Tuesday, July 26, 2011

Resume & Ibrahimovic

Allah mcm nak bagi petunjuk aje pada aku. Tetiba terajin plak nak bukak website HR pastu tengok ada pulak jawatan kosong yang depa advertise untuk gred aku. Basically orang apply post because nak naik pangkat but me apply for beberapa reasons but the most important thing is officenya di ILSAS dan jaraknya hanya sekangkang kera dari rumah. Dah lama aku aim any post di ILSAS banyak benefit opis dekat rumah yang paling confirm adalah penjimatan tahap maksimum dalam dunia yang semakin mahal hari ini. Dengan lafaz bismillah aku pun mula menaip butir-butir resume yang diperlukan. Mudah-mudahan ada rezeki lah hendaknya. Rezeki Ibrahimovic junior...amin mohon korang doakan bersama ok. Rasa macam ada instict kuat for this post....kalau betul alhamdulillah.



Now dah tahu jantinanya coz I call him Ibrahimovic sama mcm abangnya Yusuf yang kebetulan memang suka giller main bola sekarang. Aku dah 7 bulan lebih lagi dua minggu start jumpa doktor Raz pulak. Sekali lagi instinct aku sebagai ibu tepat sebab diawal pregnancy dah terasa aku kandung seorang lagi jejaka kacak idaman malaya :). Jadi sisa2 sebelum bersalin ini harus aku gunakannya sehingga ke titisan kudrat yang terakhir bolleeehhhhh :). Ada dah susunan agenda yang sedang beratur dalam kotak fikiran aku.




Ironinya agenda itu semuanya agenda untuk menghabiskan duit. Nanti aku berkira-kira rasanya 85% darinya adalah agenda habis duit demi keperluan dan selebihnya adalah keinginan more or less akal ku yang waras kata lulus :) pasal % keinginan tu sedikit, lagipun sekali sekala kan.






Ibrahimovic membesarlah kamu anak dengan sempurna sifat zahir batin, fizikal mental rohani dan jasmani. Mudahkan lah urusan mama untuk malahirkan kamu nanti. Jadilah kamu anak yang soleh menjadi kebanggaan agama bangsa dan negara. Semoga kamu lahir sebagai anak yang genius,cerdik, bijak, pandai hensem kacak dan cantik. Semoga sentiasa cemerlang dan gemilang dunia dan akhirat. Semoga rezeki kamu melimpah ruah dari langit, laut dan bumi dan semoga segala yang baik-baik belaka itu adalah milikmu. Amin. Pada siapa lagi aku nak mintak semua ini kalau bukan dari ALLAH. Alhamdulillah.


Good luck and all the best to kakak untuk exam permata pintar 2 hari Khamis ni. Caiyoookkk Irdeena Maisarah

No comments: