Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubarak buat semua, semoga ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima ALLAH hendaknya amin.


Tahun ni ala-ala tak berapa sexcited dengan bulan puasa mahu pun raya. Aku lah pasal mood bersalin tu lebih mengatasi segalanya. Selagi yang ni tak selesai semuanya rasa serba tak kena maka tahun ni Ramadhan dan Syawal akan disambut secara sederhana sahaja. Selebihnya nak fokus pada dua bulan yang akan mendatang. Hmm terasa dua bulan itu begitu lama masanya semoga aku bertabah dan terus berjuang..semoga ALLAH permudahkan segalanya. amin


Dalam tak berapa nak sexcited baju raya family dah siap pun aku beli masa kunjungan makcik wokzs ke jln TAR sebelum puasa tempohari. Selesai dah misi baju kurung dan baju melayu raya. Untuk aku..nak aim jubah kaften sehelai dua warna harus matching ngan kaler light green tahun ni. Ini pun bergantung kepada sisa-sisa kudrat yang masih ada. Kalau gagah untuk menyongket dengan pompuan kaya kelang maka akan adalah baju raya untuk ku kalau tak pakai saja jubah yang aku beli masa di Mekah dan juga di bandung dulu.Boleh ke raya takde baju baru ni :)


Lagi satu anak dara request bajunya untuk disulam bunga atau dijahit manik. Itu harus ku angkut juga kesana. Kalau ada jenis yang tekap tu selesai cerita. Anak dara komplen baju kurung dia plain ajer...Lagi ku fikir tahun ni raya tak perlu beria. Turn umah Muo..raya tak berjalan ke mana pun adik-adik berkumpul semua kat umah mentua. So kalau takde baju baru pun tak terkilan rasanya.


2 comments:

DeLinn said...

wehhh mana boleh camtu. raya kena lah beria2 sikit baju rayanya. banyak je baju raya budak lip lap kat sana. silalah ikut perempuan Klang yang kaya itu.keh keh keh

ezz said...

perempuan Klang yang kaya ye?
aminnnn
moga dimurahkan rezeki olehNya
nak ikut ke Nilai ke?
15hb boleh ikut kalau mau :)