Friday, December 07, 2007

Cameron Highland Part 1

besstttnyyer. Pasar malam tanah rata
Sebelah malam suhunya mencecah 14 darjah. Peh sejuk giller berkelubung dengan dua gebor pun masih menggeletar lagi. Suhu ni dapat dari indicator yang ada dalam kete abang jad. Dah lama sangat aku tak sampai Cameron. Last time I was there masa honeymoon dulu…kuang…kuang…kuang almost 6 tahun yang lalu. Oleh kerana persiapan yang agak terkocoh-kocoh maka aku lupa sumbat towel dan juga baju sejuk dalam beg. Actually aku dah sumbat towel and baju tu tapi last minute tukar beg lain…maka tinggallah benda tu…Iyelah pagi2 kocoh2 balik dari pulau carey kan

Dah start nak masuk terowong ni

Austation kali ni kami naik sorento. Aku drive dari Sungai Buloh straight to Tanah Rata. Start masuk tapah mendaki sikit sepanjang nak sampai atas tu banyak sangat bekas-bekas tanah runtuh quiet scary jugak. Tapi alhamdulillah segalanya selamat. Kami check in kat apartment hill Inn di Tanah Rata. Sebab cuti sekolah rate apartment 230/night kalau hari biasa 150 aje kot untuk apartment 3 bilik. Cameron memang sejuk sebab sekarang musim hujan.


Pandangan dari dalam terowong ke atas / turbine
Malam kami makan kat kedai2 kat pekan tanah rata tu aje. Mula2 pi carik baju sejuk dulu. Menggeletar makcik malam tu sementara nak dapatkan baju sejuk sepasang. Lepas makan kami ronda2 kat gerai2 yang ada jualan ala2 petaling street tu. Mcm2 ada rasa mcm kat KL plak. Pastu balik melayan astro sat tengok kwek mambo anita sebab ada dr Fazley and wife. Pastu baru le tido dengan lenanya.

Mesin ni dah beroperai since 1954 sejak zaman CEB

Esoknya 7.30 kami kuo untuk breakfast then 8.30 kami turun semula ke JOR sebab nak cari Power Station seperti yang dimaklumkan. Oleh kerana instruction yang diberikan salah maka perjalanan yang sepatutnya sejam jadi 2 jam setengah. Kami nak ke PS Sultan Yusuf tapi instruction mintak kami cari PS Sultan Ismail mana ada kat CH Sultan ISmail kat Paka adalah :) Padahal masa aku call aku memang dah ada kat JOR pun tapi sebab nama sultannya lain maka kami turun teruskan perjalanan. Kami turun sampai ke Power station Woh Sultan Idris yang paling bawah. (Ada 3 power station sepanjang jalan tu). Akhirnya sampai JOR pastu dalam tu pun kami sesat sampai nyaris nak drive masuk dalam terowong ke power station bawah tu.
Ketiga2 unit gunakan Siemen machine

Maka bermulalah kerja-kerja installation kami. Berhenti sekejap untuk lunch dan sambung kerja sampai 5.30. Masa tu ingatkan dah selesai tapi ada problem palak dengan HA (high availability) server tak nak auto connect bila server satu lagi down. Last2 dengan bantuan central team problem selesai dekat pukul 6.00 dah masa tu. Solat pastu aku over excited sebab tadi tersalah nak masuk terowong. Jadi aku pun request pada engineer kat sana suruh bawak kami turun terowong tu.

Control room tingkat atas

Memang satu pengalaman yang berharga sebab dapat masuk bawah tu yang jaraknya dalam Ikm bawah tanah. Boleh tengok mesin bekerja jumpalah staff2 yang bertugas bawah tu. Seronok giler and memang adventure betul kalau aku dapat kerja kat bawah tu heehh heehh. All and all pukul 7.00 baru kami gerak semula balik ke tanah rata. Time ni memang dah letih banget…

If you're lucky you will find this 3 calit - sarjan with one nandek kat tengah. It's a sign yang kerja installation atau commision hardware tu dilakukan oleh orang2 india. memang banyak kat situ :)

To be continue…

4 comments:

Mak Su said...

kat sana banyak orang India kan

Anonymous said...

uih, adventure nye kerja. Kiteorg pegi cameron paling adventure pun naik bukit pi ladang strawberi ajer hehehe

NBK466 said...

Wah bestnya dlm bertugas sempat gak melancong.. Install apa ek kat terowong tuh?

Kopi Suam said...

Mak su
Kat company saya ni dulu2 memang ramai india. Tapi india dalam cerita saya ni memang pure india yang dibawa masuk dari negara India sebab nak install semua mesin2 yang besar2 tu.

Uda,
Nampak aje cam adventure..tapi tu bukan keje aku senonyer tapi keje laki aku camni le dunia dia hehh heehh..keje aku dalam cerita ini hanyalah sebagai tukang sibuk dan tukang karut..nama aje orang lektrik mcm mana lektrik tu di produce pun aku tak tahu..tu yang dok nak tgk tu..at least dapat pengalaman sambil berangan ohhh syiok jugak kalau aku jai engineer menyesal dulu tolak tawaran masuk UKM tak de rezeki nampaknyer.

NBK,
Saya tidak install apa-apa dalam terowong itu. Terowong itu adalah tempat di mana elektrik di jana menggunakan sistem turbin hidro (air)yang dihidupkan menggunakan enjin. Tak aci ni nak produce power tapi gunakan power yang dah sedia ada :) bukan mcm hidro power station yang selalu kita tgk kat tv tu mcm lembah bakun. Yang tu kalau KS ada rezeki bila ke Paka atau Sungai Perak KS akan cerita kan nanti di sini.

Disana kami buat installation PI software pada server. Itu aje memang tak adventure langsung pun kerjanyer sebab mengadap komputer aiseeyyy..