Tuesday, August 02, 2011

semua mahal

Syukur alhamdulillah habuan raya walaupun % yang berkurangan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Jika dapat 0.3 bulan maka belanja pun haruslah setara dengan 0.3 bulan punya nilai. Duit raya yang nak diagihkan juga harus setara dengan nilai yang ada. Keriangan semakin berkurangan sebab poket pun tak berapa nak riang tahun ni.


Beberapa hari lepas aku sempat menjengah 2-3 pasaraya sempena sales. Cari barang baby yang masih belum dibeli. Barang sgt mahal itu saja yang mampu aku katakan. Walaupun ada pilihan barang yang murah tp harga murah itu tetap dalam kategori harga sederhana bukan murah betul. Takde dah baju baby yang bawah RM15..memang sumer dah duploh hengget ke atas. Katanya sales 50%, 70% tgk harga asal sebelum sales sangat tak logik. Baju mickey sepasang RM103 lepas sales 50% aku rasa back tu harga asal ajer. , Baju cikai mickey sebelum sales rm59 kalau tgk quality tu tara-tara harga doploh hengget ajork. Tu belum lagi tengok baju-baju branded lain. Rasa mcm tak puas hati sungguh. Baju anak-anak lebih mahal dari baju mak ayah. Sedihnya dengan dunia yang semakin mahal. Ya ALLAH semoga aku dapatlah pos di ILSAS tu nanti.


Selalu rasa nak persoal apa tindakan gomen dalam membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup yang melampau. Gaji naik 10% tapi takde sikit pun dari portion 10% dapat jadi simpanan sedihnya. Aku yang tara gaji sederhana pun rasa amat tertekan dengan kos of living apatah lagi orang2 yang gaji tak seberapa anak pulak ramai. Semoga mereka semua dipermudahkan kehidupannya.


Aku ni hidup sungguh sederhana mengutamakan keperluan dan banyak menutup mata atas keinginan serta kemewahan just wonder rakan-rakan yang gaji setara tapi kehidupan sungguh high end. Mcm mana diorang manage the life yek aku jugak nak belajar ilmu tu dengan syarat aku tidak mahu ada hutang keliling pinggang.

1 comment:

dzirhans said...

patut masa 2009 hang beli byk2 property utk jual.. sewa ni less risk but lambatlah duit masuk!!