Saturday, February 25, 2006

This is my life - Part lll

Sains Muar

Form 4 – Form 5
Ayah masih menjual petai dan mak masih menjahit baju kurung. Kehidupan kami masih belum berubah sangat kos sara hidup makin bertambah bila dak lin masuk asrama dan dak ana pun dah bersekolah. Satu hari nama aku dan Rizal Rahman dipanggil melalui pembesar suara. Rupanya kami telah berjaya dipilih masuk ke Sek. Men Sains Muar. Dilema aku bermula disini. Aku sayang netball dan hoki aku. Cikgu Zaini kata “pelajaran lagi penting, terima saja tawaran itu”. Cikgu Jalal kata “awak sangat bagus dalam netball dan hoki rugi kalau awak pergi peluang awak sangat cerah kat sekolah ni”. Aku pejam mata peluang bukan datang selalu. Biar aku yang menentukan masa depan aku. Aku masuk sains muar dengan Rizal. Aku anak kampung kedua yang ke asrama penuh selepas kak Didot. Mak dan ayah orang paling bangga. Aku meninggalkan boifren aku abang M dan kawan-kawan baik aku, Arwah maklang hantar kami dengan MH 7041.


Aku masuk kelas 4 dan 5 Azam ambil aliran sains tulin. Sains Muar sekolah yang satu-satu nya mencelikkan mata aku, Menjadikan aku seorang yang lebih dewasa, Mengajar aku menjadi aku pada hari ini. Aku masih aktif sukan seperti dahulu tapi kini aku belajar sukan baru volleyball yang diajar oleh cikgu yang kami panggil Kerrek. Disamping olahraga yang diajar oleh cikgu Shahrom kami panggil dia Lemb. Aku penolong ketua pasukan rumah Sarjana. Aku sayang pengetua aku Tuan Hj Yaakob Ideris sekarang dah jadi pengarah peperiksaan Negara. Kalau boleh aku mahu deena dan Ilman juga ke sekolah itu nanti. SPM keluar dan aku dapat pangkat 1 seperti yang dijangkakan. Tahun itu sekolah kami dapat 100% pangkat 1. Satu lagi sejarah dalam hidup aku dan juga kampung aku dan juga keluarga di kedua-dua belah pihak. Sekali lagi aku menjadi kebanggaan mereka dikampung


Masa kat Sains Muar setiap dua minggu mak datang dengan ayah naik motor. Kami orang susah mana ada kereta. Dapat naik kereta pun jarang-jarang itu pun dah kira bagus. Aku kesian mak dengan ayah tapi tak tergamak nak kata tak payah datang jenguk aku selalu. Kematu jugak naik motor dari Tangga Batu ke Sains Muar. Kalau hujan sure basah. Kesian mak dan ayah. Itu pengorbanan mereka yang memang aku tak akan dapat balas sehingga aku mati.. Memang mak dan ayah ibubapa yang sangat bertanggungjawab


Aku form five dak Mir pulak masuk ke Sekolah Menengah Teknik Melaka. Bila 4 anak sekolah serentak, 3 di asrama memang banyak duit yang diperlukan. Aku tahu waktu ini mak dan ayah memang membanting tulang cari duit untuk sekolah kan kami 4 beradik. Aku seboleh mungkin tak nak bebankan mak dan ayah lagi. Kehidupan keluarga waktu ni meningkat sedikit bila gaji ayah dinaikkan. Ayah masih lagi mencari pendapatan sampingan, jual petai, jering ulam-ulam mangga dan apa saja yang boleh dibuat duit.

Waktu ni rumah kami pun dah dibesarkan sedikit. Dulunya 2 bilik dan kini dah jadi 3 bilik. Adik beradik aku dan 5 orang. Rumah pun dah ada telefon dan barang elektrik termasuk washing machine. Kalau tak dulu masa form 3 sebelum gi tiusyen kena bangun pagi-pagi kena basuh baju dulu pakai tangan sebesen besar. Dah siap semua kerja termasuk kemas rumah barulah aku boleh pergi tiusyen.

bersambung....

5 comments:

Anonymous said...

Semoga usia yg lalu dlm keampunanNya, dan usia mendatang dlm limpah rahmah dan barakahNya.
Menarik baca kisah hidup Zira. I was born just 3 days earlier than you of the same year. Wonder kak Shida (Didot ni yg mana satu), if she's just a year older than us,than she must be my senior. Nama penuh dia Rashidah ke? muka dia bulat kecik, pakai cermin mata, dan kalau tak silap dia librarian masa kat MOZAC. Ke dia tinggi kulti gelap? Hmm... dah lupa sgt2. Nak tengok kat majalah sekolah, nun jauh beribu batu le pulak. Kat mana dia sekarang?
Dari cerita Zira, I understand mcm mana you obtained scholarship dri TNB. Insya-Allah, kalau dipanjangkan usia, bila dah balik m'sia, teringin nak jumpa, dan lagi pulak kawan Zira pun saya kenal within TNB lah.
Menarik kisah ni... kena ceritakan kat anak2 supaya mereka semua menghargai kehidupan.

Anonymous said...

Kak didot mmg Mozac sama dgn Kak Pai..
masa kat UUM kak didot kurus jer.. cerah jugak orgnya..tapi taktau le masa sekolah menengah dia berisi dan UUM dia kurus..

hehehe tolong jwb bg pihak zira :)

Kopi Suam said...

Anonymous,
Happy belated birthday :)

Kak didot atau kak shida is Sharidah binti Samsudin.Kak didot ni putih orang nye kurus aje sama mcm masa dia sekolah dan masa dia kat UUM..dia ni ada iras-iras cam Fauziah Latiff.If I'm not mistaken sekarang dia kerja kat bank di Johor Bahru. Lama dah tak jumpa masing-masing dah kawin dan membawa haluan sendiri.

I pun nak sangat jumpa pembaca setia blog I yang sorang ni :). Make sure bila you balik sini you contact I ok. Anyway kawan TNB awak yang mana satu ntah2 satu batch dengan saya. Awak dulu MOZAC kan kenal tak Noridah Abdullah. Ni lah satu-satunya kawan yang saya tak dapat jejaki lepas dia masuk MOZAC.

Kopi Suam said...

Ayu,
kak Pai jadi ke kawin ngan gagak?
Manalah diorang tu semua ek..iskhhh kalau jumpa ntah kenal ntah tidak

Anonymous said...

Alamak, tak mcm Fauziah Latiff? hmm... ni mesti dia ni much senior dari kita, not a year older... hehehe nantilah blh tengok balik majalah sekolah.
Norlidah Abdullah. Last met her masa wedding one of our ex-schoolmates, rasanya tahun 2000. Kak Pai ni sapa nama penuh dia? Rasanya ada a few of our seniors yg sambung kat UUM. Antaranya kat Rain (noraini) ni ex-dormmate. Mesti kena cari balik mereka semua2 ni. :-)