Aku zombi kerana tak cukup tido. Deena petang semalam masa ambil kat taska badan dah tak berapa sihat. Kawan2 dok nyanyi dia nyanyi juga tapi tak aktif seperti selalu. Bila rasa badan dia sah nak demam lah ni. Sampai umah petang semalam terus bagi dia makan ubat demam. Bila dia dah rasa lega sikit mulalah nak ikut addy gi main helicopter kat tepi tasik. Nak larang pun payah, so aku biar aje dia ikut hunny pi main heli. Aku plak dok sibuk bertungkus lumus memasak dia dapur. Masak simple-simple aje. By the time addy balik main heli lauk semua dah siap. Rutin harian biasa kalau tak beli lauk.. Kalau beli lauk rutin aku petang2 turun taman maianan. Beriadah bagi berpeluh sikit.
Lepas maghrib aku siap-siapkan dulu beg sekolah budak berdua ni, masak air then siapkan nasi dan suap mereka makan. Part nak suap makan ni memang tough sikit pasal adik Man dah biasa dengan addy nak makan suap sendiri. Tapi aku ni malas sikit nak bagi Ilman makan sendiri sebab nanti makannya tak seberapa teraburnya lebih. Mama dialah yang penat nak kena mengemas nasi yang terabur. Lama juga bujang aku tu menangis merajuk sebab nak makan sendiri tapi last2 bila tengok kakak makan dengan mama nak juga dia datang mengendeng. Tapi mesti kena pandai pujuk “cakap pandainya anak harimau makan auuumm” baru le nak buka mulut si bujang tu.
Pastu kemas umah sikit-sikit, kat living area dan terabuh dengan bantal. Aku jeling aje kain baju yang dok berlonggok atas sofa. Uishh malasnyer nak lipat, biar ajelah dulu bila rajin nanti aku lipat. Dah 3 hari dok terperap atas sofa tu, kalau ikutkan sakit mata memanglah sakit tapi malas punya pasal biarlah baju tu berkulat kat situ :) (inilah antara dilema di saat kemalasan melanda). Lepas settle kat bawah aku naik atas. Kalau dah naik atas memanglah tak turun2 lagi jawabnya.
Malam tadi ntah apasal agaknya mata ni takmo tido. Puas le aku dok nak pejamkan mata tapi tak leh gak nak tido. Last2 aku melayan tv sampai pukul berapa pun tak sedar. Selang sejam lepas tu deena start merengek. Aku rasa kepala dan badan dah start panas semula. Hmm nampaknya kena berjaga lah jawabnya kalau camni. Seperti biasa kalau anak aku demam aku memang tak leh tido, tak leh dengar diorang bunyik sket so automatically aku terjaga. So aku basahkan rambut deena, basahkan badan bawah ketiak dan biarkan dia tidur, aku pun lelap sama. Sejam lepas tu deena terjaga lagi..3-4 kali gak deena terjaga sampai la alarm aku berbunyi pukul 6.00 pagi.
Kalau ikut petua mak anak demam jangan mandikan. Tapi petua aku anak-anak aku demam memang wajib aku mandikan. So pagi tadi bagun tido terus bagi deena ubat demam yang kuat sikit. Terketar2 badan anak aku kesejukan. Pastu terus aku suruh dia buka baju sebab aku nak mandikan. Mulanya deena nak nangis juga sebab demam kan tapi aku kata “kenapa kakak nak nangis, kakak kan pandai, lagipun bukan kakak luka atau kesakitan”. Sebab aku memang tak suka budak-budak nangis tanpa sebab. Bila cakap camtu terus Deena tak jadi nangis. Maknanya dia faham mesej yang aku cuba sampaikan.
Beria aku mandikan deena sebab badan dia memang panas sangat. Nasib baik cuaca malam tadi agak panas so air paip pun agak suam2 kuku gak rasanya. Time nak pakai baju, Deena nak pakai sendiri, so aku pun bersiap untuk pakai tudung. Addy plak siapkan susu anak. On the way nak ke taska aku rasa badan deena dah ok sikit. Harap-harap petang ni deena dan ok lah sepenuhnya.

23 comments:
semoga deena cepat sembuh.. as usual kan kalo anak sakit maks mesti takleh tido ngan tenang..hiks..
mak mithali you!!
mmg pun zira ,klau anak sakit mak pun sama rasa
IV pun mandikan anak bila demam,sbb nak kuarkan haba panas tu
Bat,
standard la giteew kan...anak sakit mak yang tak leh lena..sama gak anak nak exam mak yang tak leh nak tido...
IV,
iye lah semua nak mithali nak berebut gelaran dengan MR..jadi tak nanti nak pi kenduri NIzam..nanti kita pakat2 occayy
Anak demam mandi lagi elok..tapi kalau anak selsema jangan mandikan...nanti lagi lah etrsumbat hidup anak itu
hi kopi salam kenal...
anak kita sebaya la ekkk sama laaa sekolah nanti...tp saya both pompuan...bila nak no.3 nih heheheheh
Limaunipis,
Ahah anak kita sebaya ntah2 sekolah sama nanti ceeeh cewah...anak kita sekolah kat kajang laa..
no 3 tulah dah plan22 dengan MR ingat nak membuyung tahun depan. InsyaALLAH kalau ada rezeki amin :)
zino dapat satu ilham pasal baju berlonggok tak berlipat ni.. zino belikan hanger banyak minta anak dara tu pi gantung semua.. masuk kan dalam lemari abang2 dia tu..
jangan kisah baju sape masuk lemari sape.. hehe dah rajin sangat nak lipat..
sian.. anak dara demam eh.. cepat2 le kebah.
pakat2 la ye.. ada tiga minggu lagi..
zino,
heeh malu lah pasal itu memang kemalasan utama saya...banyak gak orang pompuan yang saa cam saya tak suka bab2 berkaitan kain baju...lepas ni boleh lah dipraktikkan tektik gantung menggantung ni :)
GT,
semalam petang ambil balik sekolah dah kurang sikit tapi still lah dedau tu masih ada. InsyaALLAH ada rezeki kami mai memeriahkan majlis hang nanti....
Kopisuam...anak2 kalau deman kita ibu bapa yang tak boleh tidur kan...kak lady ni kalau sikecit demam bangun beberapa kali rasa badan dia...& basahkan towel untuk letak kat kepala dia..& alhamdullillah selalunya kaedah tu berkesan...
Pasal baju tak berlipat...heheh...kak lady ni...kalau lipat baju tak boleh lipat tghari...kene lipat memalam masa tgk TV...sebab kalau tghari nanti akak boring sampai boleh tertidur atas longgokan baju...kak lady ni memang lemah sikit bab kerja-kerja yang duduk aje...mengantuk...tapi kalau duduk sambil blogging sampai jam 3 pagi pun tahan lagi...hahahah
zirap,
aku semua baju aku gantung.last2 hubby aku pon ikut stail aku t shirt semua gantung hahahaha senang ati aku..
suruh la aku buat apa sahaja aku sanggup tp jgn suh aku lipat kain...tolonnnn....tolon..... mmg le aku maleh heheheh
Ciyannya deena dmm..hrp2 cepat sembuh. Kalau bdn pns mcm tu mmg risau takleh tdo sgt.
Kekekke..siap jd ank rimau tu. Hakimi pun cegitu gak. Kena pujuk2 br mkn. Tp time selera mkn siap mintak nasik tak sempat nak idang. Mmg geram tgk dia mkn berterabur rumah. Tp kdg2 saya bia je (time rajin nak kms la tu..eheh)
Sweetnya dah ada spsg putera puteri. Pakat jg anaklah ya dgn hunny ;) Good luck perancangan membuyung tu..hik..hik..pssst! nanti MR ilangla gelaran ratu ek *hungga* = lari
Kak Lady,
Saya plak sebenarnya kalau time cuti suka lipat baju masa panas-panas. masa lepas angkat dari ampaian. kalau hari kerja jeling-jeling aje baju yang dok berlonggok atas sofa tu.
Ayu,
tgk org yang ghajin cam kita ni pun malas nak lipat kain baju apatah lagi yang tak rajin cam MR kuang..kuang..kuang..(mati aku kalau MR baca ni)...huaaa kalau depa buat baju pakai buang kan senang. heeh hehh
nznm,
ahahh sorang jadi anak buaya sorang jadi anak harimau...
dah ada anak dua memang kena pakat jaga ngan hunny...kalau jaga sengsorang memang takmoh dah nak tambah baby...heehh insyaALLAH kalau ada rezeki tahun depan occay...
MR hilang gelaran JR dia..heehh terbayang MR melambai tangan ala ratu dgn perut memboyot ke depan...kih..kih...kih
ks, tak pakaikan pelekat kool fever or bye bye fever ke? itu bagus utk cepat turunkan haba demam. jd kita tak yah susah2 nak tuamkan dia ngan tuala basah.
bab mandikan anak, doktor tak galakkan, tapi basahkan sendi2 n pelipat2 kat badan anak ngan air suam..bukan sejuk.
saya, kalau anak demam..melengginglah depa, mmg tak bagi pakai baju, supaya cepat haba turun.
ok deena, cepat sembuh ya..sian kat mama.
saya pun, bab melipat kain baju paling lemah..selalu saya cakap kat suami, kalau adalah robot melipat pakaian, lama dah suruh dia beli:)
yes , i kalau anak2 ada yg demam rasa gelisah. so far mmg ubat demam mmg sentiasa ada shj..
Zira, ni tips dari saya, sebab Najmi pernah kena 'tarik' masa demam panas. kalau suhu badan anak panas sangat, 39-40 darjah celcius, jangan mandikan anak, nanti dia menggigil dan badan terperanjat, otak boleh gagal berfungsi sat, dan itu yang menyebabkan dia kena tarik
seelokknya,
- bagi ubat dulu, kemudian, sejukkan badan dia dulu, ambil tuala basahkan dengan air, dan lap seluruh badan dia, bagi pakai seluar pendek je, lap saja, hujung rambut sampai hujung kaki, pelipat-pelipat...dan ketiak, basahkan kepala... tunggu setengah jam or sejam suhu dia turun, check suhu balik, kalau turun sikit ke 38 ke baru mandikan dengan air suam,
- petua org tua, basahkan ubun-ubun anak dengan air campur asam jawa...saya lap seluruh badan, Alhamdulillah, elok surut...
jangan leka kalau anak demam panas, takut kena tarik, saya selalu pesan kat kawan-kawan sebab kita dah pengalaman 3 kali anak kena tarik, tak sanggup tgk anak org lain pulak kena...
sebenarnya kalau budak demam elok dimandikan...bagi panas badan keluar!!
anak angah kalo makan, kena buat cam kapal terbang ler, halakan tangan ke mulut dia "terbang, terbang,terbang, masuk mulut" makan ler jugak..
angah pun mandikan dia kalo demam, cam kak pnut buat. kool fever tuh banding ngan asam jawa, asam jawa lagik berkesan nampaknya.
Kain baju ka? caraku mudah saja.. sidai guna hanger. Dah kering gantung jek, agak2 rajin lipat, agak2 malas amik jer. At least tak kedut sangat kalu 2 3 hari pun.
saya pun sama, kalau anak demam kasi mandi banyak banyak.
eh, sama plak nak cakap dgn anne. kalau budak2 ni demam pun, aku mandikan jek
member akak anak dia demam mesti kena "fit"....doktor pesan suruh titikkan air kat atas dahi malam2 time depa tidor....jangan lap sebab kalau lap tak de air yg nak jadi wap...bila ada titik2 air tu, badan budak panas, at least boleh meruap keluar (jadi steam)...so suhu badan boleh turun....
dan doktor tu pun pesan, kena mandikan...kalau pukul 1 pagi pun, if suhu tinggi sangat, mandikan.....
lipat kain? masalah akak hanya satu...selagi tak sama besar semua baju yg dilipat, selagi tu tak puas hati...last2 kasik maid je buat hehehehehe
moga deena cepat sembuh. Kv pulak, mandi kan dulu baru bagi makan ubat. Sbb tak nak panas ubat tu berlawan dgn sejuk air mandian.
semoga deena cepat sembuh...
huhuhu...terlepas pandang pasal membuyungs itu...oklah Zira kita buyung utk tahun depan occay...
Post a Comment