahu in future bagaimana jodoh anak-anak aku nanti. Semoga anak-anak aku dapat jodoh yang baik-baik belaka. Cumanya kita berdoalah semoga apa yang ALLAH tetapkan untuk kita memang sebenarnya yang terbaik buat diri kita. Hmm terbaik ke…aduhhh kalau macam tu kena stick lah sampai ke tua. Hopefully apa yang aku tak suka pada hunny dia akan ubah and at the same time apa yang dia tak suka pada aku juga aku akan ubah specially part2 membebel tu…Hmmm mcm mana tak membebel kalau semuanya tak betul di mata kita Pagi ni sakit hati lagi..gara-gara tuala merah dan motor mainan deena. Ya ALLAH berikan lah aku kesabaran pada tahap yang paling tinggi dalam menangani situasi yang begini. Poning kepalo makcik laaa…

Thursday, July 21, 2005

Malaysia Mega Sale - 2 Days To go

I don’t know but I think most of us aware of this big occasion. What I can say is I’m really teruja. Finally the Malaysia Mega Sale Carnival is here. The time with more choices and more good bargain for all to grab. Fehh but this time definitely nak kena plan and do some homework. I just wanna be a smart shopper. Tak nak le membeli belah membuta tuli. Tahu ajelah aku ni kan tergolong dalam kategori jualan murah shoppers tapi tak berduit. Sadisnya. One good reason why we shop during the sales period is the value added with a good bargain. Shop today for tomorrow. Raya pun tak lama lagi jadi Mega Sale kali ni ,memang tepat dan sesuai untuk aku beli baju raya kanak-kanak riang berdua tu.

Pening fikir ni…duit pun orang kata ibarat telur dihujung tanduk…kalau orang kampung kata tinggal serdak-serdak aje ni…gaji cukup2 dan ngam ngam aje sampai nak menunggu next gaji (bahaya kalau bagi Pink baca part ni…nanti dia dok approach aku join Zhulian dia takut makcik) pasal aku masih nak berhabis-habisan untuk rumah. No turning back. Jadi after all nampaknya memang aku sekat segala shopping belanja sakan tok nenek demi rumahku yang terchenta. Next after this I’ll spend another 7K for my house . Dah siap plan apa benda2yang nak kena settle with that 7k. Hmm boleh tak ambik 1K dari situ untuk shopping2…Mega sale ni…huarghhhh alangkah bahagianya kalau boleh ambik 1K kat situ. Sengkek le katakana. Ni lah orang kata tersepit didalam dilemma antara dua persimpangan…Udah le mega sales ada setiap tahun..settlekan hal rumah dulu. (ayat gaya nak memujuk hati yang berdegap degup bila dengar perihal mega sale) Kita tengoklah sejauh mana aku dapat mengawal diri ini nanti. Tunggu….dua hari aje lagi ni….tengoklah samada Sabtu ni aku dapat control diri supaya tak ajak hubby keluar…jeng..jeng aku pun excited nak tahu kemampuanaku mnegawal diri dalam bab shopping masa sale period.



Bibik Ilman nampaknya ok dan alhamdulillah. Dah tak pening kepala lagi pasal benda ni. Semalam aku balik kerja apasal aku tengok banyak kereta polis kat kawasan belakang taman rumah aku. Bila aku tanya bibik Ilman dia kata ada kes bunuh kat area rumah kongsi tu semalam. Terus aku kecut perut dan pesan suruh dia kunci semua pintu elok2. Risau jugak. Wah big case gila membuatkan hati ku semakin risau. Dah lah area rumah aku tu belum ramai orang lagi. Cepat lah jiran tetangga semua pindah.. Rumah kongsi tu bukan lah dekat pun tapi dh dalam satu taman sebab diorang tengah siapkan hase 2 punya projek. Aku assume rumah kongsi kat situ lah sebab kereta polis tu datang dari laluan nak ke rumah kongsi tersebut.

Udah-udah le tu mama mulut aje kata nak jimat takmo shopping kepala aku keep thinking and non stop processing data2 shopping complex yang aku nak terjah. Tahulah kerja aku buat data conversion…Teruk kan. Aku kemaruk ni. Aku stuck with bunch of work kat opis (meeting lagi) so aku memang tak ade masa nak keluar mengular atau keluar during lunch time pergi cuci mata seperti suatu ketika dulu. Fehh kalau tengok list banyak giller kedai, tempat yang aku nak tawaf dalam masa 2 bulan ni.. To complete my mission part nak deco my house aku nak pergi kedai home deco kat jalan TAR, Chow Kit and satu kedai lampu kat jalan raja Alang yang kebetulan aku nampak masa aku lalu kat situ tempohari. Bila tu aku masih mencari masa yang sesuai dan isi poket yang sesuai. Nak beli hand beg baru hmm tunggu lepas sabtu ni. Nak kena tukar hand bag yang dah setahun tak bertukar. Kesian kat aku. Nak beli sepasang dua lagi kasut kerja. Asyik dok lenjan Panache dengan Bonia ni aje…beli masa lepas bersalin Ilman haritu.


Wokeeyy time to go.....chow...drive carefullly beb

Tuesday, July 19, 2005

Jon Grimkell Helgasson a.k.a Ilman Abqaary :)

Hesem giller Jon Grimkell Helgasson yang menang MANHUNT tu. Ia mengingatkan aku pada anak aku heeh dengan harapan anak aku sehensem dia bila besar nanti (perasan le mama ni) dan juga pada B yang memang hensem. Hmm rugi sebab tak tatap wajah Jon setiap hari masa preganntkan Ilman kalau tak tentu kalah daddy lepas ni. Masa pregnant Ilman rancangan tu kat Astro pun belum bermula lagikan. Tang mata dia tu yang mahal. Mata sepet dan rupa ala-ala siam. But Ilman mana ntah dapat mata sepet tu pelik..tapi actually Hunny masa kecik (tengok gambar dia laa) mata dia memang sepet pun. Iras2 mereka bertiga memang dah nampak walaupun Ilman masih kecik..ceeewaaahhh. Sah mama memang perasan.

Haritu rasa macam nak tanya B ada tak gambar dia masa kecik2 saja lah nak tengok ada iras anak aku tak…kuang..kuang..kuang Ini macam kes hunny, Rudy dan Anuar Zain suatu ketika dahulu. Bukan perasan yek orang yang kata. Masa tu aku masih bertunang dan kami ada perjumpaan dengan geng2 jenel kat sate kajang. Siapa masih ingat angkat tangan. Masa tu lah budak-budak tu dok kata diorang rupa Anuar Zain cerita lama la tu…sekarang hunny.. rupa dia maintain hensem maintain kurus hmm jangan kena ngorat sudahlah. Ahak takut jugakl..susah nak jaga suami hemsem ni…kalau dia tak ngorat pompuan yang akan ngorat dia. Sebenarnya rindu kat rudy, agaknya dia masih marah pada aku sebab tak hadir masa wedding dia dulu. Rudy kalau awak baca blog akak ni…akak minta maaf banyak2 yek. Tahniah sebab dah dapat cahayamata lelaki yang mungkin satu hari nanti akan hensem seperti ayahnya ala-ala Anuar Zain. Aku selalu aje ikuti perkembangan baby rudy dalam fotopages dia.


Pakwe hensem, zaman remaja dulu mestilah nak cari pakwe hensem sebab bila time nak dating tu mesti orang akan kata feh hensemnya mamat tu. Haahh boleh tumpang sekaki. Ex aku dulu semuanya boleh dikategorikan good looking padahal aku ni bukannya lawa pun. (sedar diri sikit). Specially Abg M**. Leen ngan Zai kenal…iskhhh best gak ekk ingat kisah cintan cintun zaman dulu-dulu ni. Dia memang le hensem dan kemas dan heehh heeh memang le menjadi idola dan rebutan senior2 kat sekolah….tapi last2 jadi pakwe aku…teringin nak jumpa wife dan anak-anak dia. Lagi dulu pendam rasa nak jumpa ni…nak cakap kat hubby rasa takut tapi kalau cakap pun mesti dia bagi punya. Dari sejak bertunang sampai dah anak dua hajat aku nak menjenguk dia dan mak dia belum tertunai sampai harini. Raya tahun ni laaa…amacam ada berani ke…Aura first love tu memang kuat dan aku rasa sampai mati pun tak hilang kot. Itulah kenangan…boleh ke nak buang kenangan yang kita rasa antara perkara terindah dalam hidup kita…haahh jawab jangan tak jawab. Antara SMS yang terlepas kat TPE pagi tadi. Saya dah kawin anak 3, first love saya dah kawin juga anak 3 dah dekat 15 tahun terpisah kebelakangan ni dia contact saya semula dan kata akan tunggu saya bila saya dah bersedia. Saya pun masih cintakan dia. Gillo ke apa orang yang hantar sms tu. Segalanya berkemungkinan.


Aku dari dulu memang target jejaka hensem dimata aku untuk jadi boifren (package all in one..good looking and educated). Hensem ni abstract tapi kalau taste aku cam Jon Grimkell Helgasson tu kira memang power dan tinggi tahap kehenseman yang aku letakkan pada seseorang mamat. Sampai dulu cousin2 aku dok tunggu nak tengok future husband aku macam mana. Wei masa tu risau gak buatnya jodoh aku ngan mamat serabai mana mahu taruk muka. Sib baik alhamdulillah hubby memang good looking person so maknaya aku dah kotakan kata2 aku dulu. Selamatlah kalau tak sampai mati le kena kutuk buta2 dengan diorang.


Ada satu mamat ni namanya Nazrin, aku kenal masa praktikal…hmm ni cinta cyber aku…masa tu aku memang single. mamat ni memang aku tak pernah jumpa sebab dia duduk JB dan kerja kat Singapore (I hope one fine day aku akan jumpa dia dengan wife dan anak-anak dia)…Manalah tahu kot-kot dia terbaca blog aku ni. Aku harap dia masih ingatkan aku. .hari2 aku chat sakan dengan dia..every night dia akan calling…calling from JB dan kami sembang sampai tak ingat dunia..sembang kat phone tengah malam sampai ke pagi. Aku tak tahu berapa banyak bl telefon yang dia bayar but I don’t mind sebab dia pun tak kisah. At that time aku rasa gaji dia dah more that 7K dollar sing. Tapi tu lah almost 4 months bercinta cyber satu hari ALLAH nak memberi petunjuk. aku try call HP dia then…guest what tunang dia angkat. Tapi aku ni cool..so..bila tunang dia tanya siapa ni..aku jawab selamba kawan mamat ni then bila aku tanya siapa tu dia kata dia Fiancé Nazrin..kuang…kuang..kuang..kelu lidah so aku kata kirim salam yek..hehh…tapi lepas tu nazrin keep calling2 jugak..sian tunang dia… Suraya..tapi aku terpaksa treat dia as friend ajelah walaupun sebelum tu dah terover treat…hehh hehh…(maklum le tepuk sebelah tangan tak kan menjadi) but kisah aku dengan dengan Nazrin memang antara kisah cinta yang smooth…mcm kalau ingat mesti rasa sedih. Yang aku ingat sampai hari ni he drove Citreon Xantia masa tu.

Friday, July 15, 2005

Latest from Ilman Abqaary dan Irdeena Maisarah

Wah..wah wah mama baru perasan dah sebulan tak snap gambar deena dan Ilman. Oklah petang ni ballik kampung mama akan bawa digital kamera mama and then snap as much picture as I can. Nanti boleh load dalam fotopages. Hmm rindu kat Ilman. Apalah cerita anak bujang aku kat kampung tu. Sekarang dah pandai menyelar (bahasa melaka) dan merangkak. Dah menyulur jauh boleh menuver lagi. Pandai nak mintak dukung. Kalau masuk dalam walker rata seluruh rumah dia rayau. Kalau dah duduk depan kita lepas tu mama bangun mesti nangis nak ikut sekali. Paling kuat ketawa dan tersengeh. Badan pun makin debot tu sebab mama gelar Ilman Bobot nama manja ILman lah tu. Kuat minum susu dan pantang nampak orang mengunyah mesti nak capai. Hopefully by hari raya dah boleh berjalan syoknya. Tak sabar nak jumpa Ilman Abqaary…harini tak keluar lunch. Entah tak ada arah tujuan tak de budget nak shopping tapi semalam sempat shopping baju deena kat SCP itu pun sepasang deena dan sehelai Ilman. Itu pun kebeltulan sebenarnya nak menghilangkan tension. Kebetulan hubby dah bagitahu yang dia akan balik lewat. So instead of balik terus (lagi pun skrg tengah cuti solat kan) memang sesuai sangatlah timing tu kami pun singgah SCP selepas di desak oleh kakak yang petah bercakap tu mama sabar aje lah. Asyik nak pakai seluar lawa aje kejenya anak aku ni.


Kakak dok komplen seluar dia dah koyak, (ada satu seluar merah yang ada lubang sikit) pastu merungut pada aku “mama seluar ni dah koyak, belilah seluar baru”. Anak aku baru umur 2 tahun setengah dah pandai nak mintak seluar baru nak pakai seluar lawa. Aku dulu masa kecik2 ntah merasa atau tidak seluar baru ni. Itulah bezanya anak zaman sekarang dengan anak zaman dulu. Agaknya zaman dulu (emak ayah orang susah le katakana) time raya ajelah baru nak merasa pakai baju cantik. Deena boleh dikatakan bila time teringin aku gi belikan deena dan Ilman sepasang baju. Pantang ada sales aje memsti nak grab tak banyak sorang sepasang, lagi-lagi bila ada occasion macam wedding ke nak gi jenjalan ke mesti dalam hati tetap nak cari baju yang lagi baru. Uishhh bertuah dan beruntung anak-anak zaman sekarang.


Irdeena banyak kerenah sekarang, kalau dengan daddy memang dia mengada habis-habis sebab mama tak bagi muka. Pagi tadi dia loktang dan menangis hunny buatkan dia susu letak air panas..deena dok kata dah-dah nanti panas tapi hubby still tuang tak banyak pun air panas tu then tambah air sejuk. Pastu si kakak ni boleh mengamuk. Daddy pass botol pada dia lepas tu dia tepis. Start menangis, hubby malas layan letak botol kat lantai kakak siap nangis jerit2 lagi lepas tu dia tepis botol susu tu sampai tergolek. Habis susu terpancut kat lantai. Aku perati saja dari dapur tanpa suara saja nak tengok gelagat anak aku kalau dengan daddy dia. Lepas tu aku mula bersuara..aku kata kakak jangan menangis dengan suara yang garang. Daddy dah buat kan susu kakak patut ucap terima kasih aku kata lagi. Dah baring kat sana. Aku ambik botol dah rasa oklah air susu tu suam2 kuku. Bagi pada dia dan suruh dia baring. Dia berhenti menangis dan terus minum susu. Aku terpaksa bertindak tegas sikit. Selalu bila deena nakal atau degil aku buat2 menangis nanti dia akan takut dan mula dengar cakap aku. Agak sukar nak control deena sebab dia lasak dan makin aktif. Aku tak pasti le boleh atau tak untuk tinggal kan deena pada ana nanti. Sebab aku plan kalau ana tu kerja ok aku nak serap dia terus jadi maid aku terus. Pagi tadi aku tanya deena duduk dengan kak ana dengan Ilman kat rumah boleh. Nampak macam Deena setuju. Lately deena memang tak suka pergi sekolah aku pun tak tahu kenapa. Pagi-pagi selalu mengadu mama tak nak pergi sekolah.


Deena dah boleh baca ABC sampai Z walaupun ada beberapa sebutan huruf yang dia pronounce tak berapa betul (specially M dan N bunyi seakan sama). Boleh bilang 1, 2, 3, samapai belas2 tu dah berterabur. One two three dah ok sampai ten. Bilang dengan jari kekadng betul kekadang salah, standard la tu. Now dah boleh kenal beberapa huruf seperti A, B, C Y dan Z (entah sebab apa ntah 5 huruf ni dia boleh kenal dulu). Dah boleh kenal kereta Honda atau kereta Toyota pantang nampak. Dah kenal banyak benda in Malay and English word (termasuk lah body part, tangan kanan dan tangan kiri). Dah boleh baca Alif ba ta. Hopefully by age 3 dia dah boleh start membaca. Cuma sekarang ni aku risau sebab belum sempat nak train deena untuk tak pakai diapers. Belum train dia untuk boo boo sendiri.


Nak ajar deena tak boleh paksa kena ikut mood dia. Tapi dia memang suka buku. Selalu desak mama suruh beli buku. Suka conteng buku plus conteng dinding but rumah baru ni aku memang dok perati. Tapi dalam dok perati tu dinding kat family area dah selamat kena conteng dengan pensil (sorry to say lah tapi itu pendekatan hunny ajar deena tapi mama tak suka. Jadi deena dah terikut2 since kat rumah lama dulu. Mama tak suka sebab habislah satu rumah kena conteng nanti mcm rumah Kaf lam Ye nge..Buku kan ada conteng lah buku). Mudah-mudahan anak-anak aku menjadi anak-anak yang cerdik dan bijak. Anak aku masih kecil lagi dan aku memang tak push diorang untuk jadi apa yang aku harapkan. Tapi aku kena juga berusaha kalau nak jadikan anak aku bijak dan pandai. Kalau dah pandai dan bijak it’s up to them nak jadi apa dah besar nanti. Both mom and dad kena memainkan peranan kalau nak anak2 jadi pandai. Jangan mengharapkan satu pihak sahaja sedangkan satu pihak lagi buat tak tahu. Sesekali cuba treat anak seperti orang dewasa give them chance to make their own decision untuk benda2 yang kecik dan sesekali kita pulak kena turn jadi budak2. So that we can share the feeling together-gether. Seronok

Thursday, July 14, 2005

Cerita dah basi ni...

Entah apa mimpi agaknya aku call A. Aku dah buntu sebenarnya, call HP hubby banyak kali tapi tak dapat, Ini first time aku called A itu pun nombor aku dapat dari sms hubby sebelum ni (Sebelum ni memang tak pernah sembang, tak pernah jumpa, tapi dia kata dia pernah tengok aku masa aku datang homeg dulu). Aku terpaksa called A sebab nak tahu manalah husband aku ni. Aku call office tak angkat. Dah pukul 8.00 malam tapi dia tak sampai rumah lagi Setahu aku A satu-satunya kawan hubby yang dia pernah cerita. Hubby memang macam ni kalau balik lambat bukan nak inform kat aku. Tu lah yang kadang-kadang aku hot sangat dengan dia. Dia tak tahu ke agaknya orang kat rumah ni risau. Kita ni dok menunggu bukan tahu nak call ke. Payah-payah sangat email kan boleh. Akhirnya pukul 9.00 lebih baru dia sampai rumah dengan selamat dan dengan selamba tak kata apa-apa pun. Biasalah pakcik tu memang macam tu dah masak sangat perangai dia. Lagipun tak cakap sangat sebab masing2 tengah mood tak baik. Aku risau plus takut sebenarnya. Tahu ajelah taman aku tu belum ramai orang lagi. Off story


Hmm tak selesai lagi pasal penjaga Ilman. Kepala aku pening la bila tiba part ni. Rasa macam biar aku ajelah berhenti kerja jaga anak kat rumah. Tapi bila fikir balik hmm nak berhenti kerja…aduh alamat sakitlah aku nanti. Banyak sebab yang buat aku fikir sepuluh ratus juta kali untuk aku berhenti kerja. Tak boleh tak boleh….banyak komitmen yang aku ada, kalau tak de duit alamat merempatlah jawabnya. .Semalam aku dah jumpa dengan Ana yang Eko kenalkan. Masih budak lagi, baru umur 18 tahun, sebelum ni dia pernah jadi pembantu rumah juga. Entahlah aku ni just rasa risau dan tak sedap hati. Tak pasti keputusan aku ni betul atau tak. Dalam hati rasa risau sangat nak tinggalkan anak pada orang lagi-lagi pada orang yang memang tak aku kenali. Ya ALLAH berrilah aku petunjuk, selamatkan lah anak-anakku walau dimana mereka berada.

Melayan CD AF pun banyak faedahnya disamping dapat tengok MAWI dapat jugak hilangkan rasa boring dan tension. Dengar hari-hari pun tak bosan sampai dah boleh nak hafal lirik lagi Nassier Wahab yang MAWI nyanyi masa last konsert tu. Semenjak dua dia melayan lagu jiwang le pulak. Semalam dok sibuk burn CD dengan koleksi lagu2 melayu lama dan baru. Saja nak tambah koleksi CD dalam kereta dengan lagu-lagu free. Yang bestnya ada lagu TEGUH Search, lagu yang Rumie pernah bagi kat aku. Nama dia Rumie, nama sebenar dia Afzil Rumie..hmm sedap jugak ek nama mamat ni. Apasal masa jadi awek dia dulu aku tak perasan yang nama dia macam best aje.

Hmm balik kampung baru ni aku jumpa dengan kawan lama Asiah masa sebelum aku masuk sains Muar. Dulu masa kat sekolah menengah kami ada group. So geng kelas yang kamcing ngan aku waktu tu..Linda, siti, jamaliah, aku dan Aisah. Geng ni sukalah nak buat aktiviti berlima. Seronoklah waktu tu. Petang tu aku dok sibuk ajar adik aku main gasing (aku geti gak lah main gasing – dulu2 kecik2 semua permainan aku main) tetiba ada sebuah iswara lalu depan rumah dan perlahan. Aku pun jenguk la lepas rasa mcm kenal aje minah ni (tak perasan sebab dulu kat sekolah member ni pakai tudung). Kereta tu undur semula dan terus masuk kat laman rumah. Dia bagi salam pastu dia tanya betul ke ni rumah aku dan dia tak perasan orang yang dia tanya tu adalah aku. Heehh aku dah berubah ke rasa cam sama aje masa sekolah dulu. Selepas berpelukan kami pun bersembang kejap. Dia nak cepat sebab nak pergi rumah kakak dia. Dia kata entah apa mimpi dia nak lalu sini. Sebenarnya dia mimpi ex boyfriend dia (budak kampung aku – pernah jadi ex boyfriend aku jugak sebelum mamat tu kawan dengan dia). Dia tanya pasal mamat tu dan sebenarnya aku tak sampai hati nak bagitahu.


Mamat tu dah meninggal dunia sebab ‘sakit’. Meninggal dunia selepas dia berkahwin dan mepunyai cahayamata. Kesian kan. (aku pernah cerita pasal mamat ni dalam jenel aku yang terdahulu) . Kawan ni memang terkejut sangat aku tengok dia pun mcm dah nak menangis so aku tak nak cerita panjang dan detail (sayu bila ingat pada mamat ni-gambar dia masih ada dalam album lama aku sebagai kenangan) Dia kata kebelakang ni mamat tu selalu masuk mimpi dia dan cuba bercakap dengan dia. Hmm wallhualam..semoga arwah ditempatkan bersama orang2 beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, July 13, 2005

Mama Rindu Ilman Abqaary

Ilman ada kat kampung. Rindunya pada anak aku yang hensem tu. Terpaksa hantar Ilman ke kampung sementara nak dapatkan penjaga baru. Kak Zaharah tak boleh jaga Ilman. Ilman dah pandai sekarang sebab dia nak kita ada depan mata dia. Kalau kita bangun dia nangis dan nak ikut. Anak aku memang cerdik…alhamdulillah..Deena pulak beberapa hari ni asyik suruh ambik Ilman bawa balik semula. Rindu agaknya kakak pada Ilman yang dia selalu sakat Huarghh mama pun rindu pada adik. Kesian anak mama kena duduk dengan mak. Semalam aku tinggal berdua dengan deena. Daddy balik lambat dekat 11.30 malam baru tiba rumah. Aku pun cuak2 dah lah taman aku tu tak ramai orang lagi. Hmm tapi alamdulillah lah selamat dan tak de apa-apa yang terjadi.

Siapalah yang pergi hantar komen menyalahgunakan blog aku ni. Iskhh…aku bukannya sengkek tak de duit la aku Cuma sengkek tak de duit lebih nak beli barang untuk rumah aku. Kadang2 susah nak percaya instant money mcm ni. Aku memang definitely tak minat benda-benda macam ni sebab prinsip hidup aku..kalau tak berusaha manalah duit tu boleh datang bergolek kan. Kecualilah dapat durian runtuh ke. Demam AF aku makin teruk. Hari2 dok tengok video klip MAWI kat PC. Rasa cam dah jatuh cinta pada MAWI la…huaahh minggu ni tak tahu siapa yang keluar tapi rasanya antara Kefli atau Akma. Dan aku rasa final this year Emylea, Mawi dengan Felix.


Sudahlah tak payah nak pujuk lagi. Biar aku sendiri sejukkan hati. Sekarang dah malas dah nak melayan kerenah yang tak sepatutnya..zaman tu semua dah berlalu…aku dah cukup dewasa dan dah cukup matang untuk menilai sesuatu perkara itu baik atau buruk buat diri ini. Sudahlah cara tu tak berkesan untuk buat hati aku kembali sejuk seperti dahulu kala. Ada masanya berdiam diri itu adalah perkara yang sebaik-baiknya.
Tak tahulah aku ni kecewa ke apa dengan hidup aku sekarang tapi yang pastinya emosi aku memang tak stabil sekarang.


Tak sabar nak balik kampung hujung minggu ni…kebetulan memang kena balik sebab cousin kawin lagipun nak bawa Ilman balik sini tak sabar nak jumpa Ilman Abqaary. Aku tak pernah lagi berpisah dengan Ilman so bila teringat Ilman aku nangis sedihnya (tu yang tak faham mcm mana lah orang boleh tinggalkan anak bagi mak jaga kat kampung)…nasib ada kakak yang boleh hiburkan hati mama. Progress rumah setakat hari ini…baru aje siapkan concrete top kat dapur tapi sedikit kecewa sebab Eko pasang tiles putih. Kalau ikut aku nak pasang tiles corak2 atau warna so tak payah nak kena jaga sangat dapur. Kalau tiles putih ni tahu aje lah nak kena lap selalu. Tapi tak apalah dah buat kan. Bila tengok rumah jiran2 yang dah reno dapur aku ni hati cam berbelah bagi lagi. Sebenarnya reno dapur tu masuk dalam fasa 2 projek rumah aku. Tapi bila aku fikir duit KC aku dengan duit perabot aku yang ada tu memang lepas kalau nak reno dapur tu…kalau nak reno dapur tak boleh lah pasang KC kat dry kitchen tu…iskjh aku ni….tapi sebenarnya mcm dah malas lah nak fikir hal rumah lagi sebab hati pun tengah sakit ni…

Thursday, July 07, 2005

Do not disturb me!!!

Hari yang pelik. Entah apa significantnya tapi semuanya berkait antara satu sama lain. Masa sembahyang zohor fikiran aku merewang entah kenapa. Memang sah aku tak kusyuk waktu sembahyang tadi. Aku memang dah blur sejak pagi sebab sesuatu yang paling aku tak suka berlaku. Mood aku worst drop sampai ke tahan –0. Congrats Pinky your dream comes true. On behalf of my family we would like to congratulate to Pn Noraidah and family for their new Honda Stream. You deserve it. Aku sebagai kawan tumpang bangga di atas kejayaan kawan-kawan lain. Semoga semua murah rezeki dan hidup aman damai dunia akhirat. Fehh tabik spring. Bila masa untuk aku akan tiba. Wallahualam. Itu sebab lah orang selalu kata kalau nak sagu kena pecahkan ruyung dan rezeki memang tak akan datang bergolek. A very big clap for Pinky with her Honda stream.

Dah lama tak rasa mcm ni. Moral down, semua benda tak kena…hati sakit, jiwa sakit. Aku sakit jiwa agaknya hari ni. Siapa lah yang sudi nak merawat jiwa aku yang semakin hari semakin parah ni. Aku hanya ada ALLAH sahaja sebagai tempat mengadu. Nasib baik ada juga kekasih hati yang memang sentiasa faham dengan masalah aku. Betullah kata satu petikan yang aku baca. Jiwa dan hati wanita ibarat kaca…sekali terluka berkecai seribu. Sekali dipujuk sejuk dan reda tapi retaknya tak kan kembali bersatu. Aku marah pada hubby..I hate him today…only for today, I hope so.

My little Ilman kena tinggal kat rumah kak zaharah since today. Siti is not able to take care of him. Siti sakit dia dah tak larat sebab penyakit dia makin teruk. Kesian kat siti. So semalam aku merayu kak zaharah. Kak zaharah baik dan dia dah anggap aku seperti adik dia sendiri. Akhirnya dia setuju juga untuk jaga Ilman. Aku lega alhamdulillah. Hmm without me I don’t know what will happen to my children. I hope my husband will think about it. Aku dah sampai kat jalan mati. Tak tahu macam mana nak settle all this problem. Hubby seem like to lepas everything pada aku. Hello I’m not the one who has to think about this alone. Pleaselah yang tolong saya fikir sama-sama problem ni semua. I cannot coop with this anymore. Fehh tarik nafas dalam-dalam dan rasa nak hamburkan segala-galanya. RM220 apa kaitannya. Entah aku tak tahu apa kaitan RM220 dengan aku hari ni.


Call Eko untuk mintak dia uruskan pasal maid. I have no choice sebab dah penat sangat sekarang ni. Setiap hari sampai rumah lamost maghrib. Balik pula sibuk nak kena masak.I have no time nak kemas2 rumah. Tukang buat sepah berdua tu biasalah..bukan nak compromise lagsung dengan aku. But maid tak tahu bila akan dapat sebab banyak benda nak kena uruskan. My target is by early August. Sediakan ongkosnya saja. Ya ALLAH kalau jadi bagilah kau maid yang baik…kalau tak pandai masak aku tak kisah at least boleh jaga anak-anak aku dengan baik dan selamat. I’m still worry about this. Hope I did the right decision.

Harini memang rasa nak half day tapi meeting drag sampai pukul 1.00. Plan for Homedec masih tak tercapai. Hmm malas lah nak fikir. I f I’m the one who is really excited about our new house but the other half just make don’t know, might as well I do the same thing. May be that is the right way to do to satisfy both parties. No comment lah, apa-apa pun matlamat aku dah lain..It is not what I want in my life. Please understand.

Tuesday, July 05, 2005

Satu Hari Yang Boring Lagi

Ikutkan hati mau aje aku chow. Mengantuk beb bosan pun ada, Lagipun aku risau sebab Ilman macam tak berapa sihat. Kalau cuti jaga anak aku harini pun ok tapi sebab fikir semua orang tak de kecuali aku sorang aje sat gi kalau cuti mcm nampak sgt pulak mengambil kesempatan di saat ketiadaan orang lain. Tak pe la reserve aje dulu cuti tu sebab ingat nak cuti minggu depan. Nak suruh mak datang tolong kemas rumah lagi. Dan yang peting esok nak ambik half de. Ni semua penangan HOMDEC 05 yang start esok kat MV. Kemaruk aku dengan hal-hal home décor ni sejak dulu lagi. Pastu ada branded sales and clearance kat Bukit Jalil. Kalau gi sekejap2 tak syok benda2 mcm ni. Ambik cuti jugak lah macam ni.


Mr Lee dah faxkan design KC dari dia. Banyak yang aku tak puas hati dan rasa nak ubah. Mesti malam ni aku pulun dok study semula semua kitab2 Anjung Seri, Impiana dengan HSH aku yang menimbun tu. Kebetulan Impiana bulan Julai memang cerita banyak pasal KC. Aku beli Impiana pun sebab ada topik KC. Ingatkan sekarang nak jimat tak nak beli dulu Impianan ngan Anjung Seri ni tapi tak boleh tahan sudah kemaruk. Haritu aku dah buat siap2 dah design KC aku. Pastu aku letak dalam beg merah tapi bila pindah beg merah tu ntah kemana. Aku dok cari-cari jugak. Kalau jumpa design yang tu oklah. Tak payah pening nak design semula. Tapi aku biasalah tu dok katam kitab-kitab tu berulang kali. Everytime nak hias2 rumah itulah kitab rujukan aku. Everytime nak beli perabot baru itulah jugak kitabnya. Pendek kata kitab2 tu memang aku sayang gila. Masuk rumah baru ni memang tak display kat luar kitab-kitab tu. Lagipun deena suka aje nak tengok2 gambar dalam tu. Habis lah koyak. Harus aku simpan khazanah kesayangan tu dalma master bedroom.


Hopefully by the time sampai rumah budak-budak tu dah selesai cat master bedroom tu. Lepas ni aku nak projekkan toilet dalam master bedroom tu. Yang ni pencuci mosaic yang ketiga aku beli. 2 pencuci sebelum ni gagal hilangkan tanda2 dan kerak2 yang ada kat lantai tu. Puas aku menyental. Pastu aku ada beli thinner sebotol semalam but tak tahu mcm mana nak guna sebab tak de instruction kat situ. Anyway got to call sifoo (emak) mcm mana dia guna thinner tu. Campur dalam air atau letak sikit2 kat kain then sental.


Harini hunny kat HQ Bukit Bintang. Patutlah aku hantar email pasal maid dia belum balas lagi. Hmm susah jugak harap-harap proposal aku dipertimbangkan sewajarnya. Kalau hunny setuju aku terus call si saiful tu suruh hantar cousin dia datang sini., Nanti aku jemput dia kat Pelabuhan kelang. Tempoh percubaan sebulan…kalau tak puas hati aku hantar balik. Hmmm kalau hunny setuju la…..ada jugak member yang nak offer maid dari thai tapi lepas pa yang jadi pada anak kak Z haritu aku rasa nauzubillah…tak tahulah nak cakap pasal maid ni kan bergantung pada nasib jugak kan.

Monday, July 04, 2005

Biarkan Bunga Berkembang

Bosan plak harini. Aku sorang-sorang aje kat sini. Mana budak2 lain ni. B and Y macam dah janji2 plak nak cuti. F memang cuti balik kampung mertua. K and B2 plak kena gi ABAP course sepanjang minggu ni so tinggal aku yang terkonteng2 dari tadi lepas siapkan data yang nak kena submit pada user untuk sign off. Sesekali masuk MDC asyik dok tengok KC orang. F pun bermurah hati hantar gambar KC dia yang besar dan mahal untuk tontonan aku. Mr F ada tapi dia terlindung di sebalik tiang. Tak produktif langsung aku harini. Tapi at least task yang nak kena complete by today is 80% done.

Tetiba rasa dah lama sgt tak baca blog classmate aku tu. Hmm apa cerita yek asyik2 sambungan bujang kota. Adalah latest update tapi bukan yang terkini. Aku cam biasa masih sibuk menguruskan pindah rumah yang masih tak selesai sampai hartini. Hmm rasa mcm nak pujuk mak and the crony datang rumah aku lagi. Aku tak larat nak mengemas sorang2. At least kalau diorang ada boleh selesai semua benda 2 haritu. Tapi yang tak bestnya ayah tu tiap kali datang KL mesti nak pergi Desa Petaling jugak. Kalau dulu tu aku fahamlah rumaha ku kecik..sekarang rumahd ah besar camni pun nak kesana jugak. As I said before tak janji bilalah masa yang sesuai nak ajak jemput jamu kome semua ke rumah baru kami. Kalau setakat nak datang bertandang datanglah yek. Rumah aku masih bersepah banyak benda yang belum selesai.

Buat aje muka selamba cam Pini. Hah datang dan berjaya melepak kat rumah aku semalam. Ingat nak masak untuk lunch tapi diorang nak cepat. Minum air makan buah dan makan jajan. Korang yang lain2 weekend kalau bosan tak tahu nak nak tuju jom serbu rumah aku tapi dengan pesanan bawak bekalan makanan bawak buah tangan kuih2 ke.. sebab kedai aku jauh dah le aku gi groceries sebulan sekali. Nak gi beli barang nun kat econsave kajang pasaraya paling dekat. Tak pun paling cepat aku leh masak untuk korang cekodok, atau masak nasi ke..heehh hehh ina kalau baca ni mesti jaki. Ina, norm, chomb ayu…kawan2 aku diluar sana yang membaca blog ini termasuklah pinky yang sentiasa busy mengejar customer rumah korang ngan umah aku tu…sekangkang kera aje kan…kau batuk kat bukit kajang tu aku kat sungai chua ni boleh dengar. Kalau tak tahu nak bertandang lagi rumaha ku tu tak tahulah. Invitation ni also applicable untuk norizan serta kawan2 yang dok kat Putrajaya and Cyberjaya tapi pesanan aku jangan lupa…datang bawak buah tangan.

Well KC oh KC kepala aku dah pening dah ni…tengok yang tu cantik yang ni cantik. Selagi tak pasang KC kepala aku pun sakit sebab serabut le. Tak organize langsung dapur aku. Cepatlah semuanya selesai. Banyak lagi projek aku yang masih tergendala dan terbengkalai ni.. Aku plak tak suka buat kerja sana sikit sini sikit. Kalau boleh settle KC pastu settle plak cat kat living dengan master bedroom. Pastu aku dah boleh fikir nak masukkan perabot baru. Semua dah ada dalam kepla. Budget pun nampaknya ngam2 seperti yang dirancang Cuma masa belum sesuai untuk buat semuanya. Kalau buat serentak tak boleh sebab budget kena go by priority. Settlekan yang penting dahulu.

Kat sky garden ni ada pokok yang dah start berbunga. Cantik betul aku memang teruja. Warnanya ada kunng ada oren ada merah2 sikit. Aku memang dah berkenan. Aku dok ushar kalau aku ambik sebatang bukan depa perasan pun kan. Hmm tanam kat depan rumah kat tanah yang sekangkang semut tu. Tapi bila masa yang sesuai nak cilok sebatang. Dapat sebatang pun cukup nanti aku boleh biakkan.. Nampaknya esok boleh bawak plastik. Nanti boleh mintak tolong geng2 yang balik malam untuk cabutkan sebatang untuk aku. Kalu korang tgk bunga tu kat umaha ku nanti…tahulah tu bunga free dari sky garden kat opis ni

Biarkan Bunga Berkembang
Diatas Tangkainya
Jangalah Dipetik Sayang
Nantikan Merana

Bunga Berkembang Didalam Hati
Tak Mungkin Lagi aku menghindari
Kasih Dan Sayang Telah Bersemi
Diriku Seakan Bermimpi