Monday, July 04, 2005

Biarkan Bunga Berkembang

Bosan plak harini. Aku sorang-sorang aje kat sini. Mana budak2 lain ni. B and Y macam dah janji2 plak nak cuti. F memang cuti balik kampung mertua. K and B2 plak kena gi ABAP course sepanjang minggu ni so tinggal aku yang terkonteng2 dari tadi lepas siapkan data yang nak kena submit pada user untuk sign off. Sesekali masuk MDC asyik dok tengok KC orang. F pun bermurah hati hantar gambar KC dia yang besar dan mahal untuk tontonan aku. Mr F ada tapi dia terlindung di sebalik tiang. Tak produktif langsung aku harini. Tapi at least task yang nak kena complete by today is 80% done.

Tetiba rasa dah lama sgt tak baca blog classmate aku tu. Hmm apa cerita yek asyik2 sambungan bujang kota. Adalah latest update tapi bukan yang terkini. Aku cam biasa masih sibuk menguruskan pindah rumah yang masih tak selesai sampai hartini. Hmm rasa mcm nak pujuk mak and the crony datang rumah aku lagi. Aku tak larat nak mengemas sorang2. At least kalau diorang ada boleh selesai semua benda 2 haritu. Tapi yang tak bestnya ayah tu tiap kali datang KL mesti nak pergi Desa Petaling jugak. Kalau dulu tu aku fahamlah rumaha ku kecik..sekarang rumahd ah besar camni pun nak kesana jugak. As I said before tak janji bilalah masa yang sesuai nak ajak jemput jamu kome semua ke rumah baru kami. Kalau setakat nak datang bertandang datanglah yek. Rumah aku masih bersepah banyak benda yang belum selesai.

Buat aje muka selamba cam Pini. Hah datang dan berjaya melepak kat rumah aku semalam. Ingat nak masak untuk lunch tapi diorang nak cepat. Minum air makan buah dan makan jajan. Korang yang lain2 weekend kalau bosan tak tahu nak nak tuju jom serbu rumah aku tapi dengan pesanan bawak bekalan makanan bawak buah tangan kuih2 ke.. sebab kedai aku jauh dah le aku gi groceries sebulan sekali. Nak gi beli barang nun kat econsave kajang pasaraya paling dekat. Tak pun paling cepat aku leh masak untuk korang cekodok, atau masak nasi ke..heehh hehh ina kalau baca ni mesti jaki. Ina, norm, chomb ayu…kawan2 aku diluar sana yang membaca blog ini termasuklah pinky yang sentiasa busy mengejar customer rumah korang ngan umah aku tu…sekangkang kera aje kan…kau batuk kat bukit kajang tu aku kat sungai chua ni boleh dengar. Kalau tak tahu nak bertandang lagi rumaha ku tu tak tahulah. Invitation ni also applicable untuk norizan serta kawan2 yang dok kat Putrajaya and Cyberjaya tapi pesanan aku jangan lupa…datang bawak buah tangan.

Well KC oh KC kepala aku dah pening dah ni…tengok yang tu cantik yang ni cantik. Selagi tak pasang KC kepala aku pun sakit sebab serabut le. Tak organize langsung dapur aku. Cepatlah semuanya selesai. Banyak lagi projek aku yang masih tergendala dan terbengkalai ni.. Aku plak tak suka buat kerja sana sikit sini sikit. Kalau boleh settle KC pastu settle plak cat kat living dengan master bedroom. Pastu aku dah boleh fikir nak masukkan perabot baru. Semua dah ada dalam kepla. Budget pun nampaknya ngam2 seperti yang dirancang Cuma masa belum sesuai untuk buat semuanya. Kalau buat serentak tak boleh sebab budget kena go by priority. Settlekan yang penting dahulu.

Kat sky garden ni ada pokok yang dah start berbunga. Cantik betul aku memang teruja. Warnanya ada kunng ada oren ada merah2 sikit. Aku memang dah berkenan. Aku dok ushar kalau aku ambik sebatang bukan depa perasan pun kan. Hmm tanam kat depan rumah kat tanah yang sekangkang semut tu. Tapi bila masa yang sesuai nak cilok sebatang. Dapat sebatang pun cukup nanti aku boleh biakkan.. Nampaknya esok boleh bawak plastik. Nanti boleh mintak tolong geng2 yang balik malam untuk cabutkan sebatang untuk aku. Kalu korang tgk bunga tu kat umaha ku nanti…tahulah tu bunga free dari sky garden kat opis ni

Biarkan Bunga Berkembang
Diatas Tangkainya
Jangalah Dipetik Sayang
Nantikan Merana

Bunga Berkembang Didalam Hati
Tak Mungkin Lagi aku menghindari
Kasih Dan Sayang Telah Bersemi
Diriku Seakan Bermimpi

2 comments:

Anonymous said...

akak..nak phone numebr or email pls

kaezrin

Anonymous said...

elin akak try call elin hp 019380 tu tapi tak dapat. Dah tinggalkan my hp dalam efi's fotopages.

anyway in case baca kat sini 019-3107741

kenapa bunyi mcm urgent aje ni...

kak Zira