Monday, August 08, 2011

moh kita derma

Bateri bintang kong jua akhirnya setelah 3 tahun berkhidmat. Ironinya kong dibulan puasa bulan yang mulia bulan yang memang gimau sedang mengaum hebatnya (gimau tu kalau merujuk pada orang zaman dulu maknanya duit). Maka suka tak suka terbang lagi RM255 semalam. Memang gimau aku tengah mengaum pun kalau bukan sebab nak raya pun sebab nak prepare untuk cik bambino yang hanya ada sebulan lebih or paling lewat 2 bulan aje lagi untuk pop out dari perutku ini. Gimau mengaum paling kuat dan menyinar masa trip ke Jln TAR dengan geng makcik woks baru ni. Berseri-seri lah nampaknya tuan gimau sebab hajatnya dah tercapai maklumlah teringin gara-gara pembawakan budak...hhehehh hehehe boleh terima ke alasan tu kawan-kawan.


Tahun ni sampul duit raya dapat 7 pek. So tak payah lah pening2 nak contact lela (lela pn dah berhenti RHB) untuk dapatkan extra sampul. Kalau tak every year memang pening kepala pasal tak cukup sampul duit raya. But since thn ni raya Muo taburan duit raya tu memang kurang sket kalau berbanding time raya melaka. Bila boleh start tukar duit raya.


Thn ni kena put extra allocation untuk masjid taman sutera. Kepada kawan-kawan yang nak menanam wakaf moh lah menderma kepada tabung pembinaan masjid taman sutera. RM50 boleh dapat satu sijil wakaf. Kalau 50 mahal RM1 pun boleh derma yang penting dermanya.Semoga dapatlah dana yang cukup supaya masjid taman sutera dapat dilaksanakan segera. tapak masjid tu betul2 depan umah aku.Geng2 makcik wokz yang nak wakaf bagitahu kat aku, nanti aku dapatkan sijil untuk korang. Lebih afdal ni menderma bulan-bulan puasa lagi plak menderma untuk buat masjid yang pahalanya memang tak akan putus sampai bila-bila.


Inilah masa yang baik nak didik anak2 menderma biar diorang seronok dapat sijil wakaf sorang satu :)

No comments: