Friday, August 18, 2006

Duduk Tahiyat akhir

Kelas agama malam tadi seperti biasa. kami dah masuk rukun sembahyang yang ke 9 iaitu duduk tahiyat akhir. Sebelum kelas bermula semalam Ustazah Sulhi (anak Ustazah yang ajar kelas agama kami) buat praktikal sorang-sorang cara berwuduk dengan betul. Secara praktikalnya kami nampak dengan lebih jelas cara basuh muka, tangan, meratakan air di kulit kepala dan membasuh kaki dengan betul. Siap ada rotan lagi ustazah pegang. So dalam bab duduk Tahiyat akhir ni ustazah Azizah berceritalah tentang bagaimana asal usul bacaan tahiyat itu. Ia adalah kisah sebuah pokok besar yang indah dimana atasnya ada seekor burung dan dibawah pokok itu mengalir sebatang sungai. Burung ini tadi terbang dan terus menyelam ke dalam sungai dan terbang semula ke langit dengan titisan-titisan air jatuh dari bulunya. Seandainya bacaan bacaan tahiyat akhir kita betul (wajib belajar kalau kita tak pasti bacaan kita betul atau tidak) kena hukum tajwidnya dan betul sebutannya maka pahala yang kita dapat adalah sama banyaknya dengan tititsan-titisan air yang jatuh dari anggota badan burung tadi.
 
So malam tadi sorang-sorang kami ditest bacaan dan dibetulkan sebutan mana yang salah.Habis kelas ustazah bercerita pula sejarah Imam Ghazali yang sangat alim, warak dan bijaksana. Tinggi kasyafnya dan juga ustazah cerita tentang adik Imam Ghazali yang bernama Ahmad yang lebih pandai dari abangnya. Dan juga rasional serta kajian seorang Yahudi pakar urat saraf semasa zaman Rasulullah s.a.w mengkaji mengapa Islam menyuruh umatnya duduk tahiyat akhir seperti demikian. Maka bersetujulah yahudi ini tadi bahawa sekiranya duduk sedemikian rupa mampu mengelakkan seseorang itu dari terkena sakit kepala. Samalah seperti kajian pakar neurologi tentang sujud. Dimana hanya dengan bersujud mengikut waktu solat kita sahaja jumlah oksigen/darah yang sempurna mampu menerjah masuk ke dalam otak dan menjadikan kita lebih cergas dan cerdik. Itulah sebabnya anak sawal usia 5 tahun sudah digalakkan untuk ajar bersolat kerana boleh mengembangkan lagi minda kanak2 tersebut.
 
Aku belum lagi mengajar deena solat tapi selalunya bila aku solat deena dan Ilman memang ada sekali dalam bilik. Kadang-kadang saja aku bentang extra sejadah untuk diorang. Saja nak bagi pendedahan kepada diorang walaupun masih kecil. Samalah macam aku ajar deena mengaji. Bagi sesetengah orang mungkin terlalu awal tapi sebenarnya kanak2 seusia deena adalah masa yang sangat sesuai untuk kita ajar sebab otak diorang ni ibarat span yang mampu menyerap sebanyak maklumat mungkin. Hmm anak dara tu lagu serasi, gerenti beres dengan dealova (spelling?) bukan main rancak lagi menyanyi tak kanlah mengaji tak boleh kot. So far alhamdulillah..anak dara tu boleh lah baca Al-Fatihah dengan sebutan huruf yang jelas cuma tajwid aje yang belum berapa kena lagi dan 3 kul pun dah 80% lancar.
 
Cumanya nak ajar anak mengaji memang kena sabar..aku pun kekadang termarah-marah jugak sebab cik kak tu tak fokus langsung...lebih berkesan kalau kita buat secara konsisten la...macam aku ajar deena ngaji lepas solat maghrib sementara tunggu Isyak. Tak lama pun 10 minit pun dah panas bunt*t nak lari-lari. Kekadang tu kena jerkah jugak sampai sedu-sedu nak sebut huruf. Zaman sekarang ni memang tak boleh nak bergantung sangat kepada sekolah semata-mata. For me ini tanggungjawab parents juga tak kan semuanya kita nak bebankan pada cikgu. At least kalau kita dah ajar sikit-sikit kat rumah...bila masuk sekolah nanti tak de lah anak-anak kita terpinga-pinga di dalam kelas.
 
Tips of the day:
Tahukah anda jika anda terlajak membaca selawat atas nabi dalam tahiyat awal dengan menyambung ayat menjadi Allahummassalia'la saidina Muhammad... waala alahi saidina Muhammad maka anda wajib Sujud Sahwi. Kerana dalam tahiyat awal kita perlua baca sampai Allahummassalia'la saidina Muhammad sahaja.
 
till then...bye
 

7 comments:

Anonymous said...

mereka ke sekolah utk belajar bersosial selain menuntut ilmu.

thanks for the tips

ibuVouge said...

zira..makaseh ilmu..
nanti zira pi kelas lagi tulis dalam blog ya
IV dah beli muqaddam yg plastik untuk LA..tapi xtatau bila la ibu ni nak ajar..

baca entry nun di bawah
ko ngn hubby sama mcm iv dgn hubby selalu salah paham pasal kecik dan besar sesuatu masalah..
takpe zira..u r tough enough..

RaFFLeSiA MeRaH said...

salam perkenalan, me baru terbukak u nyer blog, lum sempat baca lagi, apepun...nice to meet ur blog...

Kaklong Syikin said...

betul tu KS ajar anak kecil ngan segala ilmu bermanfaat sejak kecil, sbb masa ni otak depa tengah berkembang (taktau istilah sains apa),so depa ni tahap celik hati nak terima segalanya.

Izhal said...

Assalamualaikum, salam kenal :)

menarik cerita tahiyat akhir ni...

soalan, ada tak ustazah cerita Nabi Muhammad baca tahiyat akhir macamana??? bahagian selawat keatas dirinya dia baca ke idak???

muslim yang mushkil ;)

Sir Mute Key Chicks said...

erm.thanks for the tip.hehe.aku suka betul cerita-cerita tentang rasullullah dan para sahabat.

Urut Hari-Hari said...

Tengoklah 30 minit Ustaz Don... tentang asal ayat Tahiyat itu...