Monday, December 31, 2007
Selamat tahun baru 2008
Friday, December 28, 2007
Selamat tinggal
On kelas agama malam tadi ustazah tanya apa yang aku makan sampai cb teruk Isnin lepas. Isnin malam tu aku tak datang kelas agama sebab memang tak boleh bangun langsung. Bila aku kata aku makan mcm-mcm maklumlah raya haji makan daging la specially, sup tulang, makan oren dengan kuantiti yang banyak and makan sambal ustazah kata mungkin cb aku itu bukan sebab keracunan makanan. Tapi simptom-simptom thyroid fehhh scary kan. So ustazah nasihat suruh berpantang dari makan daging and sea food. Memang aku pulun makan sup tulang umah MIL and umah mak tempohari.
Pasal cerita cb tu ni bukan sebarang cb. Perut aku memulas2 giller bisa mcm rasa contraction nak bersalin sampai one stage nak muntah rasa dada dah sengkak sangat sebab dah tak ada satu benda pun dalam perut yang boleh dikeluarkan lagi sampai stage dah muntah asid hempedu yang hijau kekuningan yang pahitnyer masyaALLAH. In fact minum air putih tak sampai seminit dah kuo balik.. Badan memang seram sejuk nak demam. Kepala pusing semacam memang tak boleh bangun. Aku berkelubung aje menahan kesakitan sementara nak ke hospital. Pagi tu aku ke Az-Zahrah. Terbaring kat katil. First injection aku dapat sebaik saja aku tiba az-zahrah, setengah jam lepas tu tak lega langsung malah lagi kerap keluar masuk toilet nak muntah..satu lagi injection dengan ubat yang lebih power aku dapat. 15 minit Lepas yang ni baru le aku rasa lega sikit perut. But still I was in a very weak condition.
Begitulah teruknya bahana cb sampai tak boleh bau masakan, masa cik abang panaskan sup aku dah terloya2 nak muntah. Suruh dia buka semua pintu dan tingkap bagi angin masuk. Seharian aku hanya berjaya telan suku 100 plus dan juga secubit roti jagung. Belah malam memang aku melepek giller satu benda pun tak boleh masuk perut. Nasib baik le ada yang sudi nak tolong sapukan minyak angin, urut2 kan belakang dan picit2 kan kepala yang sakit (heehh heehh ambik peluang manja time ni bukan selalu pun kan yang) lega sikit. Ni kes teruk teringat masa kena cb kat bandung macam ni jugak la gayanyer pun.
Till then
Thursday, December 27, 2007
Episod memburu set bilik tidur
Thought there were lots of thing to story. I know I will be frustrated if I compared the cabinet price dengan harga kat panesar. Memang pun yesterday lunch time I went there for project that I called as Hunting for bedroom set for Deena and Ilman. It was unintentional project. My house was so semak dengan kain baju yang memang tak terurus sebab musim hujan specially baju anak-anak yang semakin hari bertimbun2 kat sofa. Plus cuti raya haji kami balik kampong (that’s another story) and aku memang tak sempat berkemas langsung plus Monday plak aku kena food poisioning (another story). Kesempatan cuti Xmas kami merayau. Lepas breakfast kami shoot ke Panesar. Sebelum tu stesen dulu kat umah moklong sebab perut aku masih belum ok nak kena carik toilet selalu. 10.30 I was there in front of panesar tapi kedai tak bukak lagi. Hmm sedihnya project kena siap juga sebab harini cuti dan I can do lot of thing specially urus kain baju but still I need the almari baju untuk anak-anak. The one that I used before rail dia dah tercabut so the drawer 3 tingkat dah tak boleh nak sorong tarik. Berangkat pulang dengan hati sedih. Last sekali kami singgah juga kedai perabot di balakong. Aku tahu aku rugi RM50 untuk cabinet tu. Kabinet baju kanak2 yang ada gambo mickey mouse depan tu. I bought that for RM200, tapi semalam tanya kat panesar it’s only RM150 itu baru bukak mulut belum tawar. Sad not my rezeki.
Di kedai perabot di balakong whilst I was busy bargaining anak2 sibuk2 main2 kat area katil. Then mulalah mereka meneroka that katil tingkat yang biasalah budak2 kan suka that kind of katil. Irdeena request mama nak beli katil macam Izzah katil besi dua tingkat yang bawah besar atas kecil. Oklah nanti mama beli. Janji kosong aje asalnya. But bila difikir2kan semula yup may be now is the right time untuk pisahkan budak berdua tu dari bilik kami deena dah nak masuk 5 tahun. Then bermulalah episode memburu set bilik tidur dengan budget RM1K only. What I have in mind was the set bilik tidur kanak2 yang come in with the cabinet and drawer kat tangga tingkat2 tu. Btw I’m not agreed at all with the idea of the katil tingkat. Anak-anak terlalu kecik and katil tingkat not a long lasting collection. Knowing bobot yang suka memanjat and melompat my answer will definitely no and no tapi harga memang within my budget.
But knowing me ahak nak barang yang berkualiti tapi pada harga yang murah heehh hello I’m a typical malay ok. Set the objective katil kena guna for long term later nak pasang built in wardrobe dalam bilik so tak perlukan almari. In case ada tetamu datang diorang boleh guna juga bilik anak-anak untuk tidur. Browse tru the catalog kat panesar memang dah jatuh cinta dengan set bilik tidur kanak2 yang eksport kualiti ala-ala IKEA base colour putih memang cun. Kalau nak beli satu set menang tak mampu. So aku pilih one double bed pink colour for deena, dressing table with 4 drawer pink colour for deena and single bed with pull over blue for ilman plus 2 single quality mattress 5 years warranty. Total price 2K plus but I’m a regular customer so dapat special price tapi tak boleh la disclose here.
Till then
Monday, December 24, 2007
Happy birthday busu - Cuti Raya Haji
.jpg)
Orang lainnyer birthday orang lain plak sibuk nak tolong potong...heehh bobot bobot
.jpg)
Di Muo dua hari tak banyak aktiviti yang dapat buat kecuali aku dapat juga siapkan sikit kerja2 menaip buku agama. Paling best Jumaat pagi aktiviti kami 4 beranak memetik jagung di kebun. Boleh tahan jugak jagung2 yang mak ngan abah tanam. Pokoknya kecik2 lagi dah berbuah. Aku memang tak pandai petik pun kira first time le ni tapi hunny terror la..iskhh cik abang tu. Petik punya petik 3 karung dah penuh tu pun tak habis petik. MIL kata jagung tu abah yang tanam. Cantik2 isi jagungnya rapat-rapat dan manis. Petuanya kalau tanam jagung ni tak boleh bercakap. Sesuailah abah pun memang pendiam orangnya. Dapat juga bawak balik jagung yang dah siap rebus dalam 15 ketul untuk bagi mak melaka dan juga jagung mentah. Petang jumaat tu memang malas sangat nak gerak balik Melaka sebab sekejap sgt kat muo. Tapi nak balik melaka mesti suka sih.
pondok kat jeti tu tempat kami selalu melepak tengok air sungai. tenggelam dah
Sampai melaka pun dah dekat pukul 8.00 malam ni kes malas nak gerak dari muo le ni tadi. Sampai umah tengok mak tengah sibuk2 kemas2 umah kemas2 kan kain baju dan kain2 buruk sambil dibantu oleh bibik (pembantu my sister). Aku pun tak tolong apa sangat sebab penat. Bincang sikit dengan mak pasal plan nak buat makan2 esoknya. Esoknya lepas solst subuh aku ngan mak berdua pastu ada le anak dara yang memang biasa bangun pagi tu mengekor ke pasar borong. Sib baik bobot tak bangun lagi masa kami gerak. Memborong ikan udang sotong buah-buahan dan bagai2 untuk masak-masak dan makan2. Aku just jemput adik beardik mak adik beradik ayah yang dekat2 and semua sepupu sepupu yang dekat aje. Kebetulan plak sabtu tu birthday Bukhari so kira makan2 sambil celebrate birthday busu lah ni.
.jpg)
Pagi tu balik dari pasar memang dah sibuk. Aku siang ikan bersama bibik dan kebetulan mek tam datang membantu maka kami bertiga bertarung menyiang ikan yang dekat 25 kilo dengan sotong dan udang bagai. Kira kecutlah tangan dibuatnya. Anak-anak hunny yang uruskan aku memang tak ambik tahu satu pun sebab sibuk kat dapur…thank you yang (penting tau suami dalam hal2 mcm ni). Menu petang tu ikan bakar, nasi goreng cina, cendol, tahu sumbat bubur jagung dan juga dadih serta kek birthday from SR yang di sponsor oleh mama. Ayah buat bacaan doa selamat dahulu sebelum kami mula makan-makan. Alhamdulillah ikan yang dibeli semuanya habis dan penutup majlis malam tu ialah moklong sekeluarga dari KL yang terjengul mengejut ingatkan tak balik serta busu (adik ayah) sekeluarga. Memang rezeki mereka memang aku pun kalau boleh buat makan2 tu nak diorang ada sekali lagi ramai lagi meriah dan bagus.
.jpg)
Ahad pagi aku siap nak pergi gunting rambut. Aku memang gunting rambut di kampong. Pertama murah kedua kerana amoi cina tu pun dah tahu dah style Gi-Jane yang aku maintain sekian lama regular customer maaa. Ringan rasa kepal bila dah potong. Pakai tudung pun selesa sungguh. Lepas gunting singgah umah mak suzi ingatnya nak jenguk makcik tu yang baru bersalin. Rupanya dia berpantang kat umah sendiri. Tak de rezeki nak tengok anak kau geng. Boringnya cuti sekejap ni.tak buat apa-apa Lebih2 layan anak2 saudara bawak diorang jalan2 naik kete tengok laut tengok kuda suka le bebudak tu. Harini plak kebetulan mak masak sup tulang favourite semua orang termasuk cik abang. Aku pun apa lagi pulun melantak sup tulang menajdi2 bila makan nasi lauk sup tulang dengan sambal goring ikan bilis sodapnya…sampai pedih2 perut den dibueknyo menahan podeh.
Pantai puteri..hutang mandi occayyy :)
Tuesday, December 18, 2007
Persoalan zakat
Sebelum tu mungkin ada yang beranggapan begini jika dia ada 3K di ASB, 5K unit trust, 5K koperasi, 5K bank rakyat dia tak perlu keluarkan zakat sebab kesemua nilai dalam akaun itu jika dikira berasingan tak cukup nisab (nisab ikut nilai semasa 6800). Jawapannya salah!!!!!. Pengiraan perlu dibuat dengan mencampurkan kesemua nilai simpanan tetap/nilai terendah dalam simpanan boleh ubah yang cukup setahun dan didarabkan 2.5% untuk tentukan nilai yang perlu dizakatkan. Jadi balik nanti masing-masing jangan lupa selak2 balik buku akaun simpanan masing-masing....semak2 balik sijil simpanan premium, selak2 balik potongan insuran, ASB dan juga buku simpanan anak-anak sekali jangan lupa.
Sebelum pergi kepada pengiraan kita kenalah tahu apa itu syarat wajib untuk seseorang mengeluarkan zakat – Ini subjek agama masa tingkatan 3 dulu. Betul tak. Soalan SRP pada tahun 1990 ada keluar tentang soalan zakat…heehh hehh kuat lagi ingatanku ini.
Syarat - syarat Wajib Zakat
- ISLAM - Zakat hanya wajib ke atas orang-orang Islam sahaja.
- MERDEKA - Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah, walaubagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi pada masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
- MILIK SEMPURNA - Harta yang ingin dizakatkan hendaklah menjadi milik sempurna dan dikawal oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang dikongsi antara orang Islam dan bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira dalam pengiraan zakat.
- CUKUP HAUL - Genap setahun iaitu 354 hari (tahun Hijrah) dan 365 hari bagi tahun masihi.
- CUKUP NISAB - Nisab bermaksud nilai paras minimum yang menentukan paras sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia, nisab ditentukan berdasarkan nilai emas yang bersamaan dengan 85 gram atau 20 misqal emas.
Jenis - Jenis Zakat
Zakat Wang Simpanan ;
Zakat Emas dan Perak;
Zakat Pendapatan;
Zakat Perniagaan
Dalil Wajib Zakat simpanan::
Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."
PENGERTIAN WANG SIMPANAN
Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan. Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya serta menyamai atau melebihi nisab.
Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan
Simpanan Tetap
Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasa
Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi simpanan tersebut.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akaun
Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupun mungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
Soalan-soalan lazim berkaitan zakat:
SOALAN 1
Gaji bulanan saya dibayar melalui akaun bank dan hasil simpanan saya dalam akuan tersebut adalah 100% dari sumber pendapatan saya. Persoalannya, untuk urusan pembayaran zakat adakah ianya tidak berlaku overlap (pertindanan) bayaran antara zakat simpanan dan zakat pendapatan?
Dalam kes ini, zakat pendapatan dikira terlebih dahulu bila sampai akhir tahun, kemudian baki dari simpanan tersebut (jika telah mencukupi nisab) hendaklah ditunggu setahun kemudian baru perlu dikeluarkan zakatnya (zakat simpanan). Dengan kata lain, haulnya (tempoh) adalah berlainan walaupun dari satu punca.
SOALAN 2
Saya ingin tahu mengenai apakah asas pengambilan nisab zakat harta? Adakah nilainya sentiasa berada pada tahap RM3,000 sebagaimana yang dimaklumi ramai?
Nisab zakat harta adalah tetap iaitu berdasarkan 20 mithqal emas bersamaan 25 mayam @ 85 gram timbangan emas semasa. Manakala nilaian semasa emas berubah-ubah mengikut harga emas semasa di pasaran.
SOALAN 3
Saya ada meminjam sebanyak RM 50,000 dari bank untuk membeli sijil ASB. Adakah saya perlu membayar zakat?
Wajib membayar zakat mengikut kaedah ini: Jumlah pembayaran balik dalam tempoh setahun di darab dengan 2.5%. contoh: jika anda membuat pembayaran balik sebanyak 1200 setahun, maka jumlah zakat yang dikenakan ialah 1200 x 2.5%
SOALAN 4
Sekarang ini hasil-hasil pendapatan telah wajib dikeluarkan zakat bahkan telah ada sistem potongan zakat secara berjadual (bulanan). Saya ingin mendapat kepastian apakah hukum mendahulukan zakat pendapatan sedangkan ianya masih tidak cukup haul?
Hukum mendahulukan zakat sebelum cukup haul (potong gaji bulanan) adalah harus. Tambahan pula ia lebih memudahkan dan tidak membebankan umat Islam untuk menunaikan zakat
Monday, December 17, 2007
Balik kampung ke?
Last week doc Su (adik hunny) sekeluarga singgah umah kami. Bermalam satu malam dalam cuti mereka yang panjang. Diorang menghabiskan allocation Country Height yang mereka subscribe I think dah 5 tahun kot. Bermalam di Golden palace kat The mines 3 malam pastu bermalam di umah adik beradik yang lain dan rumah kami destinasi terakhir sebelum berangkat pulang ke Kelantan esok paginya. Malangnya Pahang dilanda banjir teruk. Ikut kata Doc Amin mereka akan balik melalui Grik.
“Balik pun tak boleh kerja jugak. Klinik saya tutup sebab banjir. Air naik” . Kata Su
Antara perbualan kami masa lepak-lepak tengok tv selepas makan malam. Doc Su bertanya lagi “akak balik kampong ke raya haji?” Aku jawab “Kena Tanya boss dulu akak memang ok aje”. Aku berpaling kearah hunny sambil berseloroh “Boss kita balik kampong tak raya haji ni?” Boss yang ketika itu sedang bersandar di sofa dengan muka maintain menonton tv terus mendiamkan diri seperti selalu :) tanpa sebarang reaksi. Aku dan Su senyum2 kambing kerana dah faham dah pasti itu jawapannya. Su lebih arif kerana itu abangnya..dan aku pun memang dah arif. Diam dalam situasi kami ini bukan beerti setuju ok. Pepatah melayu zaman dahulu tak boleh digunakan dalam kehidupan seharian aku kerana diam hunny memang belum ada kata putus. “kita orang tak balik lah kot, ni dah cuti lama”. Tambah Su lagi. Aku berkira-kira siapa lagi yang balik muo raya haji nanti yek.
Pagi yang begitu sedih bila mana wawa (anak Su yang tua) berusia 5 tahun meronta2 (yup guling2 kat lantai) menunjuk perasaan sebab takmo balik. Sian kat kak wawa kan kakak ngan adik man. “Wawa seronok nak duduk umah cik azira lama-lama” dengan alasan “nanti wawa boleh belajar dengan deena kat umah cik azira.” Terharu cik dengar wawa sungguh ikhlas pengakuanmu itu. Memang malam itu mereka bertiga pulun bermain. Seronok sakan wawa kerana deena ada koleksi buku yang banyak yang boleh dikongsi bersama. Akhirnya wawa mengalah juga bila Doc amin dukung masuk dalam kereta.
“Bila nak pergi kelantan, nanti singgah lah rumah” pelawa su selepas kami bersalam-salaman. “InsyaALLAH tahun depan memang pantai timur ada dalam senarai perjalanan kami. Pasti kitaorang singgah”. Jawab aku begitu yakin. Tapi itu semua kuasa ALLAH sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Sediakan duit , jika masa sesuai budget sesuai insyaALLAH tiba lah nanti. Tapi sebenarnya aku rasa seperti harus ke pantai Timur juga lagi-lagi bila mak dan ayah memang beria nak ke Trengganu ke umah Mak ngah Nor.
Perbualan-perbualan itu mengingatkan aku pada kedua-dua kampong muo dan melaka. Aku suka kampong muo kerana persekitarannya yang masih menghijau masih hutan belantara masih suci, masih dara dan jauh dari noda-noda kota jalan rayanya jarang-jarang kereta lalu, waktu petangnya begitu cepat berlalu, jam 6 dah bisa dengar cengkerik bersiulan. Malamnya sungguh meriah dengan suara unggas malah sesekali suara siamang juga kedengaran. Jam 4 pagi dah bias dengar si jantan berkokok kemegahan Aku suka muo dengan gerai-gerai kayu ala-ala zaman dulu masa ketika aku berusia 5-6 tahun.
Tapi aku pasti lebih suka melaka kerana itulah kampong tempat tumpah darahku…tempat aku di lahirkan. Melaka dah tak ada hutan belantara malah pokok getah sebatang pun sukar nak ditemui. Tapi melaka tetap istimewa kerana ada pantai puteri yang indah di depan bekas tapak umah arwah mak we. Hmm sungguh rindu nak balik kampong walaupun balik selalu tetap gak rindu kenapa yek.
Friday, December 14, 2007
Aku yang jahil tentang zakat
Baru-baru ni aku memang terniat tahun ni aku nak bayar zakat simpanan melalui asnaf yang pertama penerima zakat iaitu fisabilillah kerana zakat pendapatan memang aku bayar melalui potongan gaji bulanan. Ingatnya nak diserahkan kepada KAFA. Tapi amount yang aku cadang nak bagi tu aku ingatkan cukup. Setelah dikira-kira ya ALLAH memang tak cukup. Ni kira zakat simpanan aku untuk tahun ni termasuklah saham-saham serta unit trust yang ada juga duit simpanan koperasi dan sebagainya, Kena teliti ingat satu persatu apa yang ada Cuma malam tadi tak terfikir nak tanya ustazah mengenai duit insuran yang berkonsep simpanan. Dah dekat 10 tahun aku buat potongan insuran ni dan memang tak pernah terusik langsung dan tak tahu pun jumlahnya ada berapa. Kalau ustazah kata wajib bayar zakat insyaALLAH aku cuba selesaikan mana-mana hutang pada ALLAH yang masih tertunggak. Ni tak campur lagi zakat simpanan dulu2 masa jahil tahap gaban masa tak ambik tahu atau masa belum ada ilmu langsung. Ni dah ada ilmu sesikit dan dah faham ni kenalah bayar hutang zakat yang tertunggak sejak bekerja. Tu lah nak terima kasih pada kak marlina sebab kalau dia tak tanya mungkin aku dok ingat nak selesaikan segala hutang yang nampak secara zahir aje lah (hutang kredit kad heehh tinggal sikit aje lagi). Syukur juga kita ni saling ingat mengingati.
Isu ni timbul pun sebab perancangan umrah ni la. Kak Mar kata dia takut nanti masa nak buat umrah ada lagi perkara2 yang masih belum lepas dan juga hutang tertunggak paling dia risau adalah berkaitan hal zakat simpanan. Bila dia sebut mcm tu aku pun baru mcm tersedar. Iye tak ye jugak selama ni aku dok lepaskan zakat pendapatan aku aje tapi zakat simpanan macam tak berapa dipentingkan (memang ini ayat aku yang jahil) memang aku mcm tak ambil peduli langsung hal zakat simpanan ni sebab sana sikit sini sikit. Rupa-rupanya bila dicampurkan semuanya banyak juga jumlah zakat yang aku harus selesaikan 2 kali ganda berbanding jumlah yang aku nak zakatkan pada KAFA jahilnya umatmu ini Ya ALLAH. Dan malam tadi pun aku dah janji InsyaALLAH minggu depan saya akan bayar zakat simpanan saya kepada KAFA. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan perancangan kami.
Hati memang tak sabar menunggu hari untuk perjalanan yang jauh itu. Baru2 ni Ustaz travel agent menghubungi ustazah mengatakan yang kerajaan Arab Saudi bagi kebenaran untuk buat umrah bulan Januari ni. Aku memang dah melonjak keriangan. Memang rasa mcm dah menantikan saat ni dah lama dulu. Tapi apakan daya separuh dari geng tak boleh pulak bulan Januari maka kami stick pada perancangan asal bulan April. InsyaALLAH kalau diizikan ALLAH.
Dulu di dalam blogku yang lama aku pernah membahasakan dirinya sebagai cahaya. Kerana kehadirannya benar-benar membawa cahaya dalam hidupku. Tapi cahaya itu tak selamanya terang kerana adakalanya cahaya itu suram ada malap bila ditiup angin. Adakala ianya begitu malap, adakala ianya sederhana terang dan adakalanya ianya hampir-hampir terpadam tapi syukur selama ini ianya tidak pernah padam walau banyak dugaan yang melanda. Tapi Tuhan sesungguhnya kaulah yang Maha Kuasa. Kini aku dapat kemabali cahayaku yang terang benderang dan gemilang. Adakah kerana doaku telah dimakbulkan olehMu Ya ALLAH atau adakah cahaya itu di dalam jagaanMu. Jika benar terima kasih Ya ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menggamit cahayaku yang sangat terang dan benderang itu. Semoga kilauan cahayaku itu akan tetap bersinar dan berkekalan sehingga akhir hayat.
Yang belum selesaikan zakat tu jangan buat-buat lupa pulak yer. Sama-samalah kita ingat mengingati. Kelak di akhirat nanti diri sendiri yang perlu tanggung bila disoal tentang harta-harta milik kita yang membebankan jiwa
Thursday, December 13, 2007
Cameron Part 2
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Masa turun ke PS kak ezu bawak baju sejuk dia tapi masa kami lepas hanto abang jad, kak ezu cari baju sejuk dalam kete dah hilang. Rupanya baju tu terjatuh masa abang jad turun. Aku memang masa pagi tu tak bawak turun pun baju sejuk masa gi keje. Sampai kat brinchang angin kuat giller. Singgah petronas dulu cari toilet. Kat toilet ni aku kesian kat seorang makcik cina ni yang dah tak tahan nak terkencing sangat. Dua2 toilet ada orang dalamnya dek kerana tak tahan bebeno makcik ni kunci main door toilet tu aku ingat dia nak kencing kat situ tapi tak sempat last2 dia terkencing dalam seluar. Memang sejuk sgt sampi kalau rasa nak wee wee tu memang tak boleh nak tahan2 dah.
Suasana di brinchang memang meriah macam pasar malam. Lokasinya betul2 di hadapan balai/kuaters polis brinchang. Mata kami tidak terpaku pada deretan kedai yang meriah memanggil. Tapi telinga dan langkah aku lebih tertarik dengan lagu dentam dentum teriakan jualan murah berdepan dengan deretan kedai di brinchang. Mula-mula operasi mencari baju sejuk. Kebetulan memang tengah meriah jualan pakaian berjenama dan malam tu masa kami 2 jam setengah habis di situ sahaja memilih satu persatu baju. By the time kami singgah di pasar malam brinchang kedai2 dah mula packing untuk ditutup.
Balik apartment mandi solat then kononnya nak tido tapi kerana terlampau letih aku tak boleh tido pulak. Iskhh sabo aje lah. Buka laptop sambung manaip kerja-kerjaku yang masih banyak. Last2 jam 3 lebih baru berjaya melelapkan mata. Sedar2 kak ezu kejut bangun solat dah dekat jam 7.00 pagi.
Pisat2 bangun gagah juga walaupun mata tak boleh bukak. Pagi ni janji abang jad nak check out jam 11.00. Mr Raju will come and collect the payment dan kunci. Lepas mandi bersiap-siap packing. Tak tunggu jam 11.00 kul 9.30 kami dah siap packing dan bayar serta meninggalkan apartment. Mula-mula isi perut dulu dengan nasi lemak di deretan kedai yang kami dinner malam tadi tapi sebelah belakang. Memulakan perjalanan untuk pulang ke KL. Destinasi pertama strawberry park. Maka terkenang nostalgia indah honey moon 6 tahun dahulu di banglow sebelah strawberry park tu.
Makan ice cream, snap picture, beli baju for deena (baju lebih murah di atas kat strawberry park berbanding gantung2 kat gerai payung kat bawah) beli strawberry 3 pek dan meneruskan perjalanan. Cuaca sungguh baik dan nyaman sekali. Destinasi kedua brinchang cari cenderahati dan juga pokok bunga untuk mak. Seterusnya ke kea farm untuk memborong sayur-sayuran dan juga The. Tak puas shopping singgah lagi satu stesen tak tahu nama untuk beli cenderahati dan juga dry fruit.
All and all kami tinggalkan CH dekat jam 2.00 ptg. Waktu tu perut memang dah berkeroncong. Kami balik ikut highway simpang pulai. Memang agak jauh sikit perjalanannya berbanding melalui tapah tapi permandangan sangat indah terpakau dibuatnya dan jalan pun tak de le lengkang lengkuk sangat. Perhentian untuk solat dan isi perut ialah di tapah. Lepas makan rehat beli buah potong then kami teruskan perjalanan.
Alhamdulillah aku sebagai supir sorento (dari tapah) selamat memandu sampai ke kajang pukul 6.00 ptg. Waktu tu mak pun dah bersiap2 nak balik melaka. Sib baik sempat bagi buah tangan dan juga pokok bunga yang aku belikan untuk mak kat Cameron. Begitulah kisahnya. Bila difikirkan apasl le aku tak terfikir nak bawak mak ngan ayah outstation ni. Tapi kalau bawak pun nanti kesian diorang masa aku gi kerja. Nanti lah tunggu memang ada plan pun nak berjalan2 lagi ni.Memang dah lama sgt kami tak ccm.
Till then
Monday, December 10, 2007
Aku sudah jatuh cinta
.jpg)
Ketika aku membaca buku ini aku menggambarkan apa yang dilalui oleh Fahri. Kebetulan aku memang pernah melihat gambar keadaan pasar, jalanan, rumah di mesir, iskandariah, sungai nil dan juga Al-Azhar melalui seorang kawan yang kembali bercuti di sana tahun lalu. Malah watak Saiful di dalam cerita itu mengambarkan Saiful adik iparku yang kebetulan memang belajar di Universiti Kaherah kerana tungkahlaku yang lemah lembut tu emmang cirri-ciri sebenar Saiful pun. Tapi kenapa aku tidak boleh membayangkan antara sahabatnya Fahri itu adalah wujud watak Azly suami adik perempuanku yang memang betul2 belajar di Al-Azhar. Hehh heeh kerana perwatakan mereka memang jauh berbeza.
Pasti lepas ini buku2 bapaknya Habiburrahman El-Shirazy yang usianya muda setahun dari aku akan menjadi koleksi buku2 untuk santapan minda yang masih ketandusan. Jika Deena and Ilman sudah lancer membaca aku rasa buku ini adalah antara misi homework yang perlu anak-anak selesaikan sama-sama biar mereka sama berusaha menjadi umat Islam yang terbaik bukan Islam dari segi keturunan dan bukan Islam atas nama. Misi aku seterusnya ialah mencari buku Bila Cinta Bertasbih juga karangan beliau dan beberapa buah buku yang tajuknya sudah di dalam senarai. Dan misi aku menyiapkan buku (mengenal ALLAH melalui Asmaul Husna) masih jauh lagi perjalanannya. Baru masuk nama ALLAH Al-Ghaffar baru muka surat 50. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan lah segala urusan kita.
.jpg)
Friday, December 07, 2007
Cameron Highland Part 1
Austation kali ni kami naik sorento. Aku drive dari Sungai Buloh straight to Tanah Rata. Start masuk tapah mendaki sikit sepanjang nak sampai atas tu banyak sangat bekas-bekas tanah runtuh quiet scary jugak. Tapi alhamdulillah segalanya selamat. Kami check in kat apartment hill Inn di Tanah Rata. Sebab cuti sekolah rate apartment 230/night kalau hari biasa 150 aje kot untuk apartment 3 bilik. Cameron memang sejuk sebab sekarang musim hujan.
Esoknya 7.30 kami kuo untuk breakfast then 8.30 kami turun semula ke JOR sebab nak cari Power Station seperti yang dimaklumkan. Oleh kerana instruction yang diberikan salah maka perjalanan yang sepatutnya sejam jadi 2 jam setengah. Kami nak ke PS Sultan Yusuf tapi instruction mintak kami cari PS Sultan Ismail mana ada kat CH Sultan ISmail kat Paka adalah :) Padahal masa aku call aku memang dah ada kat JOR pun tapi sebab nama sultannya lain maka kami turun teruskan perjalanan. Kami turun sampai ke Power station Woh Sultan Idris yang paling bawah. (Ada 3 power station sepanjang jalan tu). Akhirnya sampai JOR pastu dalam tu pun kami sesat sampai nyaris nak drive masuk dalam terowong ke power station bawah tu.
Maka bermulalah kerja-kerja installation kami. Berhenti sekejap untuk lunch dan sambung kerja sampai 5.30. Masa tu ingatkan dah selesai tapi ada problem palak dengan HA (high availability) server tak nak auto connect bila server satu lagi down. Last2 dengan bantuan central team problem selesai dekat pukul 6.00 dah masa tu. Solat pastu aku over excited sebab tadi tersalah nak masuk terowong. Jadi aku pun request pada engineer kat sana suruh bawak kami turun terowong tu.
Memang satu pengalaman yang berharga sebab dapat masuk bawah tu yang jaraknya dalam Ikm bawah tanah. Boleh tengok mesin bekerja jumpalah staff2 yang bertugas bawah tu. Seronok giler and memang adventure betul kalau aku dapat kerja kat bawah tu heehh heehh. All and all pukul 7.00 baru kami gerak semula balik ke tanah rata. Time ni memang dah letih banget…
.jpg)
If you're lucky you will find this 3 calit - sarjan with one nandek kat tengah. It's a sign yang kerja installation atau commision hardware tu dilakukan oleh orang2 india. memang banyak kat situ :)
To be continue…
Thursday, December 06, 2007
Now I can see the light
With this new instruction my KPI will be based on the deliverables required. There are 6 tasks that need to be completed in 4 months. It was tough because the relationship with the central team seem like not so friendly due to so many issues and also so many unsettle satisfaction and so on. I’ll take it in a positive manner that is why I was tebalkan muka jengukkan diri in the project office join the meeting even though my present was not needed. The feeling is like melukut ditepi gantang. Yet still I involved in activities and also doing whatever task given to me. I was tersepit dan menjadi mangsa keadaan. Yet I found that there’s a statement saying that we are not passion in doing our job. I don’t know how they measure my passion. I just wish after I complete my so call project master plan I may leave the project and start my new day at COIT. Semoga ALLAH makbulkan hajatku ini..
See betapa adilnya ALLAH terhadap hambanya2. I was in a good condition with hubby so much in love….loving2 jiwang-jiwang gitewww no cold war everything is ok but at the same time I was tested with this kind of ujian. Its balance my life sebab at one site you’re happy at the other side you’re in trouble if you mix these two condition it’s just a mild problem I can take it and it is actually won effect me much. Kalau nak fikir mcm aku fikirlah. So Al-quran itu benar dengan kata-katanya kerana ALLAH menguji orang2 yang Dia tahu mampu menanganinya.
Kat ummiku sayang sibuk diorang review tentang novel bertajuk Ayat2 cinta. I was so teruja tak sabar plak nak singgah mana2 MPH or kedai buku sebab tak sabar nak baca. Aku blog hop kejap tadi dok cari review cerita ni memang best laa.tunggu aku baca dulu nanti aku buat review kat sini.
Note: sorry to my satu lagi ex boss kat previous project yang merayu nak baca my blog…he sms me and sms my fren yang dah kuo dari projek tu nak mintak my blog link…heehh belum berani lagi nak bagi diorang tu semua enter my blog kalau secara tak sengaja tak pe laaa…kalau purposely nak suruh diorang baca memang tak de laaa…sebab they do know me personally…and most of my entry memang deep down inside punya entry lahir dari hati yang ikhlas….. heehh heehh nanti takut ada plak yang jatuh cinta dengan mak nayaaaa….heeh heehh melawak aje laaaa..
till then
Sunday, December 02, 2007
Pulau Carey
Masak2 dulu then kami bersiap2 untuk aku tunaikan janji to my youngest brother yang komplen kata tak pernah main bowling. He is 8 years old. And also nak bagi peluang kat mak dan ayah yang tak pernah pegang bola bowling pun. Anak2 aku dah beberapa kali baling bola bowling sebab mama dia ni kan hantu bowling and they are so kerek to busu tu yang busu dok komplen.
Habis bowling perabih duit plak kat games area kat luar tu dan puas anak2 naik mainan, main games aku karaoke kami turun beli barang di giant and terus balik rumah siap2 untuk ke pulau carey pulak. It was really exhausted but semua orang gembira.
Bergerak dari umah 3.30 singgah dulu pantai dalam fetch moklong and poklong. Kami tunggu pakcik di petronas di Banting dan meneruskan perjalanan ke Pulau Carey. My uncle is a Manager kat Golden Hope/also a Juragan and also warden untuk Golden Hope punya kampus kat Pulau Carey. Tu yang di duduk kat sana tu. Kami sampai Pulau Carey masuk GH training center masuk ke dalam 18km lagi dari main road sepanjang jalan penuh dengan pokok kelapa sawit. Permandangan memang menghijau dengan pokok kelapa sawit. Kalau malam sure gelap gelita. Noi wonder my aunty was stress giller duduk sana…jauh dari town neighbourhood kebanyakannya India pekerja kelapa sawit dan juga student kalau student balik cuti mcm sekarang hanya makcik and pakcik and anak dia yang kecik darjah 6 tu aje.. Sekolah yang ada dalam tu pun sekolah tamil. My cousin darjah 6 sekolah kat banting wow pukul berapa dia gerak kuo dari umah. Makcik kata anak dia satu hari ada 4 transit dan sampai umah malam. Singgah dulu tepi tebing tengok laut, singgah club house tengok swimming pool sebab plannya pepagi esok bebudak ni nak terjun pool dulu, singgah taman rusa dan baru teruskan perjalanan to my uncle house.
It’s a warden house apartment, if condo we used to call it as a pent house coz terletak kat tingkat paling atas. In this case apartment 3 tingkat aje but it’s combination of 2 house with 4 rooms and ada separate family area.Tapi kami tidur di GH guest house di tingkat 2. memang selesa sangat specially dia punya toilet arrangement. Guest house ada 3 bilik, toilet dia dikumpul dalam satu bilik tapi ada 3 toilet plus 3 bathroom, mcm resort la ada astro each room ada aircond. Canggih.
Malam tu kami masak2 coz my makcik tak berapa sihat. Pakcik ayah poklong and my brother 2 orang lepas makan and solat Isyak diorang keluar untuk pergi memancing. Petang sebelum tu pakcik dah sewa bot untuk diorang turun memancing. Memang itu pun plan ayah yang sebenar kenapa ayah beria nak ke pulau carey. Kata mak pukul 5 pagi baru diorang balik dari memancing. Dapatlah ikan dalam 4 kilo lebih…heeh heehh
Esok pepagi kami semua bersiap. Aku dah nak gerak ke CH harini sebab dah janji dengan member satu lagi tu. Kami nak gerak jam 11.00. So lepas breakfast kami siap2 berangkat balik. Maka tak sempatlah anak2 nak terjum swimming pool and also me tak sempatlah nak belajar menebas rumput kat club house dengan pakcik. May be next time kena stay lama sikit kalau pakcik tak jadi transfer ke Subang jaya. Makcik dah stress2 duduk sana.
till then
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)


