Tuesday, July 22, 2008

Fehh letih deh






Ho ho ho penat suit baru balik dari National GIS conference kat PWTC..terus pecut kete ke opis…banyak benda aku nak kena selesaikan…dua hari tak masuk opis tahu-tahu aje lah dengan email yang melambak dengan task yang belum assign kat bebudak ni lagi. Esok boss soh ganti attend briefing quality kat HQ ingat esok baru aku nak go tru my task list abis dah dari pagi sampai ke petang kat sana memang tak sempat lah jawabnya kat situ tak dak wifi free kalau tak boleh jugak bersambil-sambilan kan..at the same time our team busy dengan Mobile Field Force breakout session. Kami tak cukup kaki tangan geng tu jugak yang nak handle GIS geng tu jugak nak jaga MFFA geng tu jugak nak errand hal2 admin unit sampai aku tengok masing2 macam dah tak senang duduk dan tak cukup tangan. Last2 memang kena agih2 kan tugas betul2 lagi2 bila tarikh sesuatu event tu bertembung.


Jumaat ni dah sibuk ngan IT & T gathering. Since unit kami jadi host kali ni memang kelam kabut sikit minggu ni kami semua full house jadi nak squeeze masa sikit pun mcm tak sempat aje rasanya. Boss plak nominate mak jadi ketua coordinator untuk gathering ni…memang banyak benda la nak kena buat..iyelah nak ensure majlis berjalan lancar, semua staff turn up, food cukup contribution ada dsbnya. Kalau tak nanti mak jugak akan dipersalahkan. Ini demi menjaga nama baik unit kami yang sentiasa cemerlang didalam banyak perkara kat division ICT ni…hidup Geomatic heeh heeh


Weekend baru ni aku pi ambik stock kain..iye kain baru tersangat lah banyaknya..aku ambik dekat 2 kodi…nanti bila sempat aku upload kat gambar yek..kira2 ambik stock baru ni seribu lebih jugak modalnya. Kain2 ni aku akan jual dulu sebelum aku transferkan kepada supplier2 aku. Sepeninggalan aku ke KL deena dan ilman dijaga oleh hunny kebetulan sabtu tu cik abang cuti ganti..cuti apa yek..kalau tak selalunya bila aku ambik barang aku akan hantar anak2 kat tadika. Usually aku gi tak lama kul 9.00 dalam kul 1.00 aku dah sampai umah tapi since cik abang cuti dialah yang harus bertarung dengan anak-anak.


Rupa-rupanya tanpa pengetahuan aku..anak2 aku menjadi buruh kasar pada hari sabtu tu upahnya idak le aku ketahui berapa ringgit J iyelah since aunty mona nya nak pindah masuk umah…umah dia sebelah umah aku aje dia dia tengah dok membuat kerja2 mengecat bilik….hmmm tahu2 makcik tu hantar gambar anak2 aku tengah mengecat…patutu le masa aku balik sabtu tu baju anak2 putih2 kena cat…aku ingat diorang memain diorang mengecat….ni memang patut kena mintak upah ngan aunty mona kau ni. Tapi aunty mona tu selalu aje bagi upah pun kat bebudak ni kalau tak mengecat sekali pun.

Btw ingat tak yang aku citer aku gi Ampang Puteri sebab tengok kawan boss yang kena serangan jantung. En. Madi boss HR kami yang berusia 44 tahun telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu baru ni Al-Fatihah. Terkejut aku dapat berita tu sebab masa aku pergi melawat beliau pada hari selasa lepas keadaan dia masa tu memang dah pulih siap sempat kami bersembang sambil pesan kat dia berehat lah dulu cik madi..dia ni yang jenis kerja kuat jugak lagi dok bahagian HR memang stress sokmo, muka pun dah segar dan ceria macam orang sihat masa kami melawat tu. Kebetulan masa tu pun doktor kata dah nak pindahkan dia ke wad biasa. Sedih betul tak tahu lah siapa yang nak jaga anak2 dia 5 orang yang masikh kecik2 lagi..wife dia meninggal 2 tahun lepas...sebab masalah jantung jugak...puncanya wife dia terkejut sebab anak dia yang kecik kena hempap tv ..kalau tak silap aku ada cerita jugak dalam blog masa wife dia meninggal...sebab masa hari kejadian tu aku pergi jugak melawat ke umah beliau. Menurut sumber semasa sebelum beliau meninggal dia selalu sebut yang dia nak sangat jumpa isteri dia..Apa-apa pun Al-Fatihah semoga roh bliau ditempatkan bersama orang2 beriman.

Wokey mek dah penat mau permisi dulu..

5 comments:

wati said...

rajin nye, anak sapolah nie

PerantauSepi1306 said...

semangat mengecat bebudak ni.. sakan la comot baju ek...

Norae said...

Zira..

bz sungguh ko sekarang nie yeaa.. bukan main rajin lagi, anak ngan mak.hehhe..

jangan lupa acara gedik santai kita kat uum tu yeaa :)

ya2 said...

Zira,

rajin betul anak ko ngecat.tu kalu anak aku abis dicopnya dinding tu dgn tapak tangan dia.hehe

eh aku sedih la baca citer kawan ko, arwah en. madi tuh.yelah, sian kt anak2 dia.sedihnya..

NBK466 said...

Leh repot kat Labour dept nie...guna buruh paksa bawah umur..he.he..he..