Friday, March 31, 2006

Sakit Tangan, Kaki dan Mulut - HFM Disease

Sanggup jugak aku singgah ke opis hari ini semata-mata nak update blog aku. Rindu siiihhh dah dua hari tak tulis blog tentu peminat2 setia tertanya manalah menghilangnya diriku ini. Sebenarnya ini semuanya gara-gara demam deena yang masih tak kebah. Sampai harini deena masih demam lagi dah masuk hari ke 9. (Now she is in my office sementara nak tunggu appointment 9.30 pagi ni)


Aku sepatutnya attend training pada Rabu lepas tapi masa kat dalam kereta anak dara tu mengadu sakit mulut. Bila aku check mulut ulser2 yang 3 bijik dulu dah bertambah banyak dan semuanya berwarna merah seakan bleeding kat lidah, then gusi deena semuannya membengkak. So aku terus direct ke klinik, masuk bilik doctor terus doctor refer semula le Paed deena kat PMC. Deena sejak lahir memang check dengan Dr Atikah. So kat sinilah doctor sah kan bahawa Deena kena jangkitan Tangan kaki dan Mulut (HFM Disease). Dan doctor suruh warded tapi aku ni berkeras sebab kalau masuk wad susah si kecik kat umah tu nanti payah. So aku kata kat doctor aku jaga deena kat umah sahaja. Malam tu lepas bagi makan ubat, dan sapu oral paste untuk lidah dan gusi aku perasan yang gusi deena start berdarah. Hmm manalah aku tahu itu HFM disease, kalau aku tahu Jumaat masa first time masuk PMC tu sure aku dah setuju untuk warded. Sah sangkaan aku memang salah sama sekali.



As doc said HFM memang berbeza2 bagi setiap budak2. Ada yang memang kena untuk kaki,tangan dan mulut serentak. Untuk kes deena dia kena mulut dan tangan sahaja. But fo Ilman’s case hanya kena mulut sahaja. Deena start demam hari rabu petang…aku pun assume macam demam biasa aje sebab tak de tanda-tanda penyakit pelik. Biasalah budak2 memang selalu kena demam kan. Lepas dua hari demam dengan temp yang amat tinggi (Jumaat tu kena refer ke PMC temp 40.9 degree), deena start kena cirit-birit dua hari. Rashes start keluar kat badan dan banyak rashes kat tempat kencing macam kena ruam lampin. Bila demam tak kebah2, sabtu tu mulut start tumbuh ulser dan ada sebijik tumbuh kat tangan. Masa check darah kat PMC depa tak dapat detect doctor hanya kata ada jangkitan bacteria. Bila seminggu tak baik demam aku pun risau lebih lagi bila deena start tak mahu menyusu dan makan. Sebab aku ada training Isnin dan selasa dan harapan deena akan baik demam seperti sediakala so aku hantar jugak anak dara ke taska. Rabu tu lepas dia mengadu sakit mulut dengan sakit bont*t tu yang direct jumpa doctor. Rupa-rupanya anak dara ku ini ke HFM.


Cabaran menjaga deena usihh janganlah ditanya hanya kerana orang-orang yang biasa menjaga anak-anak demam atau sakit aje yang tahu macam mana kerenah anak-anak bila sakit ni..huarghhh anak sakit mama yang stress sebab tantrum nya ALLAH aje yang tahu semuanya serba tak kena…semua benda nak tapi aduh….heehh sabar-sabar jadi korang kalau anak demam sakit tu bawak-bawak lah bersabar.Silapa-silap anak baik mama dia plak yang sakit kan.

Tuesday, March 28, 2006

Jom pakat pi The Mines..

Aku buat test cepat-cepat but still aku adalah 4 orang terakhir yang keluar dari bilik training tadi. Susah banget test tadi ntah pass tah tidak. Nasib lah yang penting aku dah attend dua hari dan esok hari last aku training. Sebagai penulis blog tegar semuanya aku buat sepantas mungkin secepat kilat hanya kerana ingin memenuhi tuntutan naluri pemblog tegar ini. Aku minum cepat-cepat habis satu cawan teh panas suam aku hirup, aku kunyah kuih keria pun cepat2 gak sebijik aje padahal kalau ikut perutku ini mampu kalu nak makan 3-4 biji tapi keran nak cepat..semuanya aku buat cepat2 agar aku leh kembali masuk opis dan bersandar diatas kerusi aku yang empuk ini sambil melayan blues menulis blog membaca email yang ratusan banyaknya..sambil-sambil anyam ketupat sekali sekala tidak giteww kawan-kawan…hahh hahh hahhh.Tegar tak aku..tegar sekali kan.


Condition Deena setakat ini alhamdulillah, taska pun tak call jadi rasanya anak aku dah beransur sihat. Dan mamanya yang dah kemaruk dek membeli dan menambah koleksi frame gambar telah mengheret si anak dara yang badannya suam2 gajah akibat demam yang belum kebah 100% ke The Mines petang semalam. Living Cabin tengah buat sales ye kawan-kawan. Jadi pada yang kemaruk frame gambar, teddy bear mcm mak yang suka kumpul yang cute2 gitteew yang ada gambar beruang comel boleh le ke LC kat The Mines kerana mereka sedang menghabiskan stock. Setakat hari ini aku menambah koleksi teddy bear yang comel2, Garfield, stitch, frame yang kiut miut dan banyak lagi. Dan kalau ikut nafsu shopping ni balik kerja ni rasa mcm nak singgah lagi tapi hmm tak pe lah simpan dululah duit tu. Mungkin nak guna Khamis ni nanti kalau hunny berubah fikiran untuk ke JB. Manalah tahu kan.



Sekarang ni rasa cam nak promote lak The Mines. Suatu ketika dulu masa kami (rumah hunny) duduk balakong 1km aje dari The Mines, almost every weekend menghabiskan masa kat sana. Pi pun naik motor aje dah dekat sangat lalu belakang plak tu. Waktu tu belum glamer banget SCP tu. Jadi melepak kat tasik sambil mantik-mantik ngan hunny. Masa tu ada bazaar kat sepanjang tasik memang happening and petang2 kat atas bukit tu akan ada ramai umat bermain layang-layang termasuklah kami berdua. Kadang-kadang tu kami pi saja-saja tengok student UPM dok romen2 kat tepi tasik..heehh mak dulu memang suka dok perati budak2 student ni…duduk peluk2 tapi tangan ligat aje merayau2 sana sini. Tu dululah mak ngan hunny dah tobat dah (mak sorang aje yang terlibat dalam kerja memerhati orang ni)..kami dah kawin lebih dari tu pun kan…heehh hehh. Itu dulu di waktu zaman kegemilangan Mines, nak parking kete pun susah. Tapi hari ni Mines macam dah terpinggir kalau gi sana nak parking pun senang. Orang pun dah tak berapa ramai. Nak shopping pun lebih convenience. Lebih menarik lagi Mines sekarang dah jadi pusat perabot setempat, kalau kat exhibition center belah bawah tu memang juling bijik mata kalau tengok perabot yang cun2 dan mahal2 gitteww. Kat temapt ice skating yang lama tu dah pun dijadikan pusat pameran hiasan dalaman. Hmm tu yang gambar deena kat sofa dalam entry demam oh demam. Best2 boleh selalu cuci mata dengan teknik hiasan. Kalau penat2 jalan boleh duduk kat kerusi urut 10-15 minit secara free.


So maknanya mak nak mengembalikan semula nostalgia mak ngan hunny yang suka sangat dating kat The Mines. Hunny gak yang dok teman mak main bowling masa tengah boring2. Lepas deena lahir mines jugak tempat kami melepak..sebab dekat senang dan cepat….marilah kita pergi The Mines beramai-ramai. Rumah kami sekarang jaraknya 8-10km ke The Mines..tapi kami lalu dalam la…kalau ikut Highway mungkin lebih jauh. Itu sahaja entry mak pada hari ini ye kawan-kawan..jom pakat serbu The Mines yang ada giant yang jual Donut rasanya sebijik macam donut kat dunkin donut tu tapi harganya murah bangettt sihh 0.59 sen aje sebiji…jadi kalau mak gi The Mines..harus mak borong donut tu 6-7 biji sekali….memang berbaloi untuk mak dan anak-anak mak yang keturunan doremon sebab hantu makan donut kan….

Monday, March 27, 2006

demam oh demam

Sebelum ambil darah - kena balut ngan blanket dulu takut meronta2

Jumaat tu dalam pukul 11.30 pagi handphone aku berbunyi. “ini mama Irdeena Maisarah bte Ishak ke?’ tanya suara di talian. “iye ni mama deena, kenapa?’ tanya aku lagi. “Saya panggil dari Taska ni. Kak ni nak bagitahu badan deena panas sangat. Baru aje ambik temp suhu badan 39 darjah cel”. Alamak panasnya. Aku bergegas ke bilik boss. “Saya nak ke taska anak saya demam panas”. Kata aku ringkas dan bergegas.”ok go ahead”. Balas boss aku. Aku memecut kereta ke taska deena. Terus ke despenseri. Sampai klinik pembantu doctor check apa yang patut dan check temp sekali lagi. “Panas sangat ni dah berapa hari demam?’ Tanya En. Harun. “Dah 3 hari sama hari ni, tak de batuk atau selsema tapi demam yang berulang-ulang”. Balas aku.”OK ambil GL kita refer ke Hospital Pantai”. Hati aku berat berbelah bagi sebab dah sedia maklum kalau gi PMC sure kena ambil darah mesti dioarang samada akan suspek denggi atau virus seangkatan dengannya. Aduh tak sanggup nak tengok anak aku nangis tangan kena cucuk. Nak tak nak aku kuatkan juga hati. Ambil GL terus di refer ke bahagian Kecemasan.

*Lepas ambil darah - mata bengkak sebab nangis* ******* * Dah boleh senyum dah*

Sampai PMC nurse datang ambil temp sekali lagi. 40.9 darjah uishhh panas giller.Lagi panas dari suhu kat luar tu. Nurse bagi ubat peluru dan mula mengelap seluruh badan deena dengan air suam. Cik kak pun mulalah start menangis. Puas aku memujuk untuk diamkan deena. Sebelah katil deena ada sorang mamat dalam tingkat 4 yang dok berbalut tangan. Mungkin jatuh motor, atau jatuh main bola kedengaran merengek2 dengan emaknya sambil marah2. Mungkin silap aku juga sebab jangkakan deena dah ok pagi tu. So aku bagi ubat disebelah pagi tapi tak bekalkan ubat pada taska.. Selang 10 minit kemudian temp dan turun sikit. Doktor datang untuk ambil darah. This time aku kena kuat. Dulu masa deena kena jangkitan cb dan muntah-muntah kat taska aku nangis tengok anak aku kena cucuk dan drip. Kesian sebab dia budak dan tentu tahap kesakitan adalah extreme bagi mereka.

*Kat The Mines nampak dah sihat* ************* *Orang demam gaya camni ker?*

Lama juga kami bertapa kat PMC sementara tunggu keputusan ujian darah. (Habis plan nak shopping hari Jumaat aku heeh hehh) Bila doctor datang sekali lagi aku sedikit lega dengan keputusan ujian darah. Maknanya aku tak perlu bermalam di PMC walaupun adakalanya terasa mcm tidur kat hotel kalau dok PMC ni :) “Tak de denggi, tapi ada sedikit jangkitan bakteria”. Kata doctor. Panas deena dah turun sikit. Sementara tunggu doctor siapkan ubat deena dah boleh berlari2 mcm orang sihat. Kejap keluar masuk bilik dan timbang. Setakat Jumaat berat deena is 13kg. Menang sekilo aje dari berat adik Man. Lepas dapat ubat hari pun dah petang jadi aku terus aje bawak cik kak balik rumah. Sebenarnya waktu tu perut pun dah lapar semacam. Jadi dalam perjalanan balik kami singgah The Mines untuk isi perut.

Sampai umah melepek semula

Panas dah reda cik kak ni pun ligat semula cam biasa. Berlari sana-sini kat dalam the Mines. Kami makan di Domino Pizza sebab deena nak makan mushroom soup dan petang tu kami balik rumah tengok addy dah tiba dulu padahal waktu tu beberapa minit sebelum jam 5. Aikk awalnya addy balik mungkin terkejut dengan sms yang aku hantar tadi. Sampai rumah deena dah start melepek semula mcm tadi. Terus bagi ubat demam dan antibiotik. Tiba-tiba aje temp badan naik semula. Aku pun mulalah aktiviti mengelap badan dan segala yang patut. Dah reda sikit aku mandikan deena. Begitulah aku bertarung dari Jumaat sampai semalam memantau keadaan suhu badan anak dara aku. Setakat hari ini dah 6 hari deena demam tapi pagi tadi masa gi taska kira cam dah kebah walaupun belum berapa ceria seperti selalu.

Dan demam kali ni bukan yang pertama. Hari sabtu tu dah start nampak bintik-bintik merah keluar di sekeliling badan. Hmm betul jangkaan aku, kena demam campak pasir rupanya. Nasib baik bekalan calamine lotion masa demam campak yang dulu masih banyak lagi. Lidah pun start putih2 dengan ulser akibat demam yang terlalu panas. Kesian deena nak makan pun sakit. Aku dok pantau juga Ilman sebab sekarang ni kan tengah sibuk kes sakit tangan kuku dan mulut. Jadi aku berhati2. Lepas cek lidah aku cek tapak tangan dan tapak kaki. So kira cam aku mengesahkan sendiri yang putih2 dalam mulut tu adalah ulser akibat badan yang terlalu panas. Dan kebisaaannya anak dara ni kalau demam hidung mesti berdarah. Kalau asyik nangis aje lagilah darah tu keluar makin banyak. Nasib baiklah demam kali ni anak dara tak muntah-muntah. Sebab tu memang trend depa berdua adik beradik.Dan sepanjang hari demam tu jugaklah macam2 kerenah cik kak aku ni, aku yang kurang sabar ni terpaksalah menyabarkan diri sabar tahap dewa...huaaargghhhhhh nak menangis aku di buatnya melayan kerenah anak dara yang sungguhlah pandai demand itu dan ini ketika sakit.....kalau tak dapat dia akan nangis sampai satu taman boleh dnegar suaranya yang power itttewww...iskkkhh lahh cobaaannn...

Thursday, March 23, 2006

Tengah Zombi ni :)

Aku zombi kerana tak cukup tido. Deena petang semalam masa ambil kat taska badan dah tak berapa sihat. Kawan2 dok nyanyi dia nyanyi juga tapi tak aktif seperti selalu. Bila rasa badan dia sah nak demam lah ni. Sampai umah petang semalam terus bagi dia makan ubat demam. Bila dia dah rasa lega sikit mulalah nak ikut addy gi main helicopter kat tepi tasik. Nak larang pun payah, so aku biar aje dia ikut hunny pi main heli. Aku plak dok sibuk bertungkus lumus memasak dia dapur. Masak simple-simple aje. By the time addy balik main heli lauk semua dah siap. Rutin harian biasa kalau tak beli lauk.. Kalau beli lauk rutin aku petang2 turun taman maianan. Beriadah bagi berpeluh sikit.



Lepas maghrib aku siap-siapkan dulu beg sekolah budak berdua ni, masak air then siapkan nasi dan suap mereka makan. Part nak suap makan ni memang tough sikit pasal adik Man dah biasa dengan addy nak makan suap sendiri. Tapi aku ni malas sikit nak bagi Ilman makan sendiri sebab nanti makannya tak seberapa teraburnya lebih. Mama dialah yang penat nak kena mengemas nasi yang terabur. Lama juga bujang aku tu menangis merajuk sebab nak makan sendiri tapi last2 bila tengok kakak makan dengan mama nak juga dia datang mengendeng. Tapi mesti kena pandai pujuk “cakap pandainya anak harimau makan auuumm” baru le nak buka mulut si bujang tu.



Pastu kemas umah sikit-sikit, kat living area dan terabuh dengan bantal. Aku jeling aje kain baju yang dok berlonggok atas sofa. Uishh malasnyer nak lipat, biar ajelah dulu bila rajin nanti aku lipat. Dah 3 hari dok terperap atas sofa tu, kalau ikutkan sakit mata memanglah sakit tapi malas punya pasal biarlah baju tu berkulat kat situ :) (inilah antara dilema di saat kemalasan melanda). Lepas settle kat bawah aku naik atas. Kalau dah naik atas memanglah tak turun2 lagi jawabnya.



Malam tadi ntah apasal agaknya mata ni takmo tido. Puas le aku dok nak pejamkan mata tapi tak leh gak nak tido. Last2 aku melayan tv sampai pukul berapa pun tak sedar. Selang sejam lepas tu deena start merengek. Aku rasa kepala dan badan dah start panas semula. Hmm nampaknya kena berjaga lah jawabnya kalau camni. Seperti biasa kalau anak aku demam aku memang tak leh tido, tak leh dengar diorang bunyik sket so automatically aku terjaga. So aku basahkan rambut deena, basahkan badan bawah ketiak dan biarkan dia tidur, aku pun lelap sama. Sejam lepas tu deena terjaga lagi..3-4 kali gak deena terjaga sampai la alarm aku berbunyi pukul 6.00 pagi.



Kalau ikut petua mak anak demam jangan mandikan. Tapi petua aku anak-anak aku demam memang wajib aku mandikan. So pagi tadi bagun tido terus bagi deena ubat demam yang kuat sikit. Terketar2 badan anak aku kesejukan. Pastu terus aku suruh dia buka baju sebab aku nak mandikan. Mulanya deena nak nangis juga sebab demam kan tapi aku kata “kenapa kakak nak nangis, kakak kan pandai, lagipun bukan kakak luka atau kesakitan”. Sebab aku memang tak suka budak-budak nangis tanpa sebab. Bila cakap camtu terus Deena tak jadi nangis. Maknanya dia faham mesej yang aku cuba sampaikan.
Beria aku mandikan deena sebab badan dia memang panas sangat. Nasib baik cuaca malam tadi agak panas so air paip pun agak suam2 kuku gak rasanya. Time nak pakai baju, Deena nak pakai sendiri, so aku pun bersiap untuk pakai tudung. Addy plak siapkan susu anak. On the way nak ke taska aku rasa badan deena dah ok sikit. Harap-harap petang ni deena dan ok lah sepenuhnya.

Tips of the day - Mabuk Berbelanja

Mabuk Berbelanja!

Pelabur yang baik bukan sahaja bermaklumat dan membuat keputusan pelaburan yang betul berdasarkan maklumat, tetapi juga bijak menguruskan perbelanjaan. Tiada guna mempunyai portfolio pelaburan yang baik jika anda merosakkannya dengan perbelanjaan yang tidak perlu. Jika anda mengalami mana-mana senario yang dipaparkan di sini, kemungkinan besar anda termasuk dalam kategori “mabuk berbelanja”.

1. Akan dapat bonus yang BANYAK tak lama lagi

Anda mendengar khabar angin mengatakan syarikat tempat anda bekerja akan memberikan bonus yang banyak. Jadi, anda mula berbelanja besar, biasanya dengan menggunakan kad kredit. Akhirnya anda mengalami masalah kewangan kerana bonus yang diperoleh jauh lebih sedikit daripada yang dijangkakan, atau lebih buruk lagi, tiada bonus langsung!

Jika anda seorang yang mabuk berbelanja, anda tidak keseorangan. Banyak orang yang bersusah payah cuba mengawal tabiat berbelanja mereka dan tidak tahu bagaimana hendak membatasinya. Membeli-belah dan berbelanja merupakan petunjuk zaman moden mengenai tabiat lama manusia yang gemar berburu dan berkumpul. Bezanya, kini “perburuan” kita bukan untuk mendapatkan haiwan besar zaman purba, sebaliknya kita ke kompleks membeli-belah untuk “memburu” barangan. Ini merupakan satu masalah tetapi kita boleh mengatasinya. Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya. Untuk mereka yang “mabuk berbelanja”, mari kita sambut Tahun Baru ini dengan membuat resolusi untuk merancang perbelanjaan dan menguruskan hutang dengan lebih baik.

2. Tidak pernah menerima "didikan awal mengenai kewangan"

Tiada siapa yang mengajar anda menguruskan kewangan anda dan anda pula tidak mengambil berat untuk belajar atau meminta bantuan. Moto anda dalam hidup ini mudah sahaja iaitu kerja keras dan berbelanja besar.

3.Meneruskan gaya hidup

Jika anda biasa hidup mewah atau sentiasa mengikut trend, anda berasa perlu mengekalkannya walaupun ketika menghadapi masalah kewangan. Jadi, anda terus berbelanja.

4.Perkataan "merancang perbelanjaan" tiada dalam perbendaharaan kata anda

Anda tidak merancang perbelanjaan atau anda mempunyai perancangan tetapi tidak menghiraukannya. Berbelanja atas barang-barang yang anda suka tanpa mengambil kira sama ada anda mampu membelinya menyebabkan anda mengalami masalah kewangan. Kebanyakan orang mengalami masalah kewangan bukan kerana mereka merancang untuk gagal tetapi kerana gagal merancang. Apakah anda salah seorang daripadanya?

5.Menjadi pengikut setia iklan

Anda menyelak helaian halaman sebuah majalah dan terbaca iklan mengenai telefon bimbit atau fesyen terbaru. Anda tidak dapat menahan diri daripada memiliki barangan terbaru itu dan akhirnya menjadi iklan bergerak bagi barangan tersebut.

6.Musim perayaan sudah tiba!

Antara keseronokan berada dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ialah perayaan sepanjang tahun. Sejak beberapa minggu sebelum musim perayaan, orang Malaysia sentiasa memikirkan yang BARU! Anda juga tidak terkecuali. Ini bermakna membeli barangan baru seperti sofa baru, langsir baru atau baju baru, walaupun yang ada masih elok lagi.

7.Gila Kad Kredit

Kini terlalu mudah memperoleh kad kredit dan keinginan berbelanja menggunakan kad sentiasa ada. Berbelanja menggunakan kad kredit selalu membuat anda berasa mempunyai lebih banyak wang daripada yang sebenarnya dan ini mendorong anda berbelanja lebih.

8.Terlalu banyak jualan MEGA

Sepanjang bulan jualan “MEGA” Malaysia, seluruh negara sakan berbelanja dan anda boleh turut terikut-ikut dengan angin membeli-belah. Lagipun, diskaun sehingga 60 atau 70 peratus hanya datang sekali-sekala dan anda berbelanja tanpa terkawal walaupun ke atas barangan yang tidak perlu.

Wednesday, March 22, 2006

6052346 ini no tentera aku

Aku bercuti (EL) semalam atas alasan anak aku tak berapa sihat dan mamanya jugak sebenarnya penat yang teramat. Memang exhausted tahap gaban. Bila alarm berbunyi bermati-matian aku berusaha nak membangunkan diri. Tapi nampaknya memang aku tewas, seminit aku bangun lepas tu aku rebah semula sebab tak larat sangat mata pun tak boleh nak buka. Memandangkan Ilman pun tak berapa sihat jadi pukul 7.00 tu aku sms boss kata yang aku EL. Tapi aku sedih sebab aku lupa semalam ada majlis persaraan CC aku yang memanglah tersangatlah baik hati dan suka membantu. Mcm manalah aku boleh lupa sedangkan memang majlis terakhir itu aku tunggu untuk ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada CC yang aku panggil ayah bila aku beremail dengan beliau. Selamat bersara selepas 35 tahun berkhidmat dengan company kami semoga mendapat kehidupan yang lebih bahagia dan dimurahkan rezeki. Aku plak berapa tahun le agaknya aku akan bertahan di sini. Wallahualam.


Hari ini badan aku dah bertenaga sedikit. Tapi kalau aku ada kerusi urut OSIM yang aku idamkan itteeww di rumah tentu sakit-sakit badan aku dapat di atasi kan. Heeh hehh. Aku kata kalau aku ada lah..kalau tak ada buatlah seperti orang yang tiada hanya mampu berangan-angan sahaja. Yang aku perasan sintom sakit2 badan ni aku dapat sejak aku bersalin anak kedua. Walaupun lately sakit lutut aku dah berkurangan tapi badan aku sentiasa letih dan tak bertenaga. Dahlah aku ni jenis yang tak pandai nak makan ubat-ubatan tradisitonal ke jamu ke. Dari sejak bujang kalau aku sakit memang aku mengelak sangat untuk makan ubat kecuali aku dah kronik sangat. Masa bersalin ilman aku tak makan jamu tapi aku makan ubat homeophaty. Aku makan salindah dari start peknen sampai le habis pantang, sebab tu ke agaknya badan aku jadi letih aje cenggini. Tapi memang sukar untuk aku terima kenyataan yang aku ni makin hari makin dimamah usia…isskhh mak muda lagi you…masih bergetah..tak caya tanya hunny bunny *wink*


Kalau nak citer pasal sakit-sakit ni, lama dulu dah bagitahu kat hunny. Aku kata ‘yang saya ni dah “season”. Sakit tulang la, sakit belikat la…sakit lutut laa.”. Kalau korang nak tahu ni semua gara-gara aku yang terlalu aktif bersukan.. Menyesal pun takde guna, balik kampung haritu bila busu suruh aku main netball lagi untuk zon kawasan aku belasah main jugak. Tak sedar diri. Bila main semua sakit tu akan hilang serta merta, tapi esoknya tengoklah samada aku tak boleh bangun atau tak boleh jalan. Biasalah tu tapi nasib baiklah kat umah mak tu ada kerusi urut Shinkawa yang ayah kena tipu dengan gores dan menang dulu. Oklah kira berjasa jugak le kerusi tu pada aku bila aku sakit-sakit badan.


Masa aku main netball dulu-dulu aku memang pernah terkehel belikat….huhu huhu sakitnya hehh tak boleh le aku nak describekan kat sini tido pun tak boleh telentang. Selepas 3 hari 3 malam berurut dan tulang belikat ditarik keluar oklah tapi sesekali belikat aku akan terasa lenguh dan tangan sebelah kanan aku akan bengkak kalau terlalu stress buat kerja ngan tangan kanan. Lepas tu bila aku start main volleyball aku pun dapat sakit lutut. Volleyball ni sukan yang nampak soft tapi sgt extreme. Bila lutut landing atas simen sebab nak digging bola yang di spike..uisshh tahu2 ajelah kan.

Lepas tu ditambah pulak dengan aktiviti wataniah aku masa matrik dan juga aktiviti palapes aku masa degree. Lagilah terkehel urat lutut aku sebab selalu kawad. Uishh kawad kaw..kaw punya specially masa wataniah..aku prebet aje kan time tu. And ada sekali tu masa sukan inter palapes aku injured. So aku dikejarkan ke hospital, doctor pun chek lah kaki yang injured, lepas tu aku dapat surat akuan doctor kata lutut sebelah kanan dah longgar teruk jadi aku tak dibenarkan join untuk kawad watikah. Dan aku sedih juga sebab masa watikah leftenan muda aku tak join kawad dengan geng2 aku yang lain so feel tu kureng lah sikit. Tapi aku gumbira juga tak join kawad sebab gambar aku masa watikah cun, cerah putih dan tak de berbelang kat dahi bekas berey heehh…hehhh…heehh dan iyenyer tentulah membengangkan sikit geng2 pompuan kau yang lain…heehh hehh…jangan marah ye tankecheee….rindu korang semua geng palapes UUM watikah 1998 di UiTM Shah Alam

Monday, March 20, 2006

Email dari mamat kurus

Alamak aiii cepatnyer masa berlalu kejap aje dah nak lunch. Aku dok sibuk clearkan barang2 dalam drawer yang lama ni. Semak pulak aku tengok banyak benar statement CC aku yang lama-lama tu. Sejak pindah haritu baru hari ni aku nak kuokan segala benda tok nenek dari dalam kotak. Bukan banyak sangat pun barang yang aku angkut dari bawah. Actually barang aku ada tertinggal lagi satu drawer kat tingkat bawah. Dah setahun dah terperap kat sana. Biarlah barang2 tu beranak pinak kat sana dulu. Nanti bila rajin2 aku angkut bawak naik atas. Bila An tanya mcm mana aku leh kenal dengan hunny, aku rasa mcm eh ahah lah mungkin le aku boleh flash back semula mcm manalah aku boleh terberkenalan dengan itteew mamat :) Semuanya bermula begini pada hampir penghujung tahun 2001


Pada suatu petang di dalam sebuah opis. “Zira kau tengoklah gambo mamat ni”. Is bestfren aku tunjukkan gambar seorang mamat yang tersangatlah kurusnyer pada aku. Gambar tu dia jumpa masa dia dok surf kat www.cari.com.my. “Hmm not bad gak” kata aku “hensem tapi kurus”. “Kau berkenalan aaa is” kata aku lagi. “Hmm malas laahh tak sesuai kurus sangat, kau lah berkenalan”. Lepas dari peristiwa ittew lah maka aku menghantar email yang pertama kepada mamat yang kurus itteww. Aku memang ada ramai kenalan melalui cari.com ni. Jadi selok belok berkenalan di alam maya ni kira aku agak arif dan berhati-hati. So from the description actually kita boleh kenal orang yang hantar tu memang ikhlas jujur nak berkenalan atau pun saja2 nak menggatal dan mengambil kesempatan.


Email aku straight to the point, cakap nak tambah kenalan suruh dia cerita sikit tentang latarbelakang dan butir2 tentang diri dia. Dan bila aku mendapat balasan email dari dia I was really shock. Iskhh rugi aku tak simpan email tu kalau tak boleh gak aku kongsi ngan kamu MR. Jangan ternganga tutup sikit molot tu occay. Nanti masuk pulak lalat hijau.


Email dari mamat itu sangat panjang sangat details dan I can smell sincerity in that. Ntah tujuan utama aku hanya nak tambah kenalan aje (waktu ni aku tengah kawan ngan sorang mamat lain yang diarrangekan oleh keluarganya) tapi aku amat tertarik dengan penulis email ini yang menceritakan kisah mak, abah dan 11 adik beradiknya yang lain. Memang isi kandungan email itu terang jelas nyata dan kisah benar seorang budak kampung yang tak malu nak mengaku mak dan abahnya bekerja sebagai penoreh getah. And masa tu aku tak tahu pun yang this mamat was an engineer sebab dia tak mentioned in the email.


At some point of view email tu memang tak menarik sebab mamat ittew memang tak pandai bermain bahasa, tiada unsur2 mengorat yang diselitkan, tiada kalimah pujian atau bahasa pujangga dan dia menulis email itu memang hanya sekadar untuk memaklumkan aku bahawa dia adalah seorang budak kampung yang tak tahu nak mengorat awek , yang ada 12 orang adik beradik dan pekerjaan setiap orang secara details. Tak de yang menarik langsung. Tak pandai nak tackle langsung. But at other some point of view aku tetap tertarik dengan penampilan pelik penulis email itu. Beribu2 email yang aku terima dari kenalan aku selama ini dah inilah satu2 nyer email yang paling biasa tapi mampu menarik minat aku. Begitulah kisahnya dimana jodoh pertemuan ittew di tangan ALLAH.


Selepas beberapa kali bebalas email kami akhirnya bersetuju untuk keluar makan. Maka waktu itu aku, Is dan mamat ittew pun berjumpa di Endah Parade buat pertama kalinya. Kami main bowling dan makan di kedai mamak di tepi jalan. Namun perjumpaan pertama membuatkan aku hilang minat terus pada mamat yang sesungguhnya memang tersangat pelik itteew. Aduss camner le boleh jadi hunny bunny bunch aku ni..iskhh…iskh….iskh musykil lah…heehh heehhh. Begitulah ceritanya bagaimana aku mula-mula berkenalan dengan hunny dan keluar makan dan gaduh-gaduh dan keluar makan lagi dan akhirnya memutuskan untuk bertunang hanya selepas 2 bulan berkenalan.

Hmm jodoh ni, kita kena redha kita kena percaya kepada Qada dan Qadar ALLAH. Dan sebab jodoh jugak lah aku tak jadi kawin dengan W*ra walaupun pak ngah dan makngah bersusah payah nak menyatukan kami sampai W*ra kena balik Malaysia dan berjumpa family aku. Sebab jodoh jugalah aku tak jadi kawin dengan Abg M yang aku dok puja dan cinta selama 8 tahun. Semuanya adalah ketentuan ALLAH dan sebagai hamba aku pasrah redha dan syukur Alhamdulillah. Ini yang terbaik buat aku. InsyaALLAH aku akan berusaha sehingga hunny menjadi jodoh aku dunia akhirat. Untuk chapter jodoh ini apalagi aku aku inginkan? Tepuk dada tanya selera.

Friday, March 17, 2006

Anak pondok getah

Aku called mak muo (MIL) saja bertanya khabar. Sejak 3 hari lepas aku try call tapi tepon kat umah kundang macam rosak bunyi mcm perkhidmatan dah ditamatkan. Balik umah cakap kat hunny. “yang 2 hari dah try call kampung tapi tak dapat. Tepon umah mak tu macam dah tak de line aje bunyiknyer”. Keluh aku risau juga tentang mak dan abah yang duduk berdua kat kampung tu sebab mak abah tu dah agak tua. Lain lah mak dan ayah aku yang masih sihat, Hunny mcm biasa diam aje. Aku plak terlebih risau. Baru tadi dapat bercakap dengan mak itu pun sekejap aje mak terkocoh-kocoh nak mandi nak bersiap ke masjid katanya (hmm orang jawa perempuan ikut gi sembahyang Jumaat sekali). Mak kata kak Ima, kak kamar ada balik kampung masa cuti sekolah tapi Dr su tak balik. Hmm memang selalu cuti sekolah camtu sebab kakak ipar dan abang ipar ada yang cikgu dan balik bercuti bersama anak-anak. .Kak Faridah wife abang Jali pun cikgu jugak Meriahlah rumah kampung 10 bilik milik Hj Saban dengan riuh rendah suara cucu-cucu bermain.


Kekadang aku ni kesian sebenarnya dengan mak dan abah tu. Dalam usia yang begini masih gigih menoreh getah dan mengambil kelapa sawit. Banyak kali gak aku cakap kat mak supaya tak payahlah pergi menoreh lagi (siapalah aku ni kan menantu aje), duduk rumah aje berehat ataupergilah buat haji atau umrah lagi. Lagi kesian pada abah yang dah sakit-sakit kaki. Bila setiap kali aku buka mulut bicarakan hal itu lekas-lekas mak memcelah, “kalau mak tak noreh siapa nak kasi mak duit. Nanti kalau mak nak beli barang, tengok benda nak beli mana nak cari duit”. Lagipun Adun kan masih belajar”. Aku terdiam. Mak ada duit sebenarnya. Kalau setakat belanja mak dengan abah sebulan lebih dari cukup dengan apa yang anak-anak hulurkan dicampur dengan simpanan mak dan abah, tapi mungkin mak dan abah tak biasa duduk diam sebab sejak anak kecik-kecik lagi mak dah bekerja.


Kalau dengar mak cerita tentang kisah adik beradik hunny yang susah aku memang kagum. Adik-beradik 12 orang ramai tu, seawal 4 pagi kakak peah dah keluar rumah tolong mak noreh getah. Dah habis baru balik mandi dan bersiap ke sekolah.Siapkan adik2 yang lain ke sekolah. Hunny yang ketika itu masih kecil bermain-main dipondok dikebun getah bersama Dr Su. Kat situlah tidur kat situlah mandi kat situlah sarapan. Sebahagian besar aktiviti pagi dihabiskan dipondok getah. Membesar dengan pokok getah rupanya my darling ni :)


Mak cerita lagi, masa kecik hunny anak yang paling kuat menangis. Kalau menangis satu kampung boleh dengar sampai jiran-jiran sebelah berkata “Hah radiogram kak wasitah dah berbunyi”. Bila hunny besar sikit dia menjadi seorang kanak-kanak yang sangat pemalu. Mak cerita kalau orang datang rumah hunny akan nangis ajak keluar rumah tak nak tengok orang. Asyik minta dukung. Dan selalu cakap ”kenapa orang tu datang umah kita”.


Bila tengok gambar hunny masa darjah 6, memang hunny tergolong dalam kumpulan jawa hensem (world), berkulit cerah, berwajah bersih dan mata sepet seperti mata Ilman. Oleh kerana sifat yang amat pemalu semasa kanak-kanak hunny membesar menjadi seorang yang sangat pendiam. Sampai jiran2 yang jarang berjumpa selalu berkata. “Agaknya anak wak saban yang sorang itu bisu agak ke?” . Tapi ada satu waktu tu bila hunny dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke UM jiran yang lain pula berkata “bisu-bisu pun sekolahnye pandai kok”. Begitulah sedikit kisah yang aku korek dari lipatan sejarah hidup mak tentang suamiku yang tercinta. Nak tunggu hunny cerita hmmm tunggulah sampai kucing bertanduk :)


Jadi tidak hairanlah jika hunny yang aku kenal 5 tahun dulu memanglah teramatlah susah untuk berkata-kata dan meluahkan perasaan. Sampai hari ini pun agaknya kalau dikira-kira butir patah perkataan yang disembangkan dengan aku hmm mungkin tak sampai 1000 patah kot. Aku masih lagi pegang kata-kata abah. Tak banyak cakap tak banyak dosanya. Bagi aku dia memanglah lelaki terbaik yang dijadikan oleh ALLAH untuk aku. Mungkin dia tak istimewa di mata orang lain tapi dimata aku inilah yang terbaik untuk diri ini. Amin alhamdulillah…kalau nak yang lebih baik cermin-cerminkan lah diri tu dulu occcaayy…

Thursday, March 16, 2006

Air Jagung

Sambil leparking kat sofa lepas solat maghrib semalam aku baca buku Fardhu Ain yang disepahkan oleh Ilman. Saja aku baca kuat2 bab air suci supaya anak dara yang bijak itu dengar. Irdeena air suci tu ada 7 jenis, yang pertama apa kakak? Tanya aku pada deena yang tengah sibuk main bola pingpong. Spontan aje anak dara aku jawab dengan kompidennya. “Air jagung mama”. Tergelak aku. Ya ALLAH sabar ajelah manalah datang idea air jagung tu agakanya. Deena mama tak sebut pun air jagung dalam ketegori air suci/bersih yang 7 tu. Kata aku sambil tergelak.


Suatu petang masa dalam kereta on the way balik kerja. “Deena kenapa deena ni kurus sangat”. Sambil memandang deena menjawab. “Sebab bangau oh bangau kenapa engkau kurus, bagaimana aku tak kurus ikan tidak timbul”. Laa tak de kaitan langsung la kakak ni.

Deena memang keletah, masa kat dataran putra tempohari ada sorang budak perempuan berusia 4 tahun yang mendekati deena dan cuba mengecek basikalnya. Lepas puas dipujuk, deena pun bagilah budak tu pinjam sekejap basikal dia. Tapi malangnya budak tu tak reti langsung kayuh basikal. Jadi aku pun tolong tolakkan basikal tu sekejap bagi dia merasa. Biasalah budak kecik memang sentiasa teruja. Sejurus kemudian bapa budak tu datang. “Anak you berapa tahun?” Dia tanya. “Baru aje masuk 3 tahun”. Jawab aku. “Pandai dia naik basikal ye. Cakap pun pandai”. Balas dia lagi..Aku tersenyum aje bila dia cakap begitu sebab anak dia dah 4 tahun tapi masih tak berapa petah bercakap. Kanak2 tumbesaran mereka berbeza antara satu sama lain tapi kalau kita expose kan anak sebenarnya faktor persekitaran dan rumah yang positif memberi impak yang besar dalam membentuk mereka untuk berfikir.


Memang pandai cakap memang cepat tangkap jadi apabila ingin berkata-kata amatlah kena bertapis dihadapan itu anak dara. Hmm baru-baru ni masa balik kg, manatah dia dengar perkataan ini aku pun tak tahu. “Kakak mari sini kejap.” Cik ana panggil. Pastu sedap aje mulut anak dara tu jawab. “Cik ana ni sibuk la…” ya ALLAH sabar aje lah anak aku ni…


Tak tahulah target aku nak ajar deena sampai boleh baca masa umur 3 tahun ni tercapai atau tak. Aku tak paksa pun but deena memang suka buku specially buku lekat2. So far kalau dua suku kata tu ada yang dia memang dah boleh eja. Cthnya mcm kita suruh eja di = di na= na, boleh lah sekali dengan bunyi, mama, adi, busu, susu..tapi kekadang ada masa dia mcm konpius gak dengan huruf specially huruf kecik dan huruf besar. Hmm tak pe lah let her enjoy her life. Satgi paksa2 terus tak minat jadinya.

And my lovely son yang so encem tu masih lah bercakap bahasa jerman. Heeh adik Man ni memang jenis cakap lambat kot. Tapi sekarang angin satu badan. Kalau nak benda tak dapat pandai merajuk cam pompuan lah dik Man tak rock, pandai guling-guling, Teror adik man ni.Word yang paling kerap disebut nak..nak..nak..semua benda dia nak :). Selalu kakaklah yang terpaksa jadi mangsa, Kakak tengah syok landing hisap susu sambil khayal tiba-tiba adik Man rampas aje dari tangan kakak. Sib baik kakak dah pandai mengalah. Memang akak akan nangis sikit tapi bila mama pujuk akak pun diam ajelah. Macam tu lah keletah dua beradik tu. Adik man yang garang yang suka gigit akak dan akak Deena yang makin pandai dan beralah. Muaahhh sayang anak mama.

Renungan di pagi Khamis

Harini aku nak share sedikit ilmu untuk direnungkan bersama..I'll write later.
APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) dimana yang nak dipukul tu? Tapakkakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekormata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantunya berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Any comment...amat dialu-alukan :)

Wednesday, March 15, 2006

Uwekkk loyanyer

Renungan untuk hari ini :

"Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu" Asy-Syura : 42

Uwek..aku dah nak termuntah tahap gaban…menyampahlah macam ni…eeeii geli sungguh…beberapa kali rasa nak terkeluar isi perut ni.. aku nak termuntah dah ni…tengah angkat air sembahyang tadi pun bila teringat terus rasa kembang tekak aku ya ALLAH geli sungguh memanglah pengotor orang yang duduk kat cubical sebelum ni…nak nangis pun ada. Aku dok bega2kan line tepon.sebab tak nyala dan tak boleh buat call.. Masa tengah syok2 dok bawah meja pasang phone line tu aku secara tak sengaja terngadah ke atas tetiba aku nampak banyaknyer tepek sana tepek sini kat bawah meja tu ..ya ALLAH uwek..terloya betul..senang aje nak buang bijih sepah2 mcm tu. Memang pengotor betul. Satu hal plak lagi aku nak panggil cleaner bersihkan bawah meja ni. Tak de etika lah manusia macam ni. Tak mo aku duduk sini lagi…Ubah posisi mengadap sana. Selagi tak bersih kat situ aku takmo letak pc kat situ. Nasib baik cubical ni besar. Hampeh

Korang jangan nak gelak kan aku pulak. Cuba check kat bawah cubical masing-masing manalah tahu ada jugak jerangkap samar atau bekas2 orang yang yang duduk terdahulu. Aku ni memang pantang sikit bab2 ni..yang peliknya tak kan lah mcm tu banyak sekali …uwekk..kita ni kan pagi2 tu masa mandi tu cuci le sekali lubang hidung tu siap2. Masa angkat air sembahyang tu cucilah bersih2. Sehari 2 kali kita sembahyang kat opis kan tak kan laa 3 kali cuci sehari stoknya masih begitewww banyak sekali…yaakkk geliii mak you. Sib baik cleaner dah datang siap kena bawak pengikis lagi. Kesian plak kat cleaner ni yang tak semena2 kena bersihkan pulak…harus kena samak bawah meja mak ni…mak kalau hunny nak buat projek korek hidung dalam kete mak sound direct aje…hee tak suka lah kotor


Bila aku cakap dengan fad masa mula nampak tadi, fad terus tutup hidung dengan bantal sebab loya., kak R pun ada dok tanya2 tapi kitaorang dah geli nak mentioned bila dia dah tengok sendiri dia bantai gelak samapi keluar airmata…lepas tu FA plak tertanya-tanya bila tengok aku terloya2. Ingatkan aku preknen sabar aje lah mamat ni. Pastu FA sanggup dia terbongkok2 nak tengok apa kebendanya yang ada kan bawah meja aku. Bila dia dah discover habis dia bantai gelak sekuat hati… sabar ajelah. Ni namanya sikap atau attitude manusia walaupun kecil tapi implikasinya besar sebab sebenarnya benda2 macam ni mencerminkan diri kita.. Memanglah semua orang korek hidung tapi jagalah kebersihan sikit. Buangkan kekotoran pada tempat yang betul..Ambil ikhtibar ye semua walaupun perkara ini nampak remeh tapi ia sebenarnya mencerminkan keperibadian seseorang. Anak-anak pun kita kena latih tentang perkara-perkara begini supaya anak2 tak korek hidung dikhalayak. Siapa yang malu nanti mereka dan keluarga mereka juga.


Tu lah dalam takde idea nak menulis tetiba dah keluar pasal cerita benda kotor ni pulak. Ok cleaner pun dan selesai vacuum tempat aku. Siap aku suruh dia spray air freshner lagi. Harum giteeww tempat mak sekarang. Ok confirm dah bersih sebab aku dah jengah. Lepas ni kena alihkan semula PC ke tempat asal.

Tuesday, March 14, 2006

Konspirasi Tersurat

Aku punya project plan yang sepatutnya boleh siap dalam sehari masih dok tak terusik dan terkaku lagi kat atas meja ni. Kekadang fed up jugak bila user tak boleh selesaikan task diorang dalam masa yang kita tetapkan kerja kita plak yang tak boleh nak jalan. Timeline kerja aku dah lari dekat sebulan. Sepatutnya sekarang ni dah masuk implementation phase untuk projek aku tapi bila aku call secretary semalam dia kata final report baru nak table on 27 ni but this time bukan salah diorang jugak. Board pun baru nak meeting pada tarikh tu. Aku on that day sure kena standby lagi.


Aku baru submit 2 form untuk gi training bulan 4 ni. Dua-dua mangement training. Oklah at least kalau delay lagi tak de lah melangut aje kerjanya. Mel email aku cakap congrat for my new appoinment. Aikkk appoinment apa ni…heehh jangan panik…bukan naik pangkat..Congrats on your new appointment - Chef - for our Motivation day...sabar aje lah. I heard that before from FM tapi I thought that was for hari sukan. My name was nominated to be one of the team leaders. Hmm something yang diorang plan I think is more like family day yang nak dibuat end of April kot. Kalau jadilah.



Si bujang senang beberapa hari ni asyik lah CB tapi alhamdulillah tak de muntah-muntah atau demam. Aku ni phobia sikit kalau anak CB dan muntah2 takut kena food poisoning. Iskhh tobatlah sian kat ilman masa kena haritu melepek habis. . Ilman ni makin lama makin kecik pulak aku tengok badannya. Makan pun tak berapa nak sangat. Susu pun dah kurang minum. Hilang dah ke chubbyan anak bujang aku tu. Any idea nak bagi makan apa ek…setakat biskut2 tu dia sukalah makan. Hmm sekarang ni aku saja stockkan biskut tiger tu banyak sikit kat umah. At least ada jugak benda dia nak makan.



And as usual anak dara yang petah bercakap tu semakin banyak pulak ceritanya sekarang. Semalam masa aku dok kemas2 baju masuk dalam beg sekolah masing2, si deena nyanyi lagu baru yang dia belajar kat taska. Aku tak berapa nak dapat tangkap…beberapa kali dia nyanyi baru lah aku faham rupanya dia nyanyi lagu…


Gorila yang besar
Suka makan limau (pisang)
Kupas kulit
Kupas kulit
Ummm manisnya….(atau ummphh masamnya)
Atau last sekali dia akan kata haahh dah habis…ldengan mimik-mimik muka dan gaya tangan. Lawak lah deena ni….


Bila teringat komen kak sya bila marah aku pun try lah applykan. Semalam aku tengah bawak air panas, ilman nak naik tangga…so aku panggil hubby.”yang ambillah ilman ni saya tengah bawak air panas”. Tak gerak jugak..Ilman naik lagi tangga sambil aku control dari belakang. Camne agaknya Ilman tergelincir dan terduduk kat tangga pastu menangis. Aku pun bising sikit. “Addy ni mama panggil ambik anak ni langsung tak gerak”. Aku geramlah jugak kan. Hunny datang ambil Ilman pastu ejek2 aku cakap cam nyehh nyeh nyeh lah…lagilah sakit hati aku pun nyeh nyeh balik lah ngan dia kira cam melawan lah sikit. Masuk bilik pastu aku tgk cermin pastu aku tgk muka aku tengah marah..pastu aku ejek hubby kat cermin. Last2 aku yang tergelak balik. Memang burukkan muka kita masa marah..heeh hehh…

Tapi aku belajar banyak benda dari kawan2 melalaui blog. Aku belajar mcm mana nak control anak yang tantrum amcam Deena. Deena memang dah banyak berubah sekarang, dan dengar kata, makan pujuk, more tolerate pada Ilman tapi Ilman pulak asyik dok kerjakan akaknya. Sabar ajelah. Cuma addy tu aje yang masih tak berapa nak tolerate ngan mama…heehh sidai baju tak pagi tadi yang…muahhh I love you.

self note: Malam tadi aku mimpi, aku berpisah dengan hunny. Selepas beberapa hari tu ada orang masuk meminang dan aku nikah dengan mamat tu. sabar aje lah..orang Sungai Petani dan aku memang tak kenal pun...Nauzubillah....semoga kebahagiaan rumahtangga kami kekal hingga akhir hayat...amin..iskhh rasa mcm ada konspirasi pulak...



Masa gi ALAMANDA ahad lepas, hunny dengan anak2 dok merayau dalam carrefour. Aku stuck kat kerusi urut OSIM Harmony. YA ALLAH sedapnya memang lega betul lepas kena urut tu. iskhh rasa mcm nak beli aje OSIM tu sebab ada monthly installment. Wahh dua hari ni aku masih berfikir2 lagi....sambil temgok TV pun dok berangan bestnya kalau ada kerusi urut tu...

Monday, March 13, 2006

Mari bergumbira :)

Aktiviti memerap di rumah pada hari sabtu - abaikan tarikh gambar tu yek lupa nak set kan. (Kalau teror spot trade mark family kami pada gambar deena ittewww :) )

I’m more than happy today *wink* coz I’m not alone (actually I’m alone in the office ramai yang tak de sekarang ni)…heehh thank you friends. That what friends are for *Just to make me happy* - muaahhh big hug and kisses (virtual) for all of you.

Weekend kami dihabiskan dengan segala aktiviti yang tak habis-habis. Saturday was a very mandom day hujat lebar giller. All plans tak menjadi. End up aku menghabiskan sisa2 waktu petang dengan mengemas, mengemop, menidur, melipat baju, memasak, menidur lagi, memakan dan perkara yang sewaktu dengannya sehingga aku rasa Sabtu itu rumah aku sangat bersih dan kemas. Apakah lagi tugas yang lebih sesuai untuk seorang isteri mithali selain dari perkara yang aku sebut di atas? Melayan anak-anak dan suami sambil bergolek gelantang di tengah rumah (bahasa melaka ni). Ikut hubby main helicopter kat padang then naik motor dan ronda-ronda sekeliling TS sambil bermesra-mesra – Di sebelah petang sangat bila hujan dah berhenti. That’s how I spend my quality time for Saturday evening sambil menjimatkan poket. Oklah tu at least something right.

Lepak kat Alamanda dulu

Hari ahad seperti yang aku selalu impikan untuk berhibernasi sehingga 10 pagi memanglah tak akan menjadi kenyataan. Seawal 7.00 pagi deena dan ilman dan siap mandi walhal waktu itu mama baru 15 minit cuba menyambung semula mimpi-mimpi indah. Addy ni memang rajin lah..muaahh thank you yang, kalau nak tunggu saya bangun mandikan bebudak tu mesti pukul 9.00 baru siapkan. Mcm mana nak tidur ni sorang nak main tong to dak mayang jambu sorang lagi dah duk ke duk ke duk kat perut mama. Malas-malas pun bangun jugak la…

Inilah gambar suamiku yang mithali ittewww..sayang awak muaaahh :)

Lepas buat breakfast kami melepak-lepak. Oleh kerana tengahari ada jemputan makan nasi dagang di rumah M maka secara rasminya aku mengisytiharkan hari Ahad tu hari cuti masak bagi aku. Sebelah tengahari kami berempat bersiap. Kerumah jiran yang selama ni aku kenal melalui email TS sahaja, so haritu dapatlah berkenalan dengan M dan isterinya yang kebetulan adalah kakak ipar kepada sorang kawan aku. Uisshh amatlah kecil dunia ini. Pusing-pusing kat situ jugak. Disamping tu dapatlah juga aku berkenal-kenalan dengan jiran-jiran lain dari lorong pokok pain (lorong orang kaya sebab depa lorong pokok pain). Lorong belakang lorong pokok getah…macam-macam lah diorang ni.

Jom main basikal...

Balik dari umah M aku bersiap-siap. Ni nak bayar semula janji dengan deena nak bawa dia ke Alamanda dan naik basikal di dataran Putra. Lepas solat aku siap-siapkan bekalan makanan, susu, minuman, jajan dan segala benda yang perlu diangkut. Kalau keluar dengan hunny bekalan makan kena cukup. Kami meronda Alamanda, keluar masuk kedai beli food dan air kat carrefour dan melepak seketika sementara menantikan hujan reda. Selepas Asar kami bertolak semula ke dataran putra dan aku menghabiskan masa melayan Deena mengayuh basikal dan hunny plak menjaga Ilman yang suka ronda sana ronda sini. Bila hujan turun semula cepat2 kami berlari masuk kereta. Tunggu sehinga hujan reda dn kami sambung aktiviti di dataran putra. On the way balik dua budak bijak sudah keletihan yang amatzzz sehinggakan mereka tidur dari jam 6.30 petang sehingga 6.30 pagi tadi…..memang sah letih bangeet

Saturday, March 11, 2006

Kebetulan lagi

Baru habis attend satu presentation pasal IP right. Kita cerita kemudian ok. Well aku pun masuk rumah baru juga. Previous layout susah betul nak adjust masukkan gambar, link and box, penat adjust sana sini specially nak tambah kat area blog description. Pastu bila dah buat ni alamak cam sama aje ngan blog isteri mithali itteww..ok lah kita geng kan MR tak kisah ke blog kita kembar tak seiras ni. Banyak benda nak tambah tapi slow2 ok.



Pagi tadi aku makan dengan geng2 kat tempat lama. Ada S, I dengan R. sambil makan mulut pun gatal ingin bertanya tentang ex team mate yang baru bersalin haritu. Anak dia lahir pada tarikh yang sama dengan birthday aku. Baby girl yang diberi nama Elisya Dania. Menyesal aku tanya sebab dua malam lepas aku ngaji Quran then I discovered this word dania dalam satu surah. Jadi dengan berbesar hati rasa ok dah jumpa nama yang lain sikit. So ingatkan nak reserve for my next baby kalau girl. Tengok2 dah ada orang letak…hmm selalu camtu. Dulu masa pregnant Deena aku discovered satu nama iaitu Antasya. Kalau tidak hari ini Irdeena Maisarah akan bernama Alyaa Antasya. Tapi tak jadi letak sebab Awie dan Arni Nazira letak nama anak dia axactly dengan nama yang aku nak reserved hmm anak dia lahir dulu dari Deena. Hmm tak kelas anak nama dengan anak artis :) heehh.


Boring tau tak kena kerja hari sabtu ni. Pagi-pagi aku kuo rumah, rumah jiran2 masih bergelap lagi. Semuanya sedang lena diulit mimpi. Kereta pun masih bersusun-susun lagi. Bila sampai highway tak perlu nak bergegas-gegas pecut, perjalana aku sangat lancar bagaikan highway itu aku yang punya. Kereta pun ada dua tiga ketul aje kat jalan. Kan ke best kalau hari Sabtu aku tak perlu kerja cam orang lain (kecuali hubby), boleh sambung diulit mimpi selepas solat subuh. Boleh bangun pukul 10.00 pagi dan rileks sambil kemas rumah. Bila lah gamaknya company ni nak cuti hari satu.



Dan hari ini bila orang sibuk nak bawak anak berenang-renang di swimming pool, berehat di Kondo PD, aku masih lagi terfikir-fikir tentang agenda kami sekeluarga.Hmm tak tahu nak berehat ke mana. Susah2 duduk umahaje lah. Aku tengok muka hunny, hunny tengok muka deena dan deena tengok muka Ilman. Oklah petang ni kita gi kenu kat Putrajaya jom..atau bawak basikal deena kita pi dataran Putra. At least something rite.

Friday, March 10, 2006

Anger Management

Hunny, deena and mama dalam sesi bertekak dan marah-marah
Ilman tak de sebab dia tak join kiraorang, dia kan anak mama yang mendengar kata...




Ini entry sebenar aku untuk hari ini. Aku memang tak de idea nak tulis apa sebab mood aku dah terbang jauh ni (mungkin nak bejot kot ni). Ringan-ringan aje hari ni tapi aku perlukan sedikit pendapat dari kawan-kawan bagaimana hendak mengawal short tempered aku lagi2 apabila aku sudah berada di saat2 sahabat baik ingin menjelma (bejot atau dengan kata lain period). Kot-kotlah korang ada amalkan doa apa-apa ke bacaan apa-apa tapi aku tidak mahu itu surah sepohon kayu occay (sila rujuk entry MR) . Iskh nak kata aku ni geng lalai idak le juga, kira kategori beringat le jugak kan..ada ngaji ada baca yaasin..ada nangis-nangis bila solat tetapi marah dalam diri aku sungguh senang dan sekelip mata boleh meletup. “Sorry yang saya bukannya nak marah awak saja-saja semalam tu. Nanti bila saya dah kelw tentu saya datang meleser semula pada awakkan. .Siapalah saya tanpa awak kan.” Saya tahu awak baca blog saya kan. Jadi bila cakap kat telefon dengan saya janganlah marah-marah mcm tadi - huaraaghhh. Tak suka tau. Aku malas nak elobarate korang bagi aku idea dan kaedah bagaimana aku nak control diri ketika sedang marah.


Aku kan sedang berusaha menjadi isteri yang lebih mithali dari MR kita kena baiki diri kita dari hari ke sehari. Aku nak jadi ibu yang lebih kewl tapi tegas…bukan senang tau nak mencapai tahap itu kerana aku masih muda, darah muda aku masih menggelegak hebat lagi pulak dicampur darah pahlawan Tun Fatimah. Lagi pulak background aku ni yang memang dah biasa memberi arahan dan memang sentiasa ingin orang ikut arahan sedangkan cik abang dan deena aku pulak jenis yang memang tak suka terima arahan. Kecuali adik Man aje yang memang dengar cakap mama. Sayang adik Man muaahhh I lap you darling. Baru setahun lebih dah faham bila mama kata jangan.

Tetapi sesungguhnya kedua anak beranak itu memang berkomplot untuk mengenakan mama (padan muka mama asyik marah-marah aje kerjanya). Itulah yang kadang-kadang tekanan darah mama terus malambung tinggi sampai ke peringkat ultra ubun-ubun. Bahaya ni sebab tu aku nak cari jalan penyelesaian segera. Aku nak cari kaedah atau cara macam mana aku nak tuned semuanya supaya bila aku minta tolong atau minta buat sesuatau dari hunny atau deena, dan sekiranya diorang refused nak buat aku tak de nak meluap2 secara tiba-tiba. Oh tolong lah daku. Kadang-kadang dalam kelembutan tiba-tiba jadi keributan. Apa itu apa bising-bising iteewww..rupa-rupanya mama sedang marahkan deena.


Tak best bila marah

  • Aku tak cakap ngan hunny dan of course hunny akan buat dek aje ngan aku 2-3 hari
  • hati aku sentiasa sakit dan semua benda tak kena di mata. Ada aje yang tak betulnya– ala korang pun pernah rasa kan
  • Cakap pun nak marah aje. Tanya sikit pun tak boleh nak jawab dengan baik.
  • Kalau nak ajak hunny pi mana-mana aku pun takut nak cakap – padan muka aku
  • Nak meleser2 mcm biasa pun takutt- takut kena reject heehh hehehh

Jadi kesimpulannya marah itu memang tak bagus untuk kesihatan suami isteri dan anak-anak.
ok itu sahaja kisah marah aku pada hari ini. Kan best kalau boleh senyum aje walaupun hati tengah marah meluap-luap….tapi sekarang ni dah kira occay sikit sebab banyak yang dah di kewl kan…kalau dulu…usah diungkitkan..bantal pun melayang-layang di udara

note: Mak kat opis ni tak keluar pi mana-mana pun. Ni semua pasal minyak mahal..padahal MV tu sekangkang gorilla/big foot aje dari opis mak ni...tamatlah riwayat waktu berfoya-foya mak setiap Jumaat :(

Cerita Bergambar untuk hari ini

*Sekadar untuk santapan mata dan halwa minda*








Thursday, March 09, 2006

Aku yang short tempered

Ini gambar aku masa main netball johan kebangsaan 1987 - Cuba teka yang mana satu aku :)

Aku missed Mya Zara malam tadi. Petang semalam beberapa perkara yang memenatkan telah terjadi. Aku balik kerja sambil memandu bersama deena, masa tu dah sampai Tmn Impian Ehsan, macam mana aku boleh lupa yang aku patut kutip duit sewa rumah hari ni. Sejurus lepas tu penyewa call. “akak datang kutip sewa rumah hari ni ye”. “Ok kejap lagi akak sampai”. Nasib baik belum sampai rumah kalau tak tentu malas nak pergi semula. Aku berpatah balik dan terus ke rumah lama kami jaraknya dalam 1km aje. Lepas kutip duit sewa aku order roti canai 4 keping. Rasa mcm malas nak masak hari ni cukup ke makan roti canai ni. Oh sungguh aku amat keletihan. Bila aku masuk kereta semula tiba-tiba deena kata .”Mama kakak berak”. Aku oklah berak ajelah sebab anak dara aku pakai diapers. Lepas tu deena kata lagi. “Mama tahi kakak jatuh bawah”. Aku terkejut beruk kejap. “Alamak macam mana boleh jatuh bawah ni kakak” kata aku pula. Aduh…semakin penat bila keadaan jadi begini.


Nasib baik le tahi deena tu keras jadi tak de lah habis kereta aku. Jatuh plak terjelepuk atas payung yang aku letakkan kat tempat kaki .Sabar ajelah. Rupanya penjaga kat taska pakaikan diapers deena tak betul. Hmm nak kata anak aku pakai diapers cikai tak jugak. Magic tape lagi, tak pernah plak sebelum ni deena kencing atau berak benda tu tembus. Memanglah nak tambahkan lagi satu kerja aku. On the way balik aku suruh deena berdiri saja sampai anak dara tu mengeluh. “Lenguhlah mama diri lama-lama. “ Sampai rumah aku minta tolong hunny uruskan deena. Selesai satu benda. Thank you yang..aku ada buat salah ngan hubby sebenarnya….huargghhhh


Aku siap2 pulak nak bersihkan kereta. Memang dah kotor yang amat kereta aku…keluarkan payung buang apa yang patut cuci alas kaki…hmm memang lah amat memenatkan. Membersihkan kereta dari depan sampai belakang. Belum sempat nak duduk since balik kerja dah nak kena buat benda2 yang mengerah tenaga aku dalam keadaan physical aku yang memang very exhausted. Habis basuh kereta hari pun dah maghrib. So memang aku tak masak. Maknanya hunny nak makan dia kena masak sendiri apa yang patut (selalu pun camtu gak).


Lepas sembahnyang aku dok cari manalah roti canai yang aku beli tadi. Alamak aku ni terover sensitive betul malam tadi…cari punya cari tengok2 roti ada kat atas TV. Kuahnya kat dalam bilik sembahyang. Mungkin aku penat, tak larat lagi, lapar pastu bila tengok camtu memanglah dah tak tahan sangat. Jadi aku pun mulalah bising kat hunny. Marah-marah tapi memang patut aku marah, bukan ke selalu bila nak makan letak dulu semua benda dalam pinggan atas meja. Ambik portion masing-masing dan tinggalkan pada orang yang belum merasa. Tapi malam tadi tidak. dan memang aku dah marah kat hunny malam tadi. Marah lah bukan main-maian bukan marah manja-manja marah betul2. Lepas marah dah aku dan hunny diam hanya suara anak-anak aje yang kedengaran.


Aku dah memang letih malas nak layan, malas nak berfikir dalam keadaan marah jadi pukul 9.00 aku ambik bantal aku landing dan tidur. Lepas tu tak tahu apa yang berlaku pukul berapa anak2 tidur, sedar2 pukul 4.00 Ilman nangis nak susu. Tapi bila bangun pagi tadi semuanya dah ok…ohhh aku ni memang short tempered betul…nasib lah hunny tu jenis yang sabar jugak.

Wednesday, March 08, 2006

Aku dan Loteng

Ini gambar aku tahun berapa daaa...aku pun dah lupe...style rambut zaman dulu2 belah tengah.. :)

Siapa yang ingat cerita he man, shira, thunder cat, super grand. Kalau korang ingat itteww beerti kamu membesar sezaman dengan aku.Ni antara pengalaman nakal aku yang memang aku tak akan lupakan. Aku masa darjah 6, pakcik adik ayah kawin (pakcik aku yang kerja kat GH tu En Dzirhans). Pada petang sebelum majlis berinai besar aku adik-adik aku and cousin2 aku main shera and heman…apa kami buat. Aku terjun dari serambi umah makwe pantai ke tanah. Iskhh macam lelaki le aku ni masa kanak2 dulu.Patut anak dara aku lasak semacam.

Tapi oleh kerana umah makwe kat area pantai, kawasannya memang berpasir oleh kerana itu makin galak le untuk terjun sebab bila jatuh di atas pasir pastinya kaki tak terseliuh ataupun sakit. Lepas puas terjun dengan jerita shera dan heman aktiviti diteruskan dengan bergaduh bersama budak2 kampung kat pantai tu. Budak2 kampung ni depa suka buat kacau ngan kitaorang. Uisshh aku memang melawan habis malah lebih hebat memukul berbanding cousin2 aku yang lelaki (main netball wakil negeri jangan lupe ittewww) debus-debus aku tumbuk diorang, budak lelaki pun aku belasah gak. Diorang tu nakal sangat suka buli dan ejek kami…memang tak leh bercampur cousin2 aku yang sumenyer budak KL yang hebat itteww. Kecuali aku adik beradik budak kampung yang tough tapi comot :)


Umah makwe ada peran (bahasa melaka) atau loteng. Jadi dah puas main lompat2 kami main plak pondok2 atas loteng..Siap angkut tali, cadar dengan selimut konon nak buat khemah atas tu. Gedengung gedegang umah nenek aku macam nak goboh dibuatnya oleh kami2 ni semua. Oleh kerana terlampau seronok main atas peran, kami main meniti atas alang kayu yang merentang dari bilik pengantin ke peran. Aduh waktu ni masing2 cuba menunjuk skill titi atas kayu yang lebarnya dlm 30cm. Kami meniti sorang-sorang dari hujung sana ke hujung sini. Bila tiba giliran aku, kami dengar makwe macam marah dari tengah rumah. Alamak panik-panik cepat2 titi kang makwe naik atas mampus kita semua kena libas. Dek panik yang teramatzz waktu ittewww maka aku dalam keadaan yang sedikit berlari cuba meniti semula ke arah peran. Entah bagaimana gamaknya aku terlepas pandang masa berlari anak sedar2 satu kaki aku telah terlanding di atas syiling bilik pengantin. Apa lagi gang kecebus kebabooo….disusuli satu bunyi yang sangat kuat seperti benda pecah.

Masing-masing dah berpandangan dan ketakutan. Aku lagilah dengan darah yang tersirap nyaris jatuh ke bawah. Mujur aku terduduk atas alang kayu tu kalau tidak harus dengan aku2 terlanding baik atas katil pengantin. .Perlahan aku tarik kaki kiri aku keluar dari syiling. Wah aku tengok peha kiri aku sreeett tergaris luka dari pangkal peha sampai ke takat lutut ambik dan darah mula terbit dari kulit yang dah tertanggal. Kat bawah dah kecoh satu umah syiling runtuh. Oh sungguhlah nakal aku waktu itu.

Diakhir kejadian beberapa barang hantaran pakcik habis kotor dihempap serpihan syiling. Nasib baik majlisnya esok jadi sempat le mak2 saudara aku membega2 kan semula hantaran tersebut. Pada masa tu aku memang takut yang amat free2 aje kena marah ngan makwe dan mak. Selepas kejadian itu aku menjadi lebih feminine sedikit. Oh tobat aku tak main lari2 lagi atas loteng.

Tuesday, March 07, 2006

Tipah tertipu bang

Untuk menulis entry hari ini aku memang kena menarik nafas panjang berfikir lama sikit dan mengawal kemarahan. Semuanya berlaku sekelip mata dan alhamdulillah kalau tidak kerana ketegasan aku malam tadi memang sia2 aje hunny mengorbankan RM3000 duitnya kerana dek mulut manis jurual yang bangang itu. Oh tidak…dalam pada aku menentang kuat perkara bodoh seperti ini tak sangka pulak suamiku yang bijak pandai itu nyaris menjadi mangsa


Semalam aku training kat Subang tetiba cik abang aku call. “Free ke nak cakap ni. Boleh tak teman saya pergi Subang Jaya petang nanti?” . Aik apasal plak ni tiba-tiba aku tersyakwasangka…panjang lebar mukadimah cik abang aku pasal kenapa dia nak gi SJ tu sambil beria bercerita dalam phone.”ala pergi sekejap aje kita tengok dulu, betul kali ni lain. Ni bukan gores dan menang tu”. Penat dan berbuih gak aku nasihatkan dia. “Malas lah yang, tak payah pergi lah tu semua tipu aje sama macam yang kak Zaharah masuk tu”. Aku dengan alasan aku yag tersendiri. “Tak payah bayar”. Kata hunny lagi. “Dapat kete, ada kancil, ada V6, paling cikai duit RM8000”. Aku kata lagi “mana ada orang yang kaya dengan senang mcm tu yang”. Memang pelik betul hubby aku kali ini tak pernah-pernah dia buang tebiat macam ni.. Segagah-gagah dan secerdik-cerdik dia tu tertipu juga dengan jurual yang baru berusia 17 tahun.

On the way balik kerja aku singgah SCP. Tengah-tengah shopping tiba2 aku dapat 4 sms berturut-turut dari hunny

  • balik awal sikit tolak 6.45 sembahyang Maghrib kat Subang Jaya. Nak sampai sana 8.30. Tolonglah kali ni aje, saya nak rasa mcm mana tertipu – ini arahan ke ni kata aku dalam hati.
  • Dia suruh pakai cantik2 untuk ambil gambar masuk surat khabar. Check pemenang utusan 11/2. The Star 18/2. Bukan nak kaburi mata
  • Hadiah yang tinggal Perdana V6 x 2, TV Sony Wega 42” x 5, Kanacil x 5, Microcomputer Stovex x 1 (yg ni kalau dapat terus balik) dan RM8000
  • Last sekali tak nak pergi tak apa.



Aku memang suka option yang last tu…aduh Salihah, tapi aku sungguhlah kasiannkan suamiku yang tercinta yang sungguh sangat beria-ia nak menang itu ini bagai dan nak cuba menjadi jutawan dengan cara yang mudah. Memang aku ingin menjadi isteri mithali mengikut segala kehendak dan mematuhi segala arahan suami. Aku ingin menyokong segala keputusan hunny . Jadi dalam hati yang memang berat yang amatzzz maka aku gagahkan juga kaki ini menemani cik abang aku ke USJ just for the sake untuk bagi dia puas hati. So kat dalam kete tu mula lah kami berlawak bodoh mengangan kan benda yang aku pasti memang tak akan berlaku. Hunny kata mungkin kete kancil kot..aku kata taik kancil pun dia tak kan dapat percayalah dan kami gelak2 lagi. Mula tu dia kata kedai tu kat Summit. Lepas sembahyang Maghrib kat Masjid USJ dengan langit yang mendung dan hujan renyai-renyai seakan tidak merestui langsung keputusan kami malam tadi kami ke Summit USJ. Sampai sana kedai tu dah tutup. Hunny memang fail bab planning ni. Bila dia check balik resit actually kedai tu kat USJ 10 Taipan. Mak dah bara dah time ni u oals tahu tak. Perut pun dah berkeriok kelaparan.


Oklah mak malas nak gaduh mak ikut ajelah apa kehendak hunny..kesian sungguh mak tengok hunny yang memang beria benar nak pegi dan mencari kedai tersebut. Peliklah I never saw him like this before. Kami sesat kat USJ 9, dan akhirnya kami jumpa kedai mangkuk tu di USJ 10/1D bersebelahan The Chicken Rice Shop. Take note ye u oals semua. Supaya lepas ni jangan jadi mangsa seterusnya.


Mak kata kat hunny, “yang saya tunggu awak dalam kete, malas saya nak naik”. 10 minit hunny masuk kedai tu lepas tu dia turun semula bersama jurujual yang menjual pada dia. Rupany tanpa pengetahuan aku cik abang aku yang sungguh cerdik itu telah pun mendepositkan RM100 kepada budak hingusan itu pada hari Sabtu yang lepas. Hmm nasib baik aku tak de rumah masa tu sebab aku balik kampung, kalau tak harus budak iteeww mendapat maki hamun free dari mak. Lepas tu hunny pujuk. Jom lah naik kejap. Kejap aje. Aku ni memang lah dah tak selesa dengan baju kerja bagai. Oklah sekali lagi isteri mithali yang tak pernah ingkar arahan suami. Kami berempat naik atas. Aku masuk kedai tu aku dah dah terasa tak sedap hati sah this is the same scheme yang ayah kena tipu RM2900 untuk kerusi massage yang buduh itu, and also makcik Ida yang telah tertipu dengan water filter bagai RM3500. I don’t know how much kak Zaharah dah kena tipu.


Kami dibawa masuk ke satu bilik kecik yang konon2nya digantung gambar pemenang2 dengan replica kunci motor dan kereta. Ada sorang apek yang muka pun mcm penagih dadah , dengan mamat jurujual yang mcm tak lulus SPM.”Duduk kakak” . Apek penagih dadah menyapa. Aku dengar aje dia cerita kat hunny. Pastu aku kata, bukan saya dengar benda ni banyak tipu orang ke? Direct aje aku sound. So itu apek penagih dadah pun bagi lah berbagai alasan yang sungguh menjijikkan telinga aku mendengarnya tergagap2 nak menjawab. Oh ya ALLAH aku nampak rupanya hunny dah sign form tu nak bayar RM3000 untuk 3 barang bodoh dan membolehkan dia membuat cabutan untuk hadiah2 grand seperti yang dinyatakan.. Malas aku nak tunggu aku mesti bertindak sekarang aku capai tangan deena dengan selambanya aku keluar dari bilik ittewww dengan machonyer.


Dan alhamdulillah nasib baik I’m the one and only CC holder, dan alhamdulillah jugak en hunny bunny bunch tak bawak cash yang menimbun. Malas aku nak layan aku tunggu cik abang di dalam kereta dengan hati yang meluap2 tahan volcano aku harus control marah supaya perang tidak berlaku di dalam kereta. Ohh sungguhlah menyedihkan kejadian malam tadi dan memang aku tak akan lupa sampai bila-bila. Oh lah en hunny bunny bunch..lain kali tolong lah convince timbalan menteri kewangan awak ni dahulu sebelum awak nak sign apa-apa form. So u oals kat luar tu jadikan lah iktibar perkara yang berlaku pada kami malam tadi. I wasn’t good at all buang masa and quality time kami anak beranak, buang duit minyak, buang tenaga kami. End up hunny rasa menyesal duit RM100 terbang mcm tu aje belanja aku makan lagi bagus, kami pun perang mulut sekejap dalam kete tapi knowing me very well aku ni kan penyabar yang amatzzz jadi berdiam diri tu adalah lebih baik. Demi awak yang..apa-apa pun boleh…tapi ni sekali aje lah yek….lepas ni ya ampun…

Monday, March 06, 2006

Tengah training


*Awek GP Joran - Berita Harian *
* Adik Man yang encemmm gitewww*



Aku sekarang sedang bertarung dalam kepanasan seperti cacing didalam bilik training kat Subang jaya. Jangan tak caya sanggup makan cepat-cepat sebab nak update blog punya pasal. Kemaruk betul. Aku ada training harini. Last minute training sebab email pasal training ni aku dapat pada hari Jumaat. So lunch time kami round cari kedai makan. Mulanya dah stop kat Secret Recipe untuk makan tapi tak jadi plak budak berdua ni, akhirnya kami makan kat restoran Rafi. Cuaca panas yang amatzz tak tahan mak. Ni pun berpeluh-peluh dibuatnya walaupun dalam aircond.



Weekend kami di kampong memang lah sesuatu yang indah sebab dapat tengok umah dapat tengok kebun. Kampong aku best laa. Cuma kurang bahagia sikit sebab hunny tak de disamping kami untuk meronggeng bersama. Aku suka aje kalau balik kampong. Petang-petang kami 4 beranak naik motor kriss ngan hunny sampai pantai cari port yang redup, bentang tikar dan melepak anak beranak sambil mendengar deruan ombak syok sangat. Kat kampong walau tak buat apa sekali pun memang seronok. Lagi seronok bila tengok kebun aku tu dah terang benderang di kemas oleh mak dan ayah. Last weekend mcm dah janji2 plak. Semua balik umah mak termasuk adik lelaki aku yang kat trengganu kecuali adik lelaki yang kat hostel aje tak balik.



Hari ahad tu kebetulan Berita Harian buat GP Joran kat pantai Puteri. Selamat datang ke Pantai Puteri…kalau korang sesat ke Melaka..singgah Pantai puteri untuk mandi-manda pastu pekena Yong Tau foo sup yummy….So pagi tu lepas kemas rumah dan masak (mak dengan adik aku Ana yang masak) aku basuh baju dan sidai baju serta kemas rumah. Lagi sorang adik pompuan aku tu dia ada malesss sikit so dia buat dek aje bila orang buat kerja biasalah tu. Kami pun pack2 makanan, kebetulan haritu mak masak lada…memang le feveret kami… then berangkat 2 kereta ke Pantai puteri. Makcik dan pakcik memang dah ada sebab pakcik masuk pertandingan GP Joran tu. Kira cam berkelah bila ramai ke sepupu sepapat aku serta makngah anak beranak pun join sekali. Kira cam best lah jugak melepak pasang khemah, makan-makan sambil tengok orang ramai dok memancing. Nanti bila sempat aku masukkan gambar masa GP joran nanti.



Entah apalah yang best sangat balik kampong aku pun tak tahu…hunny pun sama berebut2 nak balik kampong dia sampai kekadang tu bermasam muka gak kami sebab selisih pendapat berapa hari nak balik Muo berapa hari nak balik Melaka. Lagi-lagi kalau jumlah cuti tu ganjil. Yang peliknya tu balik kampong pun bukan buat apa sangat. Hunny selalu balik kampong pagi kalau hari tak ambik kelapa sawit dia akan tolong mak atau abah gi noreh. Aku plak balik Muo memang kena jadi chef. So kerja aku memasak mengemas rumah selain dari menguruskan Ilman dan Deena. Selebihnya mengadap ASTRO. Cuma belah petang kami ronda-ronda kampong naik motor, pi tengok lombong yang airnya kehijauan. Atau pun kami pi pekan kundang makan aiskrim bawak deena dan Ilman gi taman mainan dan tengok sungai.



Kalau kat Melaka camtu jugak cumanya Melaka ni best sikit sebab nak gi shopping tak lah sejauh berbanding dari Kundang Ulu nak ke bandar muar. Kat Melaka di selain dari tempat macam mahkota Parade tu kami suka gak ke Melaka Central atau pun kalau korang ke Melaka jangan lupa singgah ke Cowboy atau Sakan di masjid Tanah. Rambang mata dibuatnya Cuma sediakan pulus aje. Tahu2 duit kuo macam air.