Thursday, July 26, 2007

Bibik teruna

iklan dulu yek....
jom jenguk
http://arkedcyber.blogspot.com macam-macam ada

Aku dah ada bibik anak teruna yang kacak kat umah tu :) Heeh heehh abah dengan ajam ada kat umah malam tadi diorang sampai saiful hantar from gombak. So ada abah (FIL) kat umah maka aku kenalah bangun awal sikit siapkan sarap dan masakkan nasi. Yang aku dok kata pasal bibik tu sebab pagi tadi aku buat meehoon goreng untuk sarap. Kira mcm terkejar2 jugaklah aku so aku pun tak dan lah nak basuh saki baki pinggan mangkuk yang diorang makan malam tadi. Lepas lap2 dapur semua so aku just tinggalkan pinggan mangkuk tu kat sinki jemput abah and ajam sarap then aku pun bersiap2 untuk ke opis. Tengah dok siap2 tu aku dengarlah orang dok kelentang kelentung cuci pinggan kat dapur. Jenguk2 tengok anak teruna tu tengah cuci semua pinggan kat sinki. Aku senyum sendirian. Itu memang tabiat dia yang pelik sedikit. Sejak dia kena sakit ni dia jadi bertambah rajin. Masa aku balik cuti kat umah MIL tempohari pun dia macam tu juga basuh pinggan kemas meja, tolong sapu dsb bila angin dia baik la.
Abah may be dua hari dirumah aku. Mungkin Jumaat pagi adun akan jemput abah dan ajam balik kampong sebab abah Imam so nak kena juga imamkan solat Jumaat.Then hari Selasa abah datang semula sebab appointment anak teruna dengan doctor tu pada hari selasa. What I can say is kesian. Aku berani2 takut juga dengan mamat ni. Bila dengan aku dia macam serius giller….seriau dibuatnya. I just pray semoga dia sembuh seperti sediakala seperti dulu2. Bila dah jumpa doctor ni tahu aje lah. Dah diberi ubat penenang so dia pun mcm slow aje. Malam tadi masa diorang sampai aku tak de coz malam tadi aku ada kelas tajwid. Masa aku sampai dia kat dalam bilik. Bila dengar bising2 kami sembang dia kuar. Very slow, dia jalan pun berhemah aje. Duduk di meja makan bersama abah. I was sitting beside hunny kat sofa then ada saiful and liza kat bawah. Aku pun dok lah korek2 cerita pada saiful coz he was the one yang send ajam kat doctor that day. Bila aku tanya2 saiful dia nyampuk.”Apasal tanya2 orang, tanyalah tuan punya diri nak tahu apa-apa tanya je kalau tahu saya jawab kalau tak tahu saya diam” Gulp aku terdiam saiful tukar topic heeh hehe. Kelakar pun ada kesian pun ada.
Like this morning aku dah masak nasi so aku pesan kat abah kalau nasi dah kering terus tutup suis tu coz rice cooker aku ni pelik sikit kalau tak nanti nasi tu jadi garing satu periuk.then dia menyampuk ‘tak pe pesan kat saya pun boleh saya boleh buat”.Aku pandang abah, abah pandang aku then kami tersenyum. Dalam kereta on the way nak ke opis aku terfikir sambil bersyukur alhamdulillah terima ya ALLAH sebab kita tak diberi ujian seperti itu. Semoga mereka yang sentiasa diberi ujian oleh ALLAH akan sentiasa tabah.
Last 2 days I attended presentation skill course at IOI Mall. So tu sebab lah aku tak sempat nak update my blog. Overall course tu memang menarik sangat dan aku recommend la korang kalau nak carilah course seperti ni. Penceramah course ni Dr Alvin very young yet memang energetic and powerful. Basically buat presentation di hadapan ramai orang memang aku dah biasa but bila nak kena buat impromptu presentation dengan topic yang diberi is a bit tricky. This was yang aku tak boleh lupa on my impromptu presentation on the first day. Kitaorang kena tulis nama atas kertas kecik untuk undi siapa nak kena present. Kebetulan masa tu aku dok joking2 dengan siti fairuz. Then tetiba nama aku kena panggil. Ceh panic. So pilih topic in kategori a sebab dia kata senang tetiba aku dapat tajuk merdeka. Heehh hehh dua ayat aje aku dapat bagi. Malaysia will celebrate our 50th merdeka this Year. This event will be held in Putrajaya lepas tu aku mental block then terus blank a few second. Hampeh kira susahlah topic merdeka ni…tak terfikir nak cakap apa. Bila ting2 for seminit setengah aku terus masuk part conclusion..heeh hehh kira fail laaaa. Apa-apa pun memang seronk plus semua participant dalam group aku memang sporting2 belaka.

Till then

2 comments:

Mak Su said...

oh.. cam tu ker? otak kena fully prepared ler maknanyer ek

Kopi Suam said...

Mak su, kalau impromptu emmang kena get ready sokmo kalau tak sure blank giller. Iyelah samalah macam kita tengah duduk2 makana2 sembang2 tetiba orang panggil kat depan untuk berucap pasal kemerdekaan heehh heehhh....kalau orang poltik leh le kan :)